salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, June 10, 2011

Bestnyer...SHAKLEE GLA

Salam pagi yang indah,

Kalau biasa anda semua makan EPO, so dalam SHAKLEE kami ada satu benda yg lebih hebat dari EPO. Nak tau apa dianya? Jeng..jeng..jeng..Ia adalah GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA).

Apa dia tu..?? Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.

Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. Ia juga berfungsi untuk menstabilkan hormon di dalam badan kita. GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.
Jadi, siapa yang harus mencuba GLA ni..?? 

GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.

Kenapa SHAKLEE GLA patut menjadi pilihan anda

1. Bahan Asid linoleik Gama hanya boleh didapat dari 3 tumbuhan (bijiran):-
- Evening Primerose Oil
- Black current
- Borage – minyak tertinggi 2 x ganda dari primerose & 50% lebih tinggi dari
black current


2.Badan boleh membina GLAnya sendiri dengan menukarkan asid linoleik yang didapati secara semulajadi dalam minyak sayuran tetapi faktor-faktor seperti tekanan, penuaan, penyakit & pengambilan alkohol boleh menggangu proses penukaran tersebut. Oleh itu pemakanan tambahan GLA sangat di syorkan bagi memastikan tubuh mempunyai bekalan binaan yang mencukupi untuk postsglandin.

3.Diuji secara klinikal untuk bioavailabiliti, serapan & gabungan ke dalam sel & tisu.

4.Dari borage sumber semulajadi yang paling pekat asid lonileik gama.

5.Setiap kapsul mengandungi 90 mg asid linoleik gama, 216 mg asid linoleik & 15 IU vitamin E.

6.Di lindungi oleh Shaklee Guard – sistem anti –pengoksida semulajadi dipaten secara eksklusif bagi memastikan kestabilan dan kesegaran.

(Tq to Kak N )

So, mari kita tengok sket testimoni dari rakan-rakan saya yang mengamalkan GLA.






Jadi, sekiranya anda berminat untuk mencuba sendiri GLA nie..atau ingin mencuba mana-mana TRIAL PACK kami, hubungi saya di 019-3160078 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Wednesday, June 8, 2011

Perkara Yang Harus Dielak Dalam Menjayakan Penyusuan

Salam ceria,

Pengambilan supplement dalam hidupan seharian anda, bukanlah jaminan susu badan anda akan bertambah. Ini kerana peningkatan production susu bergantung kepada perkara-perkara yang asas iaitu kerapkan sesi mengepam secara konsisten, menjaga diet pemakanan harian yang seimbang beserta minum air yang cukup, solat dan berdoa, sentiasa berfikiran positif. Dalam pada masa yang sama, kita juga haruslah cuba mengelakkan beberapa perkara untuk mengelakkan sesi penyusuan kita terganggu. Antaranya ialah :

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.

  Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protien seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.
 
Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan...alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. 

Protien sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah kita harus memilih untuk mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.


2. Pengambilan minuman bergas dan berais.

Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.

 Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.

Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan?  Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kena agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga  ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.

Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.

3. Pengambilan minuman berkafien.

Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi...namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja...ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
 Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafien atau susu rendah lemak.

Tahukah kalian kafien boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.

Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.
Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.


4. Pengambilan supplement khas untuk diet.

Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang. 

Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.

6. Merungut setiap masa

Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.

Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan...maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Tetapi percayalah, bagi ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan. Zaman sekarang dah terbalik...si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tenpat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.

Jadi, sama2lah kita merenung dan bermuhasabah diri sendiri di mana silapnya kita, atau di mana kekurangannya. Semoga kita dapat memperbaiki kelemahan diri masing-masing, bukan saja untuk anda, tetapi untuk diri saya juga. 

Tq to Kak N

Tuesday, June 7, 2011

Salam pagi yang indah..

Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih bertuah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk masih mampu menyusukan anak saya, Malique Fudhail..selama sehingga hari ini dah setahun 5 bulan..Terima Kasih Ya Allah..Atas berkat kesabaran dan kesungguhan diri saya sendiri, di tambah pula sokongan dari suami tercinta, saya masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan saya ini. Semoga masih diberi kekuatan untuk terus menjayakan perjalanan penyusuan dan terus menggalakkan ibu-ibu lain supaya turut menyertai saya 'mendaulatkan' lagi susu ibu ini.

