salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, June 3, 2011

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-

 KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP

Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN

Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibu yg pekat.
BAYI PERLU BERADA SELAMA 20 MINIT DI SETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta  melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D 
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin ketika dlm kandungan)
IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
Susu ibu menglindungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb lain, tetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa memberhentikan penyusuan.
JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.
Jadi, jangan terus membuat anggapan yang salah terhadap kemampuan diri anda untuk menyusukan anak anda dengan susu ibu. Sesungguhnya kita semua golongan ibu mampu menjayakan penyusuan susu ibu.

Thursday, June 2, 2011

 
 Hayatilah...
Susu ibu bukan datang drpd makanan,
Susu ibu bukan datang drpd susu jenama XYZ,
Susu ibu bukan darang drpd ubat,
Susu ibu datang drpd khazanah Allah swt :)
Allah swt Maha KayaAllah swt bukan sahaja menjadikan,
ttpi Allah swt juga akan memelihara setiap ciptaanNya
Pasti dan pasti
Allah swt akn pelihara setiap bayi yg lahir
dgn kuantiti susu yg cukup utk memenuhi keperluannya
InsyaAllah..yakinlah! :)
Sumber: Anakkusoleh.com
Jadi, kepada semua ibu di luar sana, yakinlah Allah menjanjikan rezeki untuk setiap anak kita. Sudah pasti setiap ibu mampu menyusukan anak anda sendiri, tanpa perlunya susu formula. Selagi mampu, susukanlah anak anda dengan air susu anda sendiri. Jangan mudah berputus asa dan berfikiran negatif. Kuatkan semangat, usahalah, berdoalah, selagi mana anda terdaya.

Friday, May 27, 2011

Doa Ibu Menyusu

Antara doa yang boleh diamalkan bagi kita kaum2 ibu untuk menyusukan anak..Saya selalu buat yang no.3 tu je..yg lain, saya baru terjumpa hari ni..Kawan-kawan boleh cuba yer..
  1.  Amalkan doa di bawah
    “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
  2. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu  kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya
  3. amalkan surah al-Baqarah ayat 60.  Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga  Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg  cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun
     
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
  4. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan  subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam  segelas air lalu diminum.
Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.

sumber : Iffa

Tuesday, May 24, 2011

Rahsia Melembutkan Hati Anak

Hari ni, saya cuba mencari doa untuk melembutkan hati anak, sebab kebelakangan ini, anak-anak saya 'lain macam' je cara percakapannya..Saya tak tau adakah pengaruh dari kawan-kawan,  media (tv especially) atau cara didikan saya yang tidak berapa kena?? Jadi, saya terjumpa tentang fakta ini..Harap boleh dikongsikan dengan anda semua. Antara perkara yang boleh diamalkan oleh kita para ibu bapa ialah,

  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
  • Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
  • Satu lagi, amalkan Surah Toha, ayat 1-5.
Selain daripada itu, kita juga boleh mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dan antaranya ialah;

  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Harap-harap, saya tidak terlewat untuk membetulkan apa yang tidak betul dalam cara saya mendidik dan menyampaikan ilmu kepada anak-anak saya,  students saya dan rakan-rakan saya. Semoga dipermudahkan dan dirahmati. Amin.

Pil Perancang Dan B Complex

(http://www.allaboutshaklee.com)

Bagi ibu-ibu yang memilih untuk menggunakan family planning disarankan untuk mengambil B Complex di mana ia berfungsi untuk menstabilkan semula hormon di dalam tubuh badan kita. Ini adalah kerana bagi wanita yang mengambil family planning sedikit sebanyak ia telah mengubah kitaran yang sepatutnya di dalam tubuh badan kita. Seringkali juga saya ditanya beberapa soalan 'cepumas' mengenai B Complex seperti;
  • B Compleks buat saya selera (selera ini kita yang kena kawal)
  • B Compleks buatkan badan saya gemuk(gemuk sebab malas nak beriadah bukan salah vitamin)
  • B Compleks buatkan saya cepat lapar (ibu menyusu memang cepat lapar sebab itu disarankan ambil ESP)
*Ramai yg complaint pasal bende nie..yg paling penting, kite kena lah minum air yg banyak, supaya semua bentuk tenaga dapat ditukarkan.


Apa yang orang tidak faham?

Sebenarnya B Complex merupakan spark plug dalam badan. Ia akan membakar gula (daripada makanan) untuk menghasilkan tenaga. Orang yang mendapat diabetes adalah mereka yang kurang B Complex dalam badan sebab itu gula itu tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Rasa lapar atau berselera adalah satu tanda tubuh kita memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Saya sendiri tidak gemuk walau kuat makan, salah satunya faktor menyusukan anak namun ada juga teman saya berisi walau menyusukan anak kerana kebanyakkan makanannya tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Ayah saya  mengidap penyakit kencing manis dan doktor menyarankan agar beliau mengambil B Complex kerana ia berfungsi menukarkan gula menjadi tenaga, sebagai anti stress, meninggikan sistem daya tahan badan dan perlu untuk urat saraf.

