salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Thursday, March 31, 2011

Jadual Pengambilan Vitamin

Salam,

Ada rakan saya yang baru nak cuba makan supplement. So, saya try cari info dr gang GBS saya, akhirnya saya terjumpa info nie..terima kasih tuan tanah http://maipilihdotcom.blogspot.com . Mari kita tengok, apa yang u all dh ade,dan jadual pengambilan yang bersesuaian.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu

APA YANG TAK DIGALAKKAN

Elakkan pengambila alfafa bersama vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas.

Selepas breakfast : B Complex, Vita C, Vitalea

Morning tea break: Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)

Selepas Lunch : Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...

Afternoon teabreak : Minum segelas ESP

Selepas Dinner : Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)

Sebelum tidur :Ostematrix

Tetapi, ianya bergantung kepada individu juga. Tak semestinya kena sama.Yang paling penting, pastikan pengambilan air adalah mencukupi sekurang-kurangnya 2 liter. Jadi, bolehla amalkan.

Thursday, March 24, 2011

Tiada Alasan Untuk Tidak Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya pernah terbaca tentang satu artikel yang mengatakan tiada alasan untuk seorang ibu untuk tidak menyusukan anaknya sendiri. Persepsi mengenai tiada susu ataupun tidak cukup susu adalah salah sama sekali. Menurut kajian, hanya kurang daripada 5% wanita yang mungkin tidak berupaya menghasilkan susu yang cukup buat bayi mereka, dan selebihnya ramai yang mampu sebenarnya. Tetapi, apabila kita sudah membuat 'mind setting' yang mengatakan kita tidak ada susu ataupun susu tidak cukup, itu yang membuatkan otak menerima isyarat agar production susu berkurangan.

Antara perkara-perkara yang menyebabkan seorang ibu mempunyai persepsi yang salah mengenai kekurangan penghasilan susu ibu ialah:

1.kekurangan ilmu tentang penyusuan
2.payudara kelihatan lembik, dan anda terus membuat anggapan susu tiada.
3.proses lonjakan tumbesaran dan menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap, dan anda membuat anggapan susu tidak cukup.
4.tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
5.kurang pengalaman tentang Milk Ejection Reflex (MER) atau let down.
6.bayi yang sentiasa meragam, tetapi berat badannya adalh normal, dan anda masih menganggap susu tidak cukup. disebabkan itu, bayi anda menangis.

Ingatlah, kita semua sebenarnya mampu menyusukan anak sepenuhnya jika kita mempunyai ilmu dan pengurusan latihan penyusuan yang baik. Sokongan orang di sekeliling kita juga boleh mempengaruhi niat kita untuk menjayakan penyusuan. Yang penting, tanya diri sendiri. Apa nawaitu kita. InsyaAllah, jika kita benar-benar ikhlas dan bersemangat, Allah akan mempermudahkan jalan untuk kita. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, masih dipermudahkan.

Monday, March 21, 2011

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak

Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..
Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Selamat beramal. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatannya.

Friday, March 11, 2011

ekzema & alergi dari pemakanan harian

Artikle ni di copy dari http://maipilihdotcom.blogspot.com

Asas alergi makanan

Adakah anak anda berisiko mengalami alergi makanan?

Alergi makanan semakin kerap terjadi dan amat merungsingkan. Walaupun alergi makanan tidak dibataqsi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mencapai umur persekolahan akan tetap ramai yang mengalaminya sehingga dewasa. Golongan yang mempunyai risiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

Risiko menghidap alergi berdasarkan sejarah keluarga:

Kedua2 ibu bapa tiada alergi – anak hadapi 5-15% risiko alergi
Salah satu ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 20-40% risiko alergi
Kedua2 ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 40-60% risiko alergi (50-80% jika ibu bapa mempunyai tanda alergi yang sama)

Bagaimanakah alergi makanan terjadi?

Lazimnya, sistem imun akan menyerang bacteria merbahaya, virus dan bendasing di dalam badan sedangkan makanan tidak dianggap merbahaya. Alergi makanan berlaku apabila sistem imun tersalah dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.