Memang bukan senang untuk sampai ke tahap ini, walaupun masih baru berbanding ibu-ibu lain yang mampu menyusukan anak sehingga umur lebih daripada 2 tahun. Dengan pelbagai masalah pada awalnya seperti production susu yang sedikit (itu masalah paling utama yang saya alami sebelum ini), alhamdulillah berkat kesabaran memerah susu siang dan malam di samping direct feeding, semuanya dapat di atasi.

Pelbagai cara saya ikhtiarkan untuk membantu journey saya berjaya, memakan pelbagai jenis 'milk booster', teknik mengurut, peningkatan berlaku sedikit demi sedikit. Walaupun saya bukanlah insan yang bertuah dikurniakan susu yang banyak, sebagai contoh sekali pam terus dapat dalam 7 - 8 oz..tapi sehingga hari ini production masih lagi maintain dan cukup untuk keperluan anak saya.

Ada yang bertanya, macam mana saya boleh maintainkan perkara ini..Saya memang tidak mengamalkan apa-apa petua, hanyalah dengan cara mengepam secara konsisten setiap 2-3 jam sekali (pada waktu pejabat),lepas pejabat saya akan buat 'direct feeding' utk sebelah cik B dan pada waktu yg sama mengepam utk cik B yang satu lagi. Selain itu, saya makan seperti biasa ikut jadual makan yang betul - makan pagi, tengahhari dan malam (mesti nasi sebab saya jenis tak boleh tak makan nasi), dan juga kerap minum air masak.

Saya akui, memang agak sibuk untuk menguruskan rumah, di samping tiga orang anak selepas waktu kerja, di tambah pula dengan penat bekerja yang masih tak hilang. So, apa yang saya buat untuk maintainkan tenaga, supaya tak penat. So, bermula dalam bulan Ogos 2010 saya telah mencuba SHAKLEE  bermula dengan breastfeeding set. Alhamdulillah, sangat membantu..Bukannya membantu production susu ye..tapi menolong menambah tenaga pada badan saya..Tak de lagi rasa penat yang melampau, rasa lesu bila bangun dari tidur..rasa sakit-sakit badan. Rasa seronok sangat atas perubahan yang saya alami.

Selepas sebulan, saya masih mencuba  untuk set yang kedua. Masih belum berani lagi nak beli full set, almaklumlah 'eko no-money'..so, masih lagi memberi kesan yang sama..so, semenjak tu, saya pun mula lah mencuba FULL SET (itu pun share ngan office mate)..dan sampailah sekarang saya masih tetap makan supplement nie..

So, apa yang ada dalam set nie..


VITALEA (MULTIVIT)~Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.

B-COMPLEX~Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam

VITAMIN C ~Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik.

ALFALFA~Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu.  Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan bantu buang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


Tq to cery

Sebenarnya, jika anda semua nak merasai apa yang saya alami, anda kena cuba sendiri apa yang saya makan ni..Kalau tak, anda semua memang tak tau macam mana rasanya perasaan saya  nie..huhuu..
Jadi, marilah mencuba set ni..Jika berminat, bolehla menghubungi saya Lieya di 019-3160078.

Saturday, June 4, 2011

KELEBIHAN DAN FADHILAT BULAN REJAB

Tarikh 1 Rejab 1431 Hijriah bagi tahun Masihi 2010 jatuh pada 14 Jun 2010 (Isnin). Akhirnya bulan Rejab muncul kembali dan kita sebagai Muslim harusnya berasa bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

Doa Di Bulan Rejab:

1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Friday, June 3, 2011

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-

 KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP

Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN

Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibu yg pekat.
BAYI PERLU BERADA SELAMA 20 MINIT DI SETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta  melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D 
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin ketika dlm kandungan)
IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
Susu ibu menglindungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb lain, tetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa memberhentikan penyusuan.
JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.
Jadi, jangan terus membuat anggapan yang salah terhadap kemampuan diri anda untuk menyusukan anak anda dengan susu ibu. Sesungguhnya kita semua golongan ibu mampu menjayakan penyusuan susu ibu.

Thursday, June 2, 2011

 
 Hayatilah...
Susu ibu bukan datang drpd makanan,
Susu ibu bukan datang drpd susu jenama XYZ,
Susu ibu bukan darang drpd ubat,
Susu ibu datang drpd khazanah Allah swt :)
Allah swt Maha KayaAllah swt bukan sahaja menjadikan,
ttpi Allah swt juga akan memelihara setiap ciptaanNya
Pasti dan pasti
Allah swt akn pelihara setiap bayi yg lahir
dgn kuantiti susu yg cukup utk memenuhi keperluannya
InsyaAllah..yakinlah! :)
Sumber: Anakkusoleh.com
Jadi, kepada semua ibu di luar sana, yakinlah Allah menjanjikan rezeki untuk setiap anak kita. Sudah pasti setiap ibu mampu menyusukan anak anda sendiri, tanpa perlunya susu formula. Selagi mampu, susukanlah anak anda dengan air susu anda sendiri. Jangan mudah berputus asa dan berfikiran negatif. Kuatkan semangat, usahalah, berdoalah, selagi mana anda terdaya.