1. TANDA-TANDA KEKURANGAN B-COMPLEX

• Mental & Emotion – Depression, Anxeity, Moodiness, Difficulty concentration
• Keletihan / tidak bermaya
• Tidak dapat duduk diam (resah-gelisah)
• Panik (Mengelabah / buntu)
• Sedih tanpa punca (termenung)
• Kekurangan selara makan
• Sembelit
• Water retention
• Sensitivity to light
• Dandruff
• Pre-menstrual tension

2. SEVERE DEFICIENCY

- Boleh lihat ‘crack mouth corners, mata
- Sore lips
- Sore tounge
- Digestion – showing of excessive gas

3. SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B Complex. 
  Eg. satu botol coca-cola perlu 5 kali vitamin B Complex untuk menukarkan coca-cola ke  
  bentuk tenaga
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex
•Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan 
vitamin B Complex
• Pil perancang meningkatkan keperluan B Complex

FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran tenaga
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

UNTUK SIAPA

• Orang demam
• Stress
• Kaki arak
• Mereka yang terlibat dengan aktiviti yang meletihkan
• Pengguna pil perancang
• Jerawat (acne)
• Alahan dari perasa MSG
• Gementar (nervous)
• Membantu dalam masalah berkaitan PMS, Mengandung dan masalah Menopause –  
  terutama  B6       
(Awas B6 tidak boleh diambil secara tersendiri ia mesti di gabungi dengan ke lapan-lapan keluarga B)

Vitamin B yang baik ialah;

  • The only yang lengkap (Complete B) - Mengandungi 8 keluarga B. Jika salah satu daripadanya kurang vitamin B berkenaan tidak berkesan. 
  • Keluarga B yang di maksudkan adalah: B1(Thiamin), B2(Riboflavin), B3 (Niacin), B5(Pantothenic acid), B6 (Pyridoxine), B12 (Cyanocobalamin), Biotin, dan Asid Folic. Bacalah label pada bottle dengan terliti agar tidak menanggung kerugian.
  • Biotin dan Folic Asid di beri dalam kadar 100% .

Thursday, May 19, 2011

Salam, saya sangat suka nak share citer ni ngan korang semue..bacalah..

