salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Showing posts with label zinc. Show all posts
Showing posts with label zinc. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Tips Zinc: Mengenal Fungsi, Dos & Manfaat Zinc

Zinc 2 Tips Zinc: Mengenal Fungsi, Dosis & Manfaat Zinc (Seng) 
Zinc  merupakan salah satu unsur yang sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh. Zinc berperanan dalam mempertahankan fungsi imun badan, fungsi otak, dan kemampuan reproduksi.

Fungsi & Manfaat Zinc

Zinc sangat penting agar metabolisme sel badan dapat berfungsi dan berjalan dengan baik. Zinc melindungi selaput sel dari kerosakan oksidatif dan menstabilkan struktur protein sel. Zinc protein mengikat DNA dan membantu gen memerintahkan sel-sel tentang apa yang harus dilakukan.
Perintah ini termasuk memberitahu sel-sel tertentu untuk mati, dimana hal ini penting bagi pertumbuhan, kehamilan dan pencegahan penyakit. Zinc juga membantu mengawal pelepasan hormon dan perubahan impuls saraf.

Dos Harian Zinc

Dos harian zinc yang dicadangkan adalah berbeza bagi setiap individu. Berikut adalah dos harian zinc yang dicadangkan bagi kanak-kanak:

- Bayi berusia 0-6 bulan: sekitar 2 mg
- Anak berusia 7 bulan – 3 tahun: 3 mg
- Anak berusia 4-8 tahun: 5 mg
- Anak berusia 9-13 tahun: 8 mg

Manakala, dos yang dicadangkan bagi keperluan orang dewasa ialah:
- Laki-laki: 11 mg
- Wanita: 9 mg
- Wanita hamil: 13 mg
- Wanita menyusu: 14 mg

Sumber Makanan yang Kaya Zinc

Beberapa makanan yang kaya kandungan zinc termasuk di antaranya adalah daging merah, lobster, kacang tanah, kacang panjang, susu, yogurt, keju, roti gandum, dan bijirin sarapan yang dilengkapi zinc. Makanan dengan kandungan zinc tertinggi adalah tiram.

Kesan
Kandungan zinc yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan keracunan zinc. Gejalanya adalah seperti muntah, cirit, kejang pada perut, dan sakit kepala. Kadar zinc yang tinggi juga dapat menyebabkan badan mengalami masalah pada sistem kekebalan tubuh dan seterusnya menjadikannya lemah dan mengalami anemia.

Kandungan zinc yang terlalu sedikit pula akan menyebabkan defisiensi zinc. Gejala defisiensi zinc di antaranya adalah terbantutnya pertumbuhan, penurunan berat badan, keadaan kulit yang pucat, dan keguguran rambut.

Vegetarian, wanita hamil, dan orang yang minum alkohol berpotensi mengalami defisiensi zinc. Namun, masalah ini dapat diatasi oleh mereka dengan mendapatkan khasiat zinc yang cukup dari suplement atau memakan makanan yang kaya akan zinc.

Berminat untuk mencuba tablet Zinc dari SHAKLEE? Boleh hubungi saya untuk maklumat dan konsultasi secara PERCUMA.

Saturday, July 23, 2011

Tingkatkan Kesuburan dengan Vitamin E dan Zinc

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran).

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:

  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Punca kedua2 lelaki dan perempuan tidak subur:
  • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  • Pendedahan terhadap punca radiasi.
  • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.
Vitamin-Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan:

Vitamin E - membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
Zinc - meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
Vitamin C - Berperanan dalam pembentukan sperma.
B Complex - Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.

Bagi yang ingin mencuba vitamin bagi meningkatkan kesuburan, dicadangkan agar kedua2 suami isteri mengambil set A yang terdiri dari Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, ditambah dengan Vitamin E. Untuk lelaki, tambah satu lagi pengambilan zinc bagi membantu tahap kesuburan anda.

Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan.

Sunday, July 10, 2011

Khasiat Zinc

Menurut sebuah kajian yang dilakukan di Duke University memberikan bukti tentang khasiat zinc pada tubuh badan kita. Antaranya ialah;
  • zinc adalah antioksidan penting untuk kulit sihat. 
  • zinc juga boleh mencegah radiasi UV pada kulit.
  • meningkatkan penyembuhan luka.
  • menguatkan sistem imun.
  • meningkatkan fungsi neuropsyciatric.
  • menurunkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskuler. 
  • penting untuk deria rasa,
  • juga penting untuk produksi sperma,
  • membantu dalam perkembangan bayi,
  • Memainkan peranan dalam kebanyakan enzim, hormon (insulin), bahan generik dan protein.
  • Kekurangan
    • Kurang selera makan,
    • Tumbesaran kanak-kanak terbantut,
    • Kelembapan perbentukan organ seks,
    • Penurunan fungsi imuniti,
    • Lambat penyembuhan luka.
  •  
  • Sumber
    • Hati
    • Daging
    • Ayam/itik
    • Makanan laut
    • Kekacang (OffalsNuts)
    • Bijiran
    • Kekacang
    • Bijiran penuh
Keperluan seharian ialah 15mg  dan jika badan mengalami kekurangan zinc, ia akan jelas kelihatan jika ada warna tompok putih atas mana2 kuku di tangan mahupun di kaki. Selain itu tiada selera makan, pembesaran terbantut, rambut gugur, luka lambat sembuh,rambut berkelumumur, rabun malam, hilang deria rasa dan bau,kurang nafsu sex dan kekurangan volume air mani.

Jadi, jika berminat untuk mencuba Zinc dari SHAKLEE, bolehlah menghubungi saya di 019-3160078 untuk mendapatkan maklumat lanjut.