Friday, May 27, 2011

Doa Ibu Menyusu

Antara doa yang boleh diamalkan bagi kita kaum2 ibu untuk menyusukan anak..Saya selalu buat yang no.3 tu je..yg lain, saya baru terjumpa hari ni..Kawan-kawan boleh cuba yer..
  1.  Amalkan doa di bawah
    “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
  2. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu  kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya
  3. amalkan surah al-Baqarah ayat 60.  Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga  Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg  cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun
     
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
  4. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan  subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam  segelas air lalu diminum.
Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.

sumber : Iffa

Tuesday, May 24, 2011

Rahsia Melembutkan Hati Anak

Hari ni, saya cuba mencari doa untuk melembutkan hati anak, sebab kebelakangan ini, anak-anak saya 'lain macam' je cara percakapannya..Saya tak tau adakah pengaruh dari kawan-kawan,  media (tv especially) atau cara didikan saya yang tidak berapa kena?? Jadi, saya terjumpa tentang fakta ini..Harap boleh dikongsikan dengan anda semua. Antara perkara yang boleh diamalkan oleh kita para ibu bapa ialah,

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
  • Satu lagi, amalkan Surah Toha, ayat 1-5.
Selain daripada itu, kita juga boleh mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan antaranya ialah;

  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Harap-harap, saya tidak terlewat untuk membetulkan apa yang tidak betul dalam cara saya mendidik dan menyampaikan ilmu kepada anak-anak saya,  students saya dan rakan-rakan saya. Semoga dipermudahkan dan dirahmati. Amin.

Pil Perancang Dan B Complex

(http://www.allaboutshaklee.com)

Bagi ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan family planning disarankan untuk mengambil B Complex di mana ia berfungsi untuk menstabilkan semula hormon di dalam tubuh badan kita. Ini adalah kerana bagi wanita yang mengambil family planning sedikit sebanyak ia telah mengubah kitaran yang sepatutnya di dalam tubuh badan kita. Seringkali juga saya ditanya beberapa soalan 'cepumas' mengenai B Complex seperti;
  • B Compleks buat saya selera (selera ini kita yang kena kawal)
  • B Compleks buatkan badan saya gemuk(gemuk sebab malas nak beriadah bukan salah vitamin)
  • B Compleks buatkan saya cepat lapar (ibu menyusu memang cepat lapar sebab itu disarankan ambil ESP)
*Ramai yg complaint pasal bende nie..yg paling penting, kite kena lah minum air yg banyak, supaya semua bentuk tenaga dapat ditukarkan.


Apa yang orang tidak faham?

Sebenarnya B Complex merupakan spark plug dalam badan. Ia akan membakar gula (daripada makanan) untuk menghasilkan tenaga. Orang yang mendapat diabetes adalah mereka yang kurang B Complex dalam badan sebab itu gula itu tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Rasa lapar atau berselera adalah satu tanda tubuh kita memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Saya sendiri tidak gemuk walau kuat makan, salah satunya faktor menyusukan anak namun ada juga teman saya berisi walau menyusukan anak kerana kebanyakkan makanannya tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Ayah saya  mengidap penyakit kencing manis dan doktor menyarankan agar beliau mengambil B Complex kerana ia berfungsi menukarkan gula menjadi tenaga, sebagai anti stress, meninggikan sistem daya tahan badan dan perlu untuk urat saraf.