‎(Pada tahun 2007 lebih kurang, ada sorang pembaca keretamayat bertanya tentang apakah belanja yang paling afdal untuk gaji pertama, aku lupa apa jawapan aku waktu tu, tapi aku jawab balik beberapa tahun kemudian bersamaaan hari ini) Kita biasanya tak aka...n lupa benda yang first time, seperti hari pertama haid bagi perempuan, atau hari pertama baligh bagi lelaki, atau hari pertama naik bas, atau hari pertama masuk wayang, atau hari pertama jatuh basikal, atau hari pertama masuk hospital, atau hari pertama jatuh cinta, atau hari pertama malam pertama, atau persetubuhan kali pertama (dah nak start melalut, ehss..).. dan lain lain. Pendek kata, benda first time ni memang selalu kita ingat, dan bila berkongsi dengan kawan kawan tentang benda benda pertama ni, kadang kadang kita ralit berborak, habis teh tarik, tambah lagi, itulah resam manusia yang hidup atas dunia yang fana, selalu cerita benda benda yang pertama dibuat dalam hidup dengan penuh teruja sambil gelak macam orang gila, lepas dah jadi mayat, baru kita akan cerita benda terakhir yang kita buat dan itu cerita lain. Straight to the point, kali ni aku nak tanya korang, Apakah benda ‘berharga’ atau ‘sentimental value’ yang pernah korang belanja pada kali pertama dapat gaji dan benda tu masih ada sampai sekarang? Apa korang beli? PS2? Bayar muka ansuran Motosikal? Beli DVD? Beli Tafsir Al quran, belanja awek makan? Sedekah kat mak? Beli tasbih? Beli seluar Jeans? Beli Handphone? Daftar MLM? Beli cicak tokek? Beli gelang Magnet? Apa benda pun jawapan korang, simpanlah sebagai kenangan gaji pertama, lantak korang lah nak beli apa pun, korang berhak nak belanja apa yang patut, janji halal dan membawa kebaikkan, Cuma, apa yang aku nak bagitahu, gaji terkahir korang akan dibelanja untuk beli kain kapan, keranda, batu nisan dan upah driver keretamayat, woha! Sambung balik, kat mana tadi? Oh ye, sebagai tuah tanah, di sini aku nak bagi cadanganlah kepada mereka yang baru dapat gaji hari ni, gaji pertama pulak tu, akan apa yang patut korang belanja. Ok, simpanlah duit dalam RM100 ke bawah, dan belilah.. (Ini bukan nak melawak..) Belilah… (Mesti korang tak sabar nak gelak.) Korang belilah.. (tapi apa yang aku cadangkan ni tak lawakpun) korang belilah almari buku!. (aku sedang serius) Ya, Almari buku!, atau rak buku! Dulu aku beli RM 25 ringgit jer, boleh pikul buat balik, sampai rumah pasang sendiri, pakai skru dalam 15 minit siap, ada tiga slot, tinggi tiga kaki, lebar dua kaki. Jika ada duit lebih, bulan tu jugak beli sebuah buku dengan gaji pertama tadi, jika takde duit lebih, boleh beli pada gaji kedua. Ok, sekarang, setiap kali gaji, beli sebuah buku, dalam setahun korang akan ada dua belas biji buku, dan aku rasa dalam tiga tahun hingga ke lima tahun, almari korang akan penuh dengan buku, sepenuh dada korang dengan ilmu (jika korang baca sampai habis sebelum beli buku baru.) Amacam best tak? Best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis dan ada yang dah khatam berkali kali, memang best sangat… Bagi aku, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca. Perlu sangat! Dan untuk menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca, maka buku yang korang beli mestilah tebal tebal dan berilmiah, majalah tak aci, syaratnya: mesti tebal, maka bolehlah korang beli buku seperi kitab ugama, kitab Fadail, Kitab Mutakhab Hadith, Kitab hayatul sahabah,, Tafsir al quran, dan lain-lain, dan letak buku katogori ugama ni pada level paling atas, Level bawah bawah bolehlah hias almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca seperti Buku Motivasi Dale Carnegie, Buku sejarah, Buku tentang tokoh tokoh dunia, atau buku politik seperti A Doctor in the House, dan bawah lagi boleh jugak letak buku komik yang tebal tebal seperi GTO, Naruto, Dragonball, Pendekar laut dan lain lain. Janji tebal. Memang best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah habis baca, memang beeeeeeeest sangat…! (baca sambil menyeringai macam budak perempuan yang comel) Sebenarnya, budaya menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis, jarang dipratik oleh bangsa di jajah terutama orang melayu macam kita, sebagai contoh, aku biasa jugak pergi bermalam di rumah saudara mara, kat ruang tamu mereka, langsung takde satu bukupun untuk aku baca, rak bukupun takde, memang hampeh, yang ada almari mahal yang di hias dengan pinggang mangkuk mahal, apa ke jadah? Kalau pinggang mangkuk tu tukar dengan buku, aku rasa mahu penuh satu almari. Ok, aku sangka baik, mungkin mereka ada rak buku di dapur, sebab aku tengok, bangsa penjajah, mereka ada rak buku bukan setakat di ruang tamu, dan dalam bilik, kat dapur pun ada rak buku…, mungkin bangsa kita takut kena kutuk jika letak rak buku ruang tamu lalu simpan dalam bilik atau di dapur, Akupun pergi ke dapur mereka, teka apa aku jumpa.? Rak pinggang mangkuk jugak! Woha! Jap, jap, nampak macam rak buku, ok ada majalah bawah meja buruk, tengok majalah apa.. Mastika? Mangga? URTV? (pensang..!) Ok, dahlah tu aku membebel.., dah penuh air liur bertakung kat tepi bibir aku- buruk sungguh! Sebagai penutup, nasihat aku kepada korang yang tak pernah beli rak buku, bertaubatlah, malu pada bangsa melayu, yang tak pernah beli buku ilmiah tapi beli ‘pinggang mangkuk berilmiah’, jugak kena bertaubat.. Kesimpulan: 
1.Tanamkan dalam diri bahawa untuk mencapai Negara maju, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca. 
2. Untuk itu, satu rumah kena ada sekurang-kurangnya satu rak buku, jika tak beli pada gaji pertama, boleh beli pada duit pencen yang pertama. 
3. Buku mesti tebal, majalah tak aci, Komik tebal tak apa, (Woha!) 
4. Buku itu mestilah berilmiah dan di baca sekurang kurangnya satu pertiga, separuh itu bagus, baca habis itu terbaik! 
5. Tanda tarikh beli, dan tanda jugak tarik khatam pada setiap buku. 
6. Level atas, susun buku ugama, level tengah, buku berilmiah, level bawah, buku hiburan, jangan sesekali hias pinggang mangkuk bodoh antara buku buku itu. 
7.Wujudkan satu buku log untuk peminjam, tarikh pinjam, tarikh hantar, catat dengan jelas. 
8.Simpan resit buku dengan baik, boleh tolak cukai LHDN. 
9.Pastikan ada rak buku di ruang tamu, senang tetamu nak baca sepintas lalu jika boring dengan perbualan korang. 
10.Jika rak buku dah penuh, boleh beli Rak baru yang lebih besar, dan jika ada ruang, sila wujudkan perpustakaan mini di rumah masing masing. 
11.Pastikan buku yang di tulis oleh Hamka keretamayat ada terselit di celah celah rak buku korang sebagai rujukan dalam dunia rumah tangga. Eh? Hamka keretamayat ada terbit buku ke? Tak tahupun! Hek Eleh.., punyalah panjang aku membebel, rupanya nak mempromosi buku berilmiah yang ditulis oleh Hamka keretamayat rupanya, celaka sungguh- woha! Ok, aku belum cetak lagi, semua bahan dan siap, aku tulis tentang dunia rumah tangga, tapi aku kena buat survey dulu sebelum cetak, sila click-clik. Segala kerjasama korang, amat aku hargai.
p/s; saya sendiri pun xbuat lagi apa yang penulis nie citerkan..rak buku memang dh ade, tp dari dulu xpenuh-penuh lagi..sape nak jwb tu..?hahah..jwb sendiri..dapat gaji,xprnh budget pn utk beli buku..so, harap-harap lps nie, insaflah hendaknye diri ku ini..

Tuesday, May 10, 2011

Sore Nipple, apa dia?

Salam,

Hari ini saya try mencari info tentang 'sore nipple' disebabkan saya tengah mengalaminya sekarang..So, saya nak tau apakah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan sore nipple nie..Adakah salah satunya disebabkan my dear Malique dh ada gigi, dan kerjanya asyik nak mengigit je...Sakit betulla kalo die tgh menggigit tu..Kdang-kadang "tercubit" jugak saya kat anak saya tu sebab tak tahan kena gigit..Oklah, jom kita tengok ape bendanya "sore nipple" ni..

Gejala ini merupakan salah satu benda yang boleh mengganggu penyusuan sebab kadang-kadang ada sesetengah ibu tu, langsung jadi give-up nak continue breastfeeding disebabkan tak tahan menanggung rasa pedih dan sakit. Kebanyakan ibu-ibu pasti akan mengalami situasi ini.Apa dia "sore nipple"? Ia adalah keadaan di mana nipple kita berada di dalam keadaan sakit, mungkin disebabkan oleh luka akibat rekahan ataupun berlakunya "yeast infection" pada nipple yang seterusnya menyebabkan luka pada nipple.