Apakah tanda2 alergi makanan?

Tandanya terdiri daripada gatal2 (gegata), eczema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronchitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang membawa maut.

Mengapa pencegahan alergi penting?

Tiada penawar sebenar pada elergi. Justeru itu adalah wajar untuk mencegah alergi terutamanya di kalangan bayi dan kanak2. Kes alergi semakin meningkat menunjukkan bahawa ia merupakan masalah besar pada peringkat kanak2. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian satu alergi boleh mendedahkan anak2 kepada alergi yang lain. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup anak anda serta seisi keluarga.

Langkah melindungi anak daripada mengalami alergi.

Cara yang paling baik ialah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang2nya 6 bulan. Susuibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan sumber penting antibody yang dikenali sebgai immunoglobulin a (IgA)
Antara langkah lain yang berkesan dalam mencegah mahupun mengurangkan risiko alergi makanan ialah :
*tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda.
*sekiranya anda tidak dapat menyusui anak anda kerana masalah perubatan, berundinglah dengan doctor anda tentang pilihan lain seperti rumusan hipoalergenik.
*susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan.
*makanan pejal diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas dia berumur 6 bulan. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama.
*kurangkan habuk di dalam rumah.
*jangan pelihara haiwan di rumah atau di pusat penjagaan kanak2.
*jangan merokok semasa mengandung ataupun berhampiran dengan anak anda.

Fakta dan hasil penyelidikan mengenai alergi.

Usus adalah organ imun yang terbesar dalam tubuh.
Mari kita meneliti usus kita. Selain berfungsi sebagai organ penghadaman, usus kita mengandungi hampir 80% daripada semua sel penghasil antibody dalam tubuh,menjadikan usus kita organ imun yang terbesar. Usus kita juga diduduki oleh trillion bacteria yang merangkumi bacteria bermanfaat dan juga bacteria merbahaya. Kedua2nya membentuk mikroflora usus, yang selain daripada menjaga kesihatan am, ia juga memainkan peranan penting dalam pencegahan alergi.

Bifidobakteria, sejenis bacteria bermanfaat.

Pada masa kelahiran, usus bayi adalah steril tetapi selepas beberapa jam sahaja usus bayi tersebut akan diduduki oleh mikroorganisma dari salur kelahiran ibunya serta dari persekitaran. Bayi yang diberi susuibu secara eksklusif mendapat sejenis bacteria bermanfaat iaitu bifidobakteria, menjadi dominan dan akhirnya merangkumi 99% daripada jumlah bacteria pada usus.

Peranan penting Bifidobakteria dalam pencegahan alergi.

Semasa dilahirkan, sistem imun anak masih belum matang dan mudah diserang oleh jangkitan dan alergi. Bifidobakteria merangsang kematangan dan fungsi sistem imun usus anak anda. Didapati kanak2 kecil yang mengalami alergi mempunyai mempunyai kurang bifidobakteria berbanding dengan mereka yang tidak menghidap alergi.Tambahan lagi, bifidobakteria juga member perlindungan terhadap jangkitan usus yang disebabkan oleh bacteria merbahaya. Satu contoh jangkitan tersebut ialah gastroenteritis yang membawa kepada penyakit cirit- birit.Cirit –birit masih merupakan penyebab utama kematian bayi di kebanyakan negara yang kurang maju.

Antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti didalam menjejaskan populasi Bifidobakteria:

1.Cara kelahiran:
Flora yang terdapat pada usus, kulit dan vagina ibu merupakan sumber bacteria yang akan menduduki usus bayi yang baru lahir. Justeru, cara kelahiran mempengaruhi mikroflora bayi. Didapati bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean, dimana tiada penyentuhan dengan flora yang terdapat pada vagina dan najis ibu, akan mengalami penangguhan dalam pembentukan mikroflora usus normal. Mikroflora ini tetap terganggu sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah caesarean juga mempunyai kurang bifidobakteria, terutamanya jika mereka tidak diberi susu ibu ataupun menerima susu ibu untuk jangkamasa yang amat singkat.