1. TANDA-TANDA KEKURANGAN B-COMPLEX

• Mental & Emotion – Depression, Anxeity, Moodiness, Difficulty concentration
• Keletihan / tidak bermaya
• Tidak dapat duduk diam (resah-gelisah)
• Panik (Mengelabah / buntu)
• Sedih tanpa punca (termenung)
• Kekurangan selara makan
• Sembelit
• Water retention
• Sensitivity to light
• Dandruff
• Pre-menstrual tension

2. SEVERE DEFICIENCY

- Boleh lihat ‘crack mouth corners, mata
- Sore lips
- Sore tounge
- Digestion – showing of excessive gas

3. SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B Complex. 
  Eg. satu botol coca-cola perlu 5 kali vitamin B Complex untuk menukarkan coca-cola ke  
  bentuk tenaga
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex
•Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan 
vitamin B Complex
• Pil perancang meningkatkan keperluan B Complex

FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran tenaga
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

UNTUK SIAPA

• Orang demam
• Stress
• Kaki arak
• Mereka yang terlibat dengan aktiviti yang meletihkan
• Pengguna pil perancang
• Jerawat (acne)
• Alahan dari perasa MSG
• Gementar (nervous)
• Membantu dalam masalah berkaitan PMS, Mengandung dan masalah Menopause –  
  terutama  B6       
(Awas B6 tidak boleh diambil secara tersendiri ia mesti di gabungi dengan ke lapan-lapan keluarga B)

Vitamin B yang baik ialah;

  • The only yang lengkap (Complete B) - Mengandungi 8 keluarga B. Jika salah satu daripadanya kurang vitamin B berkenaan tidak berkesan. 
  • Keluarga B yang di maksudkan adalah: B1(Thiamin), B2(Riboflavin), B3 (Niacin), B5(Pantothenic acid), B6 (Pyridoxine), B12 (Cyanocobalamin), Biotin, dan Asid Folic. Bacalah label pada bottle dengan terliti agar tidak menanggung kerugian.
  • Biotin dan Folic Asid di beri dalam kadar 100% .

Thursday, May 19, 2011

Salam, saya sangat suka nak share citer ni ngan korang semue..bacalah..