Apakah faktor penyebabnya? Antaranya ialah teknik lekapan (latching) yang tidak betul atau tidak sempurna sewaktu direct feeding. Perkara ini berlaku disebabkan oleh bayi anda yang hanya menghisap pada kawasan puting sahaja, dan akan menyebabkan bayi akan berusaha keras untuk menghisap (sucking), dan ibu juga mungkin tidak akan dapat merasa 'let-down reflect'. Sedangkan keadaan yang betul adalah bayi seharusnya membuka mulut dengan luas dengan si ibu memastikan bayi akan dapat  menghisap dari kawasan aerola. Ini bertujuan agar 'milk duct' akan dapat dirangsang dan seterusnya 'let-down' reflect akan dirasai oleh ibu.
Kadang kala ibu perlu juga memeriksa lidah bayi. Kadang kala ada juga berlaku disebabkan ada masalah pada lidah bayi yang mungkin boleh menyebabkan kaedah 'latching' yang betul tidak dapat dilaksanakan. Selain dari itu, kedudukan anda dan bayi sewaktu penyusuan berlangsung yang tidak betul juga boleh mengganggu 'latching'.Antaranya  kedudukan yang betul yang patut anda praktikkan ialah

1. ' cross craddle hold' yang seusai untuk bayi yang baru lahir. Boleh menggunakan bantal untuk menyokong badan bayi anda.





2. 'craddle hold' - lebih kurang seperti cross craddle hold, cuma keselruhan tubuh bayi diampu dan rapat perut bayi menyentuh perut ibu.



2. 'Lying position' - sesuai untuk ibu dan bayi yang tidur bersama dan banyak diamalkan oleh kita semua.


3. ' Saddle hold' - sesuai untuk menyusukan bayi yang mengalami masalah hidung (selsema, kahak) dan juga bayi yang sudah meningkat umur (toddler).

4. 'football hold' - sesuai untuk ibu yang bersalin secara ceaser, untuk mengelakkan badan bayi menyentuh perut ibu.


Selain itu juga, 'sore nipple' boleh berlaku mungkin disebabkan oleh 'yeast infection' ataupun 'thrush'. Ia boleh berlaku kepada;
1. ibu (nipple)
  •    'cracked nipple' yang tidak juga sembuh walapun ibu sudah memastikan teknik lekapan yang betul diamalkan.
  • keadaan nipple yang sentiasa sakit sebelum dan selepas penyusuan.
  • boleh juga berlaku selepas pengambilan antibiotik (ketika menerima rawatan perubatan).
  • keadaan nipple yang merah , gatal atau seolah-olah terbakar.
2. dan juga kepada anak
  • diaper rash
  • 'white patches' di dalam mulut bayi, menyebabkan bayi menolak directfeeding.
Dan mungkin ada lagi maklumat-maklumat lain yang mungkin kita boleh kongsikan bersama tentang 'sore nipple' ni..

Monday, May 9, 2011

PERADUAN IBU GEMBIRA KELUARGA BAHAGIA
Mempunyai impian untuk memiliki pam ini? Ianya pam terbaru yang berada dalam pasaran.
Kini hanya dengan menulis slogan, pam ini mungkin menjadi milik anda. Jom sertai 
PERADUAN IBU GEMBIRA KELUARGA BAHAGIA





Kami sangat menggalakkan penyusuan susuibu. Sebagai tanda sokongan, kami (kumpulan Euphoria GBS) menganjurkan Peraduan ini iaitu Ibu Gembira Keluarga Bahagia.
Syarat-syarat utama :
1. Peraduan ini terbuka untuk penduduk Malaysia sahaja yang berumur lebih 18 tahun dan ke atas.
 2. Setiap pembelian trial pack set B RM80 sahaja yang layak menyertai peraduan ini.
3. Satu pembelian trial pack set B RM80 melayakkan satu penyertaan.
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan terbaik. Seorang pemenang layak menerima satu hadiah sahaja. 5. Bukti pembelian adalah melalui rujukan poslaju. Sila dapatkan no rujukan poslaju untuk setiap pembelian trial pack anda.
6. Peraduan ini bermula dari 1 Mei 2011 sehingga 30 Mei 2011.
7. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan email.
8. Penganjur berhak menggunakan slogan yang diberi untuk tujuan promosi.
10. Peraduan ini tiada kena mengena dengan mana-mana tawaran Shaklee (M). Sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.
11. Tiga [3] orang pemenang akan dipilih berdasarkan slogan yang menarik. Hadiah utama ialah Pam Modu yang berharga RM599. Manakala dua [2] lagi pemenang akan mendapat pam Avent yang berharga RM170. 12. Keputusan hakim adalah muktamad.
13. Pemenang yang inginkan hadiahnya dihantar melalui pos dikehendaki menanggung kos penghantarannya sendiri.
14. Pemenang yang gagal menuntut hadiah dalam jangka masa yang ditetapkan akan dikira tidak berminat terhadap hadiah berkenaan selepas tarikh yang dimaklumkan kelak [satu bulan selepas keputusan diumumkan]


*Sila dapatkan BORANG PERADUAN di sini.


Peringatan : Semua tawaran dan pakej Trial Pack hanya boleh di dapati secara esklusif dari jaringan Euphoria GBS. Ia TIDAK di tawarkan/ di jual / di sediakan oleh mana-mana cawangan Shaklee. Harap Maklum. Peraduan ini tiada kena mengena dengan Shaklee (M) dan sebarang penolakan tidak menjadi tanggungjawab kami.