2.Memperkenalkan makan pejal:
Bilamana makanan pejal diperkenalkan, terdapat perubahan dalam mikroflora usus dan bilangan bifidobakteria didapati menurun. Semasa memperkenalkan makanan pejal kepada bayi,dimana peringkat ini merupakan peringkat yang berisiko tinggi kerana makanan baru yang diperkenalkan bayi secara lazimnya akan membawa kepada risiko alergi pada makanan.

Bagi mengatasi masalah populasi Bifidobakteria, ianya dapat dipulihkan dengan zat-zat bifidogenik atau probiotik diamana susuibu mempuyai bifidogenik istimewa yang menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria. Sebagai contoh, susu ibu mengandungi laktosa tinggi, fosforus rendah dan kualiti protein yang baik. Dan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah perubatan dan seterusnya tidak dapat menyusukan bayi mereka, rumusan bayi yang telah ditambah zat-zat bifidogenik ini boleh diberikan kepada bayi mereka.

Probiotik adalah kultur hidup bacteria bermanfaat yang digunakan sebagai ramuan makanan.Bilamana ianya diambil, bakteria yang bermanfaat ini dapat menjaga kesihatan kepada hos, yang merangkumi:
• Perlindungan terhadap penyakit-penyakit alergi.
• Perlindungan terhadap jangkitan usus yang mungkin membawa cirit-birit.
• Membantu dalam penyerapan mineral.
• Membantu dalam penghasilan vitamin B dan K.

Sebagai contoh yang baik bakteria probiotik ialah bifidobakteria, yang ditambah kedalam makanan kanak-kanak seperti susu, yogurt dan minuman yogurt. Kajian secara klinikal juga menunjukkan bahawa bifidobakteria telah mambantu memperbaiki kesihatan usus serta mengatasi masalah didalam pembuangan air besar bayi dan kanak-kanak kecil.

Apakah Asid Dokosaheksaeniok (DHA) dan peranannya dalam pencegahan alergi?

Asid Dokosaheksaeniok atau singkatannya (DHA) adalah asid lemak politaktepu yang berangkaian panjang, dimana DHA juga bukan sahaja diperlukan untu perkembangan otak dan penglihatan yang optimum bahkan ianya juga membantu dalam respons imun anak dengan cirri-ciri anti-radangnya yang kuat. Didalam dua kajian klinikal juga menunjukkan bahawa pemberian minyak ikan yang kaya dengan DHA kepada bayi pada tahun pertama,dapat mengurangkan risiko rhinitis alergik serta asma sehingga umur 4 tahun. (mujur ada Shaklee Omega Guard)


TRIVIA:

Seratus tahun telah pun berlalu sejak perkataan “alergi” dicipta pada tahun 1906 tetapi kita masih belum menemui penawar untuknya. Justeru pencegahan adalah merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi alergi. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk member anak-anak mereka kehidupan yang bebas daripada alergi.

sumber : artikel "alergy pemakanan" terbitan Malaysian Society of Allergy & Immunology

Thursday, March 10, 2011

Status HALAL SHAKLEE

Salam,

Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan utk menulis hari nie..Seminggu xboleh nk buat apa2,banyak betul dugaan..Di samping itu, saya tetap cuba mencari masa untuk menulis, membaca, menambah ilmu..di samping urusan2 harian yang agak kelam kabut sekarang ni..Ya Allah, kuatkanlah semangatku ini, Ya Allah..

Dan 2, 3 hari ni..ada rakan-rakan saya yang bertanyakan status halal SHAKLEE, memandangkan dalam vitamin seperti Vitamin E, Lecithin ada terkandung 'bovine gelatin'. So, masing2 menjadi takut.. Ok, so saya cuba dapatkan info tentang perkara ini..Saya xpernah masukkan dalam blog saya ni. Harap maaflah atas kelalaian saya ini, mungkin membuatkan anda ada rasa macam nie..Tapi, sebelum consume, memang patutanda study dulu perkara2 ni semua..Saya dulu pun macam tu, banyakkan baca, cuma tak tulis plak dlm blog. Sekali lagi, ampunnn..