‎(Pada tahun 2007 lebih kurang, ada sorang pembaca keretamayat bertanya tentang apakah belanja yang paling afdal untuk gaji pertama, aku lupa apa jawapan aku waktu tu, tapi aku jawab balik beberapa tahun kemudian bersamaaan hari ini) Kita biasanya tak aka...n lupa benda yang first time, seperti hari pertama haid bagi perempuan, atau hari pertama baligh bagi lelaki, atau hari pertama naik bas, atau hari pertama masuk wayang, atau hari pertama jatuh basikal, atau hari pertama masuk hospital, atau hari pertama jatuh cinta, atau hari pertama malam pertama, atau persetubuhan kali pertama (dah nak start melalut, ehss..).. dan lain lain. Pendek kata, benda first time ni memang selalu kita ingat, dan bila berkongsi dengan kawan kawan tentang benda benda pertama ni, kadang kadang kita ralit berborak, habis teh tarik, tambah lagi, itulah resam manusia yang hidup atas dunia yang fana, selalu cerita benda benda yang pertama dibuat dalam hidup dengan penuh teruja sambil gelak macam orang gila, lepas dah jadi mayat, baru kita akan cerita benda terakhir yang kita buat dan itu cerita lain. Straight to the point, kali ni aku nak tanya korang, Apakah benda ‘berharga’ atau ‘sentimental value’ yang pernah korang belanja pada kali pertama dapat gaji dan benda tu masih ada sampai sekarang? Apa korang beli? PS2? Bayar muka ansuran Motosikal? Beli DVD? Beli Tafsir Al quran, belanja awek makan? Sedekah kat mak? Beli tasbih? Beli seluar Jeans? Beli Handphone? Daftar MLM? Beli cicak tokek? Beli gelang Magnet? Apa benda pun jawapan korang, simpanlah sebagai kenangan gaji pertama, lantak korang lah nak beli apa pun, korang berhak nak belanja apa yang patut, janji halal dan membawa kebaikkan, Cuma, apa yang aku nak bagitahu, gaji terkahir korang akan dibelanja untuk beli kain kapan, keranda, batu nisan dan upah driver keretamayat, woha! Sambung balik, kat mana tadi? Oh ye, sebagai tuah tanah, di sini aku nak bagi cadanganlah kepada mereka yang baru dapat gaji hari ni, gaji pertama pulak tu, akan apa yang patut korang belanja. Ok, simpanlah duit dalam RM100 ke bawah, dan belilah.. (Ini bukan nak melawak..) Belilah… (Mesti korang tak sabar nak gelak.) Korang belilah.. (tapi apa yang aku cadangkan ni tak lawakpun) korang belilah almari buku!. (aku sedang serius) Ya, Almari buku!, atau rak buku! Dulu aku beli RM 25 ringgit jer, boleh pikul buat balik, sampai rumah pasang sendiri, pakai skru dalam 15 minit siap, ada tiga slot, tinggi tiga kaki, lebar dua kaki. Jika ada duit lebih, bulan tu jugak beli sebuah buku dengan gaji pertama tadi, jika takde duit lebih, boleh beli pada gaji kedua. Ok, sekarang, setiap kali gaji, beli sebuah buku, dalam setahun korang akan ada dua belas biji buku, dan aku rasa dalam tiga tahun hingga ke lima tahun, almari korang akan penuh dengan buku, sepenuh dada korang dengan ilmu (jika korang baca sampai habis sebelum beli buku baru.) Amacam best tak? Best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis dan ada yang dah khatam berkali kali, memang best sangat… Bagi aku, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca. Perlu sangat! Dan untuk menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca, maka buku yang korang beli mestilah tebal tebal dan berilmiah, majalah tak aci, syaratnya: mesti tebal, maka bolehlah korang beli buku seperi kitab ugama, kitab Fadail, Kitab Mutakhab Hadith, Kitab hayatul sahabah,, Tafsir al quran, dan lain-lain, dan letak buku katogori ugama ni pada level paling atas, Level bawah bawah bolehlah hias almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca seperti Buku Motivasi Dale Carnegie, Buku sejarah, Buku tentang tokoh tokoh dunia, atau buku politik seperti A Doctor in the House, dan bawah lagi boleh jugak letak buku komik yang tebal tebal seperi GTO, Naruto, Dragonball, Pendekar laut dan lain lain. Janji tebal. Memang best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah habis baca, memang beeeeeeeest sangat…! (baca sambil menyeringai macam budak perempuan yang comel) Sebenarnya, budaya menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis, jarang dipratik oleh bangsa di jajah terutama orang melayu macam kita, sebagai contoh, aku biasa jugak pergi bermalam di rumah saudara mara, kat ruang tamu mereka, langsung takde satu bukupun untuk aku baca, rak bukupun takde, memang hampeh, yang ada almari mahal yang di hias dengan pinggang mangkuk mahal, apa ke jadah? Kalau pinggang mangkuk tu tukar dengan buku, aku rasa mahu penuh satu almari. Ok, aku sangka baik, mungkin mereka ada rak buku di dapur, sebab aku tengok, bangsa penjajah, mereka ada rak buku bukan setakat di ruang tamu, dan dalam bilik, kat dapur pun ada rak buku…, mungkin bangsa kita takut kena kutuk jika letak rak buku ruang tamu lalu simpan dalam bilik atau di dapur, Akupun pergi ke dapur mereka, teka apa aku jumpa.? Rak pinggang mangkuk jugak! Woha! Jap, jap, nampak macam rak buku, ok ada majalah bawah meja buruk, tengok majalah apa.. Mastika? Mangga? URTV? (pensang..!) Ok, dahlah tu aku membebel.., dah penuh air liur bertakung kat tepi bibir aku- buruk sungguh! Sebagai penutup, nasihat aku kepada korang yang tak pernah beli rak buku, bertaubatlah, malu pada bangsa melayu, yang tak pernah beli buku ilmiah tapi beli ‘pinggang mangkuk berilmiah’, jugak kena bertaubat.. Kesimpulan: 
1.Tanamkan dalam diri bahawa untuk mencapai Negara maju, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca. 
2. Untuk itu, satu rumah kena ada sekurang-kurangnya satu rak buku, jika tak beli pada gaji pertama, boleh beli pada duit pencen yang pertama. 
3. Buku mesti tebal, majalah tak aci, Komik tebal tak apa, (Woha!) 
4. Buku itu mestilah berilmiah dan di baca sekurang kurangnya satu pertiga, separuh itu bagus, baca habis itu terbaik! 
5. Tanda tarikh beli, dan tanda jugak tarik khatam pada setiap buku. 
6. Level atas, susun buku ugama, level tengah, buku berilmiah, level bawah, buku hiburan, jangan sesekali hias pinggang mangkuk bodoh antara buku buku itu. 
7.Wujudkan satu buku log untuk peminjam, tarikh pinjam, tarikh hantar, catat dengan jelas. 
8.Simpan resit buku dengan baik, boleh tolak cukai LHDN. 
9.Pastikan ada rak buku di ruang tamu, senang tetamu nak baca sepintas lalu jika boring dengan perbualan korang. 
10.Jika rak buku dah penuh, boleh beli Rak baru yang lebih besar, dan jika ada ruang, sila wujudkan perpustakaan mini di rumah masing masing. 
11.Pastikan buku yang di tulis oleh Hamka keretamayat ada terselit di celah celah rak buku korang sebagai rujukan dalam dunia rumah tangga. Eh? Hamka keretamayat ada terbit buku ke? Tak tahupun! Hek Eleh.., punyalah panjang aku membebel, rupanya nak mempromosi buku berilmiah yang ditulis oleh Hamka keretamayat rupanya, celaka sungguh- woha! Ok, aku belum cetak lagi, semua bahan dan siap, aku tulis tentang dunia rumah tangga, tapi aku kena buat survey dulu sebelum cetak, sila click-clik. Segala kerjasama korang, amat aku hargai.
p/s; saya sendiri pun xbuat lagi apa yang penulis nie citerkan..rak buku memang dh ade, tp dari dulu xpenuh-penuh lagi..sape nak jwb tu..?hahah..jwb sendiri..dapat gaji,xprnh budget pn utk beli buku..so, harap-harap lps nie, insaflah hendaknye diri ku ini..

Tuesday, May 10, 2011

Sore Nipple, apa dia?

Salam,

Hari ini saya try mencari info tentang 'sore nipple' disebabkan saya tengah mengalaminya sekarang..So, saya nak tau apakah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan sore nipple nie..Adakah salah satunya disebabkan my dear Malique dh ada gigi, dan kerjanya asyik nak mengigit je...Sakit betulla kalo die tgh menggigit tu..Kdang-kadang "tercubit" jugak saya kat anak saya tu sebab tak tahan kena gigit..Oklah, jom kita tengok ape bendanya "sore nipple" ni..

Gejala ini merupakan salah satu benda yang boleh mengganggu penyusuan sebab kadang-kadang ada sesetengah ibu tu, langsung jadi give-up nak continue breastfeeding disebabkan tak tahan menanggung rasa pedih dan sakit. Kebanyakan ibu-ibu pasti akan mengalami situasi ini.Apa dia "sore nipple"? Ia adalah keadaan di mana nipple kita berada di dalam keadaan sakit, mungkin disebabkan oleh luka akibat rekahan ataupun berlakunya "yeast infection" pada nipple yang seterusnya menyebabkan luka pada nipple.

Apakah faktor penyebabnya? Antaranya ialah teknik lekapan (latching) yang tidak betul atau tidak sempurna sewaktu direct feeding. Perkara ini berlaku disebabkan oleh bayi anda yang hanya menghisap pada kawasan puting sahaja, dan akan menyebabkan bayi akan berusaha keras untuk menghisap (sucking), dan ibu juga mungkin tidak akan dapat merasa 'let-down reflect'. Sedangkan keadaan yang betul adalah bayi seharusnya membuka mulut dengan luas dengan si ibu memastikan bayi akan dapat  menghisap dari kawasan aerola. Ini bertujuan agar 'milk duct' akan dapat dirangsang dan seterusnya 'let-down' reflect akan dirasai oleh ibu.
Kadang kala ibu perlu juga memeriksa lidah bayi. Kadang kala ada juga berlaku disebabkan ada masalah pada lidah bayi yang mungkin boleh menyebabkan kaedah 'latching' yang betul tidak dapat dilaksanakan. Selain dari itu, kedudukan anda dan bayi sewaktu penyusuan berlangsung yang tidak betul juga boleh mengganggu 'latching'.Antaranya  kedudukan yang betul yang patut anda praktikkan ialah

1. ' cross craddle hold' yang seusai untuk bayi yang baru lahir. Boleh menggunakan bantal untuk menyokong badan bayi anda.





2. 'craddle hold' - lebih kurang seperti cross craddle hold, cuma keselruhan tubuh bayi diampu dan rapat perut bayi menyentuh perut ibu.



2. 'Lying position' - sesuai untuk ibu dan bayi yang tidur bersama dan banyak diamalkan oleh kita semua.


3. ' Saddle hold' - sesuai untuk menyusukan bayi yang mengalami masalah hidung (selsema, kahak) dan juga bayi yang sudah meningkat umur (toddler).

4. 'football hold' - sesuai untuk ibu yang bersalin secara ceaser, untuk mengelakkan badan bayi menyentuh perut ibu.