Friday, May 6, 2011

Jom ramai-ramai kita meriahkan lagi..( habihkan duit kat citu..huhuu..)

Cukupkah Susu

Salam,

Bagaimana nak tahu adakah anak anda mendapat susu yang cukup? Kebiasaannya, ramai ibu yang beranggapan bayi tidak menerima susu yang cukup, apabila bayi kerap  merengek dan menangis. Jadi, bagaimana caranya, dan apakah tanda-tandanya? Antaranya ialah,

1. Bayi menyusu 8 - 12 kali dalam masa 24 jam. Bayi menyusu dengan kerap kerana keperluan perut bayi yang kecil, dan tidak boleh diisi dengan kapasiti yang banyak sekali gus. Tambahan pula susu ibu lebih cepat dihadamkan, maka bayi akan lebih kerap menyusu.

2. Anda membiarkan bayi anda menyusu pada sebelah payudara terlebih dahulu, sebelum anda memberi bayi  menghisap pada payudara yang kedua.

3. Anda boleh mendengar bayi anda menelan susu, selepas beberapa kali hisapan dibuat.

4. Bayi anda buang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah. Manakala bayi akan membuang air besar yang cukup, iaitu sebanyak 3 - 8 kali dalam sehari, dan akan semakin berkurang mengikut pertambahan umur  bayi.

5. Berat bayi akan meningkat secara konsisten secara purata dalam 18 - 30 gram sehari.

6. Yang paling penting, pastikan bayi sentiasa bersama dengan anda (skin to skin contact), untuk memastikan bila waktu yang sebenarnya bayi anda mula merasa lapar.

Wednesday, May 4, 2011

Ibu, Kenapa Burung boleh Terbang?


by AnakkuSoleh.com on Wednesday, May 4, 2011 at 2:44am
Pada suatu petang yang cerah..

Anak: Ibu, kenapa burung boleh terbang?
Ibu: Sebab, burung ada sayap laa..
Anak: ooo...
Ibu:(tersenyum bangga dgn jawapan sendiri)
Anak: Tapi kan bu,
kenapa burung yang mati, dia ada sayap, tapi tak boleh terbang pun????
 Ibu:(~~alamak! tepuk dahi..kantoi sudaa!! :P )

~~

Pada zahirnya, kita nampak bahawa burung dapat terbang kerana mereka ada sayap.Tetapi, hakikatnya, burung dapat terbang kerana Allah swt telah berikan "roh" kepadanya. Disebabkan "roh" tersebutlah, maka dia dapat terbang.

Begitu juga halnya dengan dunia..Dunia ini masih wujud kerana ia mempunyai ROH
dan roh bagi dunia adalah..UMAT ISLAM

Seandainya, roh itu berada dalam keadaan yg baik, maka jasadnya juga akan menjadi baik
dan seandainya roh itu sakit, maka jasad juga akan jatuh sakit

Begitu juga dengan dunia..
Jika semua umat Islam sentiasa taat pada perintah Allah swt & amalkan cara hidup Rasulullah saw,
maka dunia ini akan aman sejahtera
dan Allah swt akan lindunginya daripada malapetaka

Sebaliknya,
Jika umat Islam mula lalai daripada melaksanakan perintah Allah, maka dunia ini akan rosak
dan Allah swt akan membuat keputusan untuk menghancurkan dunia ini, kerana kesalahan umat Islam sendiri.

"Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi. "
(Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 79)

Ayuh..
Mari kita sama-sama menjadi ROH yang BAIK
dan didik anak-anak kita untuk menjadi ROH yang BAIK juga
dan ajak orang lain juga untuk sama-sama menjadi ROH yang BAIK
:)

InsyaAllah,
Allah swt akan bertambah sayang kepada kita
Allah swt akan memelihara kita daripada azab kemurkaanNya
dan Allah swt akan jadikan kita umat yang BERJAYA

Aamiin :)

Tuesday, May 3, 2011

Perlukah Vitamin?

Salam,
Lama betul saya tak update blog saya niey..Sorry ye my blog, saya busy marking paper-paper final my students..biasalah, end of semester..itu yg priority..kene concentrate sket..kalo silap kang,habisla plak kt students sume..so skang,dh setel..lega sket..alhamdulillah.. So, dalam pada tu, saya ter'skip' la jgk mkn my routine supplement..ape dh jadi?? haha..tu la yg nk share sket, mula la tunggang langgang gak jdnye..lepas tu mule la rasa semcm je kt bdn, nk demam la hape la...tu la..sebab selama nie, sy xprnh la plak skip mkn niey..

Smbl2 tu de la baca2 sket psl pe bdn kite perlukn supplement nie.. kalo wkt pregnant, kite buat routine checkup, then kita akan dibekalkan dengan sgl mcm ubat..so, kite pun patuh, akan mkn ubat tu kan..utk apa? wkt tu, kita fikir kita bkn mkn utk diri kite, tp utk baby yg sedang kita kandungkan tu kan..so, sama la jugak keperluan ubat atau vitamin yang kita harus makan waktu kita menyusukan anak kite sekarang nie..juga untuk kita salurkan kepada anak kesayangan kita tu kan, di samping khasiatnye yang diri kita sendiri juga akan dapat.