Jom, kita tgk...

Memandangkan ada segelintir pengguna yang agak ragu-ragu dengan isu halal atau tidak gelatin yang digunakan dalam produk Shaklee, saya terpanggil nak kongsikan status HALAL Shaklee agar kita semua boleh terus amalkan Vitamin Shaklee tanpa was-was lagi selepas ini. InsyaAllah!!

By Genkimomma

Semasa berada di negara yang majoriti nya ialah non-muslim (Jepun), saya sudah terbiasa untuk membelek segala ingredients setiap satu2 makanan, mahupun barangan (some products were made from pig skin). Walaupun dah pernah membeli makanan itu beratus kali, saya masih tetap akan perhatikan bahan2 nya, sebelum masukkan dalam trolley. Tapi, sebab dah terbiasa kan, tidaklah mengambil masa yang lama untuk belek ingredients tue. Mata dah seperti ala2 scan machine. Hehehe. Perkataan yang paling mata saya alert selain b4b1 ialah "gelatine".

Bila menggunakan supplements Shaklee, perkara pertama yang saya periksa pastilah status ke'halal'an nya. Bila dah ada, barulah rasa yakin untuk consume. Namun, sekali lagi hati saya terdetik, apabila terlihat yang kapsul CarotoMax (Vit-A), Vitamin E, Lecithin & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Hampir luruh juga jantung apabila ternampak perkataan "Bovine" di situ, kerana selama ini saya sangkakan ianya kapsul tumbuh-tumbuhan.

Lantas, saya terus hubungi my upline untuk kepastian. Alhamdulillah, dia yakinkan saya yang gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapanya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur!

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke'HALAL'an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee...


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM...


Lega tak? Hehehe. Yang pasti, saya sangat lega. Mudah lah untuk saya yakin kan pengguna Shaklee selepas ini. Kalau tidak, masakan Shaklee ada menganjurkan Pakej Umrah bersama Shaklee. Syukran! Syukran!

BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi, produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.

Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA).

So, alhamdulillah, semuanya sudah jelas..Jadi, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.

Tuesday, March 1, 2011

Bengkak Susu??

Salam,

Lama sudah tidak mengupdate blog, sori la..bukannye busy apa pun, tapi diri sendiri yang xsihat. nak bangun pun x larat, rs cm nk collapse je..
So, hari ni saya rs dh ok sket..so, nk share sket tentang artikel nie..di mana gejala ni saya selalu alami dulu2 dan sehari dua nie sebab badan saya yang xbrp nk sihat, so sy reducekn pumping session. so, macam ni lah jadinye..

Tentang apa? ok, mari kite story tentang breast yang bengkak atau penuh..Apa yang perlu kita buat bile dh jadi mcm nie..

Sumber: http://sweetstory.yuitsumuni.com
Adakah apabila payudara bengkak/penuh.berat menandakan kita banyak susu??

ELAKKAN membiarkan payudara bengkak/berat tanpa dikosongkan…Ini kerana penghasilan susu ibu adalah berdasarkan prinsip 'ON DEMAND', di mana jika ada permintaan adalah penghasilannya. Lagi tinggi permintaan, lagi banyaklah hasilnya..Ingat tu..Bukannye lagi tinggi permintaan, lagi kurang susu yang tinggal..Itu adalah fakta yang salah sama sekali.

Kenapa payudara bengkak/berat/penuh?? Adakah kerana susu tidak ‘dikeluarkan’ sepenuhnya? Dan mengapa perlu kita keluarkan susu??

Ini adalah kerana bagi memastikan adanya rangsangan dan ada berlakunya penyampaian isyarat SUSU DIPERLUKAN…Jadi maknanya bila dah ada signal tu, kite kenalah cepat buat sesi perahan atau direct breastfeed pada baby.