Selain itu juga, 'sore nipple' boleh berlaku mungkin disebabkan oleh 'yeast infection' ataupun 'thrush'. Ia boleh berlaku kepada;
1. ibu (nipple)
  •    'cracked nipple' yang tidak juga sembuh walapun ibu sudah memastikan teknik lekapan yang betul diamalkan.
  • keadaan nipple yang sentiasa sakit sebelum dan selepas penyusuan.
  • boleh juga berlaku selepas pengambilan antibiotik (ketika menerima rawatan perubatan).
  • keadaan nipple yang merah , gatal atau seolah-olah terbakar.
2. dan juga kepada anak
  • diaper rash
  • 'white patches' di dalam mulut bayi, menyebabkan bayi menolak directfeeding.
Dan mungkin ada lagi maklumat-maklumat lain yang mungkin kita boleh kongsikan bersama tentang 'sore nipple' ni..

Monday, May 9, 2011

PERADUAN IBU GEMBIRA KELUARGA BAHAGIA
Mempunyai impian untuk memiliki pam ini? Ianya pam terbaru yang berada dalam pasaran.
Kini hanya dengan menulis slogan, pam ini mungkin menjadi milik anda. Jom sertai 
PERADUAN IBU GEMBIRA KELUARGA BAHAGIA





Kami sangat menggalakkan penyusuan susuibu. Sebagai tanda sokongan, kami (kumpulan Euphoria GBS) menganjurkan Peraduan ini iaitu Ibu Gembira Keluarga Bahagia.
Syarat-syarat utama :
1. Peraduan ini terbuka untuk penduduk Malaysia sahaja yang berumur lebih 18 tahun dan ke atas.
 2. Setiap pembelian trial pack set B RM80 sahaja yang layak menyertai peraduan ini.
3. Satu pembelian trial pack set B RM80 melayakkan satu penyertaan.
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik. Seorang pemenang layak menerima satu hadiah sahaja. 5. Bukti pembelian adalah melalui rujukan poslaju. Sila dapatkan no rujukan poslaju untuk setiap pembelian trial pack anda.
6. Peraduan ini bermula dari 1 Mei 2011 sehingga 30 Mei 2011.
7. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email.
8. Penganjur berhak menggunakan slogan yang diberi untuk tujuan promosi.
10. Peraduan ini tiada kena mengena dengan mana-mana tawaran Shaklee (M). Sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.
11. Tiga [3] orang pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik. Hadiah utama ialah Pam Modu yang berharga RM599. Manakala dua [2] lagi pemenang akan mendapat pam Avent yang berharga RM170. 12. Keputusan hakim adalah muktamad.
13. Pemenang yang inginkan hadiahnya dihantar melalui pos dikehendaki menanggung kos penghantarannya sendiri.
14. Pemenang yang gagal menuntut hadiah dalam jangka masa yang ditetapkan akan dikira tidak berminat terhadap hadiah berkenaan selepas tarikh yang dimaklumkan kelak [satu bulan selepas keputusan diumumkan]


*Sila dapatkan BORANG PERADUAN di sini.


Peringatan : Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara esklusif dari jaringan Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum. Peraduan ini tiada kena mengena dengan Shaklee (M) dan sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.

Friday, May 6, 2011

Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi..( habihkan duit kat citu..huhuu..)

Cukupkah Susu

Salam,

Bagaimana nak tahu adakah anak anda mendapat susu yang cukup? Kebiasaannya, ramai ibu yang beranggapan bayi tidak menerima susu yang cukup, apabila bayi kerap  merengek dan menangis. Jadi, bagaimana caranya, dan apakah tanda-tandanya? Antaranya ialah,

1. Bayi menyusu 8 - 12 kali dalam masa 24 jam. Bayi menyusu dengan kerap kerana keperluan perut bayi yang kecil, dan tidak boleh diisi dengan kapasiti yang banyak sekali gus. Tambahan pula susu ibu lebih cepat dihadamkan, maka bayi akan lebih kerap menyusu.

2. Anda membiarkan bayi anda menyusu pada sebelah payudara terlebih dahulu, sebelum anda memberi bayi  menghisap pada payudara yang kedua.

3. Anda boleh mendengar bayi anda menelan susu, selepas beberapa kali hisapan dibuat.

4. Bayi anda buang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah. Manakala bayi akan membuang air besar yang cukup, iaitu sebanyak 3 - 8 kali dalam sehari, dan akan semakin berkurang mengikut pertambahan umur  bayi.

5. Berat bayi akan meningkat secara konsisten secara purata dalam 18 - 30 gram sehari.

6. Yang paling penting, pastikan bayi sentiasa bersama dengan anda (skin to skin contact), untuk memastikan bila waktu yang sebenarnya bayi anda mula merasa lapar.

Wednesday, May 4, 2011

Ibu, Kenapa Burung boleh Terbang?


by AnakkuSoleh.com on Wednesday, May 4, 2011 at 2:44am
Pada suatu petang yang cerah..