Badan kita masih memerlukan segala macam zat dan mineral tambahan dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jadi, beringatlah. Bukan kata dengan hanya memakan supplement sahaja anda akan mendapat zat ini semua..Tidak sama sekali. Kita boleh memastikannya dengan pengambilan zat yang seimbang dalam menu harian kita. Antaranya dengan makan antara 5 - 9 hidangan buah dan sayur serta hidangan 2 -3 hidangan protein. Selain itu, kita juga perlu makan 6 - 7 hidangan karbohidrat sehari di samping minum air sehingga 8 gelas sehari. Jadi, anda rasa macam mana? Adakah anda boleh memastikan anda mendapat apa yang sepatutnya dalam menu harian anda setiap hari? Tepuk dada, tanya selera.


Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.

Sebab apa, yang paling penting sbnrnya adalah emosi si ibu, agar production susu tidak terganggu. Jadi, kita perlu memastikan semuanya cukup dan yang paling penting badan ibu sihat supaya dapat menjayakan penyusuan.

Wednesday, April 20, 2011

Sekitar kursus MBFPC

Salam,
Dah 2 x weekend sy join kursus nie..menarik..banyak ilmu dapat..Sorryla kwn2, lmbt upload gmbr..Jom tengok muka-muka semua dok tekun mendengar...hehehh..
Lihatla kawan-kawanku itu, busynye...sampai org amik gambar pn tak toleh dah..teruskan ibu-ibu sekalian..


Ni lah saatnye...tadaa...tq to semua PCPA yang banyak menolong kiteorg semua dengan ilmu-ilmu yang disampaikan..Actually banyak lagi gambar lain..Leh tgk Kt fb la nanti ye..(Lieya Samsuri)..

Friday, April 15, 2011

Susu Tidak Cukup?

BRSalam,

Ramai ibu yang tidak pasti adakah bayi mereka menerima susu yang cukup atau tidak. Mereka membuat anggapan berdasarkan anak yang selalu menangis, anak yang selalu "melekat" dengan si ibu, anak yang kerap menyusu. Situasi-situasi begitu dan ditambah pula dengan momokan orang-orang keliling yang membuat andaian bahawa susu yang diterima oleh anak adalah tidak cukup.

Menurut apa yang saya baca dari kellymom.com, bayi yang baru lahir hanya minum susu sebanyak 5-7ml sahaja pada hari yang pertama,iaitu kurang dari setengah oz sahaja. Dapat bayangkan tak besar mana perut bayi itu. Pertambahan amount yang diminum oleh bayi akan meningkat dari masa ke semasa mengikut peningkatan umur bayi.Mari kita lihat gambar di bawah.


Jadi sekiranya anak anda kerap menangis, itu adalah perkara biasa bagi seorang bayi. Jangan cepat melatah dan terus membuat kesimpulan bayi tidak cukup susu. Pada waktu itu, anda sudah mula menggelabah untuk mencari susu formula, atau yang lebih teruk lagi, ada yang sudah mula bagi anak anda makan. Tahukah anda, menurut seorang doktor yang saya temui, kebanyakan kes di hospital menunjukkan bayi atau kanak-kanak mengalami masalah usus tersumbat. Banyak faktor, tetapi salah satunya adalah memberi anak makan pada umur yang tidak sepatutnya.

Anda boleh membuat anggaran berapa banyak yang anak anda patut minum dalam sehari. Menurut kajian, amount maximum yang bayi dari umur 1 - 6 bulan patut minum adalah 25 oz sehari. Jadi, macam mana anda nak kira?
1. Berapa kali anak anda minum dalam sehari? Contoh : 8x
2. Bahagikan amount standard yg diminum oleh bayi (25 oz) dengan bilangan anak anda minum dalam sehari.
    Contoh: 25 oz / 8x = 3.1 oz
3. Jadi, 3.1 oz adalah amount yang sepatutnya bayi anda minum setiap kali penyusuan. Namun, anggaran boleh juga dibuat dalam lingkungan 3-4oz, bergantung kepada bayi anda.

Kekerapan bayi menyusu pada umur ini juga bukanlah kerana bayi tidak cukup susu, tetapi perlu diingat, susu ibu adalah "easy to digest" atau mudah hadam berbanding dengan susu formula. Jadi, bayi akan merasa cepat lapar dan ingin menyusu. Sebab itulah bayi suka "melekat" dengan ibu mereka.

Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk memberi bayi anda susu formula, fikirkanlah dengan sewajarnya. Jangan cepat membuat keputusan tanpa mengkaji terlebih dahulu. Apa yang anda perlu tahu, anda haruslah kuat semangat dan banyakkan membaca dan bertanya.

Sekian.

Wednesday, April 13, 2011

Risiko Tidak Menyusukan Anak

Salam,
Adakah anda tahu jika anda tidak menyusukan anak anda dengan susu ibu,apakah risiko kepada anda sebagai ibu dan juga risiko kepada anak anda? Tanpa kita sedari, penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi kesan yang positif, tetapi juga mendatangkan kesan negatif kepada kita. Saya cuba menyenaraikan risiko-risiko yang mungkin akan dihadapi oleh ibu dan juga anak jika tidak menyusu atau disusukan dengan susu ibu.

Risiko Kepada Ibu

1. Tidak membantu proses pengecutan rahim dan pengembalian ke saiz asal dengan cepat.
2. Proses pembakaran kalori dalam badan bagi si ibu akan terganggu.
3. Terdedah kepada risiko kanser payudara dan ovari.
4. Tidak membantu dalam proses menjarakkan kehamilan yang seterusnya.
5. Hubungan anda dengan anak jugak tidak serapat atau seakrab,berbanding anda menyusukannya.