Jika kita asyik biarkan breast bengkak dan baru nak memerah, kita mungkin akan mengalami masalah

1. kekurangan susu

2. jangkitan payudara

3. saluran susu tersumbat dan sebagainya


Apabila payudara dibiarkan bengkak satu isyarat akan dihantar ke otak menyatakan susu sudah TIDAk diperlukan…dan isyarat untuk menghentikan penghasilan susu…OH TIDAK..Jangan biarkan keadaan itu berlaku. Mungkin ada sesetengah daripada anda yang berasa malas bangun di tengah malam, hanya mengharapkan baby direct feeding sahaja. Tetapi, jika sekiranya masih berasa bengkak, maka anda haruslah buat pumping session.Perjalan penyusuan ni memang memerlukan pengorbanan daripada ibu untuk bangun ditengah2 malam untuk buat perahan. Jangan malas rakan2 sekalian.

Jika ingin meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun dan lebih, kerapkan merangsang…direct feeding atau memerah…Memang itu perkara WAJIB yang anda perlu lakukan untuk memastikan misi kita berjaya. Ingat! Tidak ada jalan mudah.

Jadi, renung2kanlah..di mana anda meletakkan diri anda untuk memastikan cita-cita untuk memastikan anak anda mendapat susu yang secukupnya daripada anda akan berjaya. Semuanya terletak di tangan kita.

Sekian.

Thursday, February 24, 2011

Teknik Urut Untuk Melancarkan Susu

Salam,

Dulu-dulu waktu saya mula-mula berjinak-jinak dengan dunia penyusuan nie, sy dh try macam2 kaedah untuk membantu saya menambah production susu.. Tapi, itu dulu, baru nak membiasakan badan dengan jadual pengepaman, di samping kaedah-kaedah lain yang membantu. Alhamdulillah bila semuanya dah berjalan dengan lancar, saya just maintain je apa yang saya buat tu, tapi tak sekerap dulu. Disamping menjaga pemakanan dan juga supplement yang saya amalkan. Alhamdulillah sangat2. Anak saya pun dah masuk setahun 2 bulan..tinggal 8 bulan je lagi nak teruskan perjuangan. Yang penting, jangan fikir negatif..chaiyyok2x lieya..teruskan....

Ok, panjang pulak intro..huuuhuu..so, saya nk refresh balik apa yang saya pernah buat dulu..Salah satunya teknik urutan nie..Boleh cuba kalau nak..nie sy amik dr http://sweetstory.yuitsumuni.com





Mulakan dengan bahagian belakang, urut ke atas kawasan yang diloretkan.

Kemudian sambung dengan mengurut bahagian depan dari bahu turun ke pangkal payudara anda.

Jika ada ketulan etc tuam dengan tuala yang ‘disuamkan’

Jadi, anda pun boleh buat kalau nak..dulu, saya hari-hari buat sebelum sesi pumping..saya belasah je dulu semua teknik, alhamdulillah last2 jadik jugak..nak best lg, leh tmbh dgn pengambilan SHAKLEE BREASTFEEDING SET..Tak percaya? Cuba dulu..Hubungi saya di 019-3160078 sekarang.

Tuesday, February 22, 2011

Perut Itu Rumah Penyakit Diet itu ubat Paling Utama

Salam,

Sila baca dan sama-sama kita renungkan.


dipetik dari http://kesihatanoptimum.com

Sabda Nabi s.a.w : Sahih Muslim

Hidup didunia ini adalah satu daripada peringkat (makam) perjalanan menuju Allah s.w.t dan badan adalah kenderaan bagi perjalanan itu. Oleh itu perlulah seseorang pengembara itu memelihara badan supaya sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan selesa.

Pencernaan dan penghadaman adalah proses memakan makanan melalui mulut dan kemudian menghancurkan makanan itu di dalam perut. Yang dimaksudkan “Perut itu rumah penyakit” ialah penyakit-penyakit yang timbul apabila proses penghadaman ini menjadi tidak seimbang. “Diet adalah ubat utama” bererti kita hendaklah menggunakan makanan itu sendiri untuk mengimbangi semula dan membina semula proses penghadaman itu.Makanan itu digunakan sebagai alat untuk membawa formula penyembuhan yang tertentu pada jasad.

Ada pengecualian pada peraturan umum ini, iaitu apabila badan dan anggotanya telah rosak teruk dan tiada lagi kