salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Showing posts with label Susu Anak Angkat. Show all posts
Showing posts with label Susu Anak Angkat. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Wanita Bujang Boleh Susukan Anak Angkat?

Sumber: Di taip semula daripada Akhbar Sinar Harian (23 Januari 2012)-sekadar perkongsian ilmu

Seseorang wanita itu tidak semestinya perlu hamil terlebih dahulu jika berkeinginan untuk menyusukan bayi. Ini adalah pandangan Jumhur Fuqaha yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil dahulu sebelum boleh menyusukan anak seperti mana pandangan Mazhab Hambali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seseorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah HARUS dengan syarat seorang wanita itu sudah mencapai umur baligh, sama ada telah berkahwin atau sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan untuk merangsang pengeluaran susu itu tidak mengandungi sebarang unsur najis atau mudarat.

Menurut Jumhur Fuqaha, terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan susuan:
1. Penyusuan secara langsung daripada payudara.
2. Penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya.

Kepada wanita yang menggunakan alat sookongan atau bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut SAH sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak iaitu:
1. Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
2. Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
3. Umur bayi tidak melebihi 2 tahun mengikut perkiraan bulan Qamariah.

Menurut Muzakarah, hujah thabitan ialah kerana susu ibu tersebut menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus dari payudara.

Tetapi, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubuk atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.

Muzakarah juga memutuskan bahawa seseorang wanita beragama Islam tidak dilarang menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya.
 " Penyusuan tersebut tidak memberi pengaruh kepada akidah dan agama bayi yang disusukan itu walaupun berbeza dari segi pemakanan si ibu," jelas Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Othman Mustapha.

Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan anak angkat dan bayi tersebut telah sah menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki tersebut adalah menjadi mahram kepada anak susuan itu.

Inilah salah satu daripada bukti bahawa Islam itu adalah agama yang mudah dan indah. Oleh itu kepada wanita yang mahu mengambil anak angkat, janganlah bimbanglagi. Susuilah bayi itu.

Thursday, September 8, 2011

Menyusukan Anak Angkat

Ikuti pengalaman seorang ibu tentang pengalamannya menyusukan anak angkat..Betapa kagumnya saya apabila membacanya..

Sumber : Sarakids

Lagi cerita tentang pengalaman seorang ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkatnya.
Saya pernah bertemu 4 mata dgn ibu ini and i can tell, she’s a strong lady. Dan saya sangat mengagumi kegigihannya!



Saya minta fizah email saya dan ceritakan serba sedikit pengalaman dan cabaran beliau dalam menyusukan anak angkat serta mencetuskan laktasi. Yang menariknya, anaknya tidak langsung menggunakan botol susu, malah menyusu secara terus dari payudara mamanya menggunakan SNS. Bayangkan, setiap kali menyusu fizah harus memasang alat SNS.. Memang beliau ibu yang gigih!
Ikuti email dari fizah tentang pengalamannya.

Salam, Farah…
as promised, saya nak share pengalaman saya menyusukan anak angkat menggunakan Medela SNS.
anak angkat saya (aqeelah) telah menyusu menggunakan SNS sejak lahir lagi. 6 bulan sebelum aqeelah lahir, saya telah melakukan banyak research tentang penyusuan anak angkat. saya mula mendapatkan khidmat lactation counselor dan mengumpul seberapa banyak artikel tentang adoptive breastfeeding.

3 bulan sebelum aqeelah lahir, saya mula mengambil pil hormon dan domperidone. saya juga mula menggunakan breastpump yang disewa (Medela Lactina double electric pump) setiap hari bagi menggalakkan penghasilan susu. beberapa minggu pertama memang mencabar kerana rutin pengambilan ubat dan jadual mengepam memerlukan komitmen, kesabaran serta keazaman yang tinggi. titisan susu yg pertama terhasil dalam 1 bulan..Alhamdulillah…pada masa itu, saya merasa teramat gembira dan terharu kerana berjaya menghasilkan susu walaupun tidak pernah mengandung atau melahirkan anak. saya juga mengamalkan makanan & minuman yang boleh membantu pengeluaran susu seperti oatmeal dan halba (fenugreek).

Saya mula menyusukan aqeelah sebaik saja dia lahir pada october 2008. oleh kerana susu saya tidak banyak sepertimana ibu yang melahirkan anak, saya menggunakan SNS setiap kali waktu menyusu bagi memastikan aqeelah mendapat susu secukupnya. saya juga sering mengamalkan ‘direct feeding’ tanpa SNS (for comfort & bonding).
menggunakan SNS bukan perkara yang mudah, tapi juga tidak terlalu sukar. kemahuan, kesabaran serta keazaman mestilah tinggi. practise makes perfect. amatlah baik jika suami dapat turut memahami dan membantu.

Kini aqeelah telah berusia 17 bulan, saya masih menggunakan SNS sepenuhnya setiap hari..di rumah, di luar, baring, duduk, apa saja yang aqeelah mahukan. aqeelah tidak sukakan botol susu atau puting tiruan..jadi tiada alasan bagi saya untuk tidak menggunakan SNS.
bagi ibu2 angkat diluar sana, yakinlah bahawa anda semua boleh menggunakan SNS bagi merasai pengalaman yang amat bermakna…bagi merasai ikatan dan sentuhan kasih sayang yang tulus ikhlas. be positive. you can do it!

salam,
Fiza, Shah Alam.



So, ini la rupanya MEDELA SNS tu..Bolehlah jika anda nak mencuba jika anda rasa anda memerlukannya..Kawan saya yang ada masalah dengan anaknya yang tak mau direct feeding pun ada gunakannya juga..