Anak: Ibu, kenapa burung boleh terbang?
Ibu: Sebab, burung ada sayap laa..
Anak: ooo...
Ibu:(tersenyum bangga dgn jawapan sendiri)
Anak: Tapi kan bu,
kenapa burung yang mati, dia ada sayap, tapi tak boleh terbang pun????
 Ibu:(~~alamak! tepuk dahi..kantoi sudaa!! :P )

~~

Pada zahirnya, kita nampak bahawa burung dapat terbang kerana mereka ada sayap.Tetapi, hakikatnya, burung dapat terbang kerana Allah swt telah berikan "roh" kepadanya. Disebabkan "roh" tersebutlah, maka dia dapat terbang.

Begitu juga halnya dengan dunia..Dunia ini masih wujud kerana ia mempunyai ROH
dan roh bagi dunia adalah..UMAT ISLAM

Seandainya, roh itu berada dalam keadaan yg baik, maka jasadnya juga akan menjadi baik
dan seandainya roh itu sakit, maka jasad juga akan jatuh sakit

Begitu juga dengan dunia..
Jika semua umat Islam sentiasa taat pada perintah Allah swt & amalkan cara hidup Rasulullah saw,
maka dunia ini akan aman sejahtera
dan Allah swt akan lindunginya daripada malapetaka

Sebaliknya,
Jika umat Islam mula lalai daripada melaksanakan perintah Allah, maka dunia ini akan rosak
dan Allah swt akan membuat keputusan untuk menghancurkan dunia ini, kerana kesalahan umat Islam sendiri.

"Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi. "
(Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 79)

Ayuh..
Mari kita sama-sama menjadi ROH yang BAIK
dan didik anak-anak kita untuk menjadi ROH yang BAIK juga
dan ajak orang lain juga untuk sama-sama menjadi ROH yang BAIK
:)

InsyaAllah,
Allah swt akan bertambah sayang kepada kita
Allah swt akan memelihara kita daripada azab kemurkaanNya
dan Allah swt akan jadikan kita umat yang BERJAYA

Aamiin :)

Tuesday, May 3, 2011

Perlukah Vitamin?

Salam,
Lama betul saya tak update blog saya niey..Sorry ye my blog, saya busy marking paper-paper final my students..biasalah, end of semester..itu yg priority..kene concentrate sket..kalo silap kang,habisla plak kt students sume..so skang,dh setel..lega sket..alhamdulillah.. So, dalam pada tu, saya ter'skip' la jgk mkn my routine supplement..ape dh jadi?? haha..tu la yg nk share sket, mula la tunggang langgang gak jdnye..lepas tu mule la rasa semcm je kt bdn, nk demam la hape la...tu la..sebab selama nie, sy xprnh la plak skip mkn niey..

Smbl2 tu de la baca2 sket psl pe bdn kite perlukn supplement nie.. kalo wkt pregnant, kite buat routine checkup, then kita akan dibekalkan dengan sgl mcm ubat..so, kite pun patuh, akan mkn ubat tu kan..utk apa? wkt tu, kita fikir kita bkn mkn utk diri kite, tp utk baby yg sedang kita kandungkan tu kan..so, sama la jugak keperluan ubat atau vitamin yang kita harus makan waktu kita menyusukan anak kite sekarang nie..juga untuk kita salurkan kepada anak kesayangan kita tu kan, di samping khasiatnye yang diri kita sendiri juga akan dapat.

Badan kita masih memerlukan segala macam zat dan mineral tambahan dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jadi, beringatlah. Bukan kata dengan hanya memakan supplement sahaja anda akan mendapat zat ini semua..Tidak sama sekali. Kita boleh memastikannya dengan pengambilan zat yang seimbang dalam menu harian kita. Antaranya dengan makan antara 5 - 9 hidangan buah dan sayur serta hidangan 2 -3 hidangan protein. Selain itu, kita juga perlu makan 6 - 7 hidangan karbohidrat sehari di samping minum air sehingga 8 gelas sehari. Jadi, anda rasa macam mana? Adakah anda boleh memastikan anda mendapat apa yang sepatutnya dalam menu harian anda setiap hari? Tepuk dada, tanya selera.


Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.

Sebab apa, yang paling penting sbnrnya adalah emosi si ibu, agar production susu tidak terganggu. Jadi, kita perlu memastikan semuanya cukup dan yang paling penting badan ibu sihat supaya dapat menjayakan penyusuan.