Risiko Kepada Anak


1. Anak tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya secara semulajadi.
2. Sistem imun badan mungkin menjadi lemah, tambahan tidak menerima kolustrum (susu awal) yang mengandungi segala khasiat yang lebih berbanding susu matang selepasnya.
3. Hubungan dengan ibu menjadi kurang rapat.
4. Bayi yang minum susu selain susu ibu juga terdeah kepada risiko terkena jangkitan telinga,cirit-birit, sembelit,pneumonia, SIDS (sudden infant death syndrome).
5. Bayi juga mudah terkena colic atau kembung perut.

Banyak lagi risiko-risiko lain, tapi buat masa nie, itu je yang saya teringat sekarang nie..Nanti ada pertambahan apa2, saya akan update kemudian. Kalau ada kengkawan nak menambah apa2, bolehla bgtau kt saya..ok.

Friday, April 8, 2011

Tips Untuk Bangun Dari Kegagalan

Sila baca dan renungkan tips-tips ini. Ianya sangat mendatangkan kesan untuk kebangkitan kita dari kegagalan. dan juga kesedihan.

1. Cry, Yell, and Grieve The first step can make you feel like you are taking a few steps back, but it is necessary. I think when something happens that reroutes your entire life and the direction you were going previously, it is normal to grieve and be sad. Because I believe that whenever you go through a difficult time, it changes you. It changes the way you think and perceive things, and the first step to acceptance of the new reality, whatever it is, is to mourn the past and the person you used to be. So, let yourself grieve for as long as you need to, and when you're able, you'll find the next step.

2. Talk When You’re Ready Sometimes you feel like talking things through and sometimes you don't. When you're ready to talk, find someone who you can talk to as an equal and whose opinion you value, and pour your heart out tothem. Sometimes, just having someone who cares and who is there for you no matter what, gives you the boost you need, to leave the first step, (even though you may still feel the need to grieve from time to time).

3. Escape When You Need To but not too often. Sometimes life just takes a dump on you, and your heart and mind are too full to process things in a healthy way. In these moments, escape is essential; watch a TV show or movie, read abook, or veg out on the internet. Take a break from the things that are weighing you down, and come back to them laterwith a fresh outlook.

4. Start Small: If the big things are too overwhelming at any given moment, start small. Instead of worrying about a huge appointment next week that you're afraid might hold bad news (perhaps similar to where you just were) try to focus on smaller more attainable goals. Rather than brooding about the appointment, focus on your exercises, your chores, oreven your homework assignments. You'll get there in the same amount of time, whether or not you worry about it.

5. Find Your Muse: Your muse is the source of your inspiration.Find the thing, or things, that inspire you the most, and absorb them into your world. These could be anything. For some, it could be their children, others music or nature, and for people like me, poetry or literature.

6. Reach Out: Interaction is an important thing in any person’s life. Reaching out doesn't necessarily mean telling everyone about your struggles, rather it means finding people you enjoy, and spending time with them. It can meanlaughing and teasing each other, but it also means support. Maybe not support like that of step two, but support that letsyou know that they care and that they're thinking of you. This kind of support is a bulwark that can bolster you throughany storm. These are the people who know how to cheer you on, when you’re going through a hard time.

7. Channel Your Nervous Energy: Often you may find yourself stressing out and worrying. The best way to preventthis is to throw yourself headlong into another project, albeit a more relaxing one

8. Help Someone Else: Helping someone else is actually a great way to help you deal with tough things that are going on in your own life. It may sound selfish, in an ironic way. But not only does helping someone through their problems distract you, it also fills you with a pleasant satisfaction. Plain and simple; it feels good to help someone else out.

9. Focus on the Good Things: If you go through life with a “woe is me” attitude, things can seem harder than they really are. Granted, I'm finding that optimism comes more easily to me than most, but I cannot help but feel that some optimism is imperative to dealing with any situation. By focusing on the good things in your life, you can muster up enough strength to hope.

10. Take One Day At a Time: This is one that you've heard me repeat time and time again on here. We spend so much time worrying about things that are so far in the future, that we miss the things that are happening in the moment. Even if the moment you are in seems difficult, and there are things upon the horizon that seem even more difficult, it is important to focus on the moment you are in. We can't worry about things that haven't happened yet, or that may or may not happen. If you must worry, worry about the day you are in, and worry about tomorrow.

Thursday, April 7, 2011

Hukum Penyusuan

Salam,
Sebelum ini saya pernah cerita tentang konsep penyusuan sebenar..So, hari ni saya dapat artikel mengenai Hukum Penyusuan dari Perspektif Islam..Mari kita baca,

Menurut, para fuqaha’  bahawa penyusuan adalah wajib ke atas ibu. Tetapi apabila seseorang ibu itu telah bercerai dan tamat iddahnya, pihak berkuasa iaitu kadi atau hakim tidak boleh  memaksa ibu supaya menyusui anaknya. Ini kerana penyusuan anak termasuk dalam tanggungan nafkah sedangkan nafkah anak menjadi tanggungjawab bapa. Oleh, menjadi tanggungjawab bapa pula untuk mencari ikhtiar bagi memastikan anak disusukan sepenuhnya. Itu menurut apa yang saya baca dan fahamla..Kalau saya salah faham, harap diperbetulkan ya..

Walau bagaimanapun ibu-ibu hanya wajib menyusui anak-anaknya jika mereka tidak memiliki apa-apa keuzuran yang menghalangnya daripada menunaikan tugas tersebut seperti kekeringan air susu atau berpenyakit yang boleh mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada bayi.

Jika ibu sihat dan tiada sebarang keuzuran yang menghalang, tetapi telah ada persetujuan antaranya dengan suami untuk mengupah orang lain menyusui anak mereka, maka ia diharuskan kerana kewajipan tersebut berdasarkan kepada kepentingan dan kemaslahatan anak. (Muhammad Rasyid Redha T.th. Tafsir al-Quran al-Karim al-Shahir bi Tafsir al-Manar. Juzuk 2. Misr: Maktabah al-Qaherah,hlm  409-410).

So, apa yang saya faham di sini, jika si ibu sihat dan mampu nak susukan anaknya, tetapi ibu tidak mahu, maka ibu perlu berbincan atau minta kebenaran suami dulu untuk ikhtiar cara yang kedua. Tapi, bila saya fikirkan balik, ramai di antara kita yang tak buat semua tu..Buat keputusan sendiri tanpa berbincang dulu dengan suami. Bila dah bagi susu formula, baru bgtau pada suami, dan akhirnya suami pun menurut saja kata si ibu. Entah2, suami kita tu ada rasa 'frust' sikit, di atas keputusan yang telah kita buat tu..Maafkan saya sekali lagi, kalau saya salah.

Allah S.WT telah berfirman dalam ayat-Nya: 
Maksudnya:
Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.          
(al-Baqarah 2: 233)

Menurut Imam Shafi’e pula, adalah menja­di tanggungjawab serta kewajipan bagi ibu menyusukan anaknya terutamanya susu permulaan (kolostrum) kerana ia amat penting bagi bayi untuk membina kekuatan mental dan fizikal.

Rujukan: Ayu Aima Yusuf (2002). Hukum Penyusuan. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm 44-36. 


Jadi, anda renungkanlah sendiri betapa tanggungjawab menyusukan anak itu adalah besar, dan tidak harus dipandang ringan. Maknanya selagi kita terdaya, kita kena cuba jugak untuk menyusukan bayi kita. Ikhtiarlah dengan apa cara sekalipun. Yang penting positive thinking, usaha dan ikhtiar, berdoa, dan selebihnya tawakal kepada Allah, agar dipermudahkan jalan untuk kita.

Wednesday, April 6, 2011

Kesan Pengambilan Ubat Secara Berlebihan

Salam,

Sebelum anda mengambil sebarang ubat sama ada makan atau secara injection, pendek kata apa2 yang akan msk ke dalam badan kita, pastikan anda tahu dengan jelas, apakah kesan yang anda akan terima setelah ubat itu masuk ke badan anda.Dalam tak sedar, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan sama ada secara positif atau tidak, dari segi jangka masa pendek atau panjang. Tanyalah doktor anda, kerana anda patut tahu.

So, hari ini saya nak berkongsi tentang kesan pengambilan ubat secara berlebihan. Tq to Azrina (gang GBS)..Mari kita baca,

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

Sungguh mengerikan bila badan kita terlalu byk mengambil ubat-ubatan...tak sedar byk kesan buruk lain. Jadi, berhati-hatilah dengan apa yang kita makan.

Tuesday, April 5, 2011

Konsep Penyusuan Sebenar

Salam,

Saya tertarik untuk berkongsi dengan nada tentang statement ini..Cuba anda baca dan renungkan,

"Carilah ibu susuan yang terbaik untuk anak kita jika kita tidak mampu menyusu mereka. Dengan doa dan niat ingin anak disusukan dengan susu ibu, mohon keredhaanNya. InsyaAllah Dia akan tunjukkan ibu susuan yang terbaik. Belajar dari sirah Rasulullah s.a.w, mengapa baginda disusukan oleh Halimatus Saadiah)"
(Petikan dari http://duniasusuibu.com)


Jadi, saya mula terbayang betapa di dalam Islam, penyusuan anak dengan susu ibu adalah sangat dituntut. Saya mula rasa bersalah, disebabkan sewaktu si kembar kecik dulu, habis pantang je, saya terus bagi si kembar dengan susu formula. Hanya sebelah malam sahaja baru breastfeeding. Kurangnya ilmu masa tu..Rasa nak balik kembali ke zaman lampau, nak tebus balik dosa pada anak2ku..

Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua  tahun atau dua puluh empat bulan. Apabila seseorang bayi telah  meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.

Ini bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih daripada dua ta­hun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas bayi dari segi syarak. Sekira­nya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.

Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. 
(Al-Baqarah 2:233)

Rasulullah s.a.w juga menegaskan tentang had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:
Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun.
Rujukan :  Ayu Asma Yusuf (2002). Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Rupa-rupanya waktu zaman kabilah Arab dulu, bila mana saja bayi baru dilahirkan, jika si ibu tidak dapat menyusukan anak, menjadi amalan keluarga untuk mencari ibu susuan untuk anaknya..Baru saya tau, maknanya selagi boleh nak jugak bagi anak dengan susu badan..Betul jugak, dulu mana la ada susu formula kan...

Jadi, mari kita muhasabah diri kita..Nanti saya nak cari lagi info mengenai perkara ini.. Tunggu ye..

Kelebihan Al-Mulk

Nota Tentang Fadhilat Surah Al Mulk :

1) Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yang mengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk. (Riwayat Imam Ahmad)


2) Daripada Ibn Abbas r.a katanya: Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalah kubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemah di atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba tiba(terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga habis. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur. (Riwayat al-Tirmidzi)


3) Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk. (Riwayat al-Tabarani)


4) Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar iaitu: Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki: Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akan menggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan katanya:


Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanak di dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya menyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya daripada azab kubur. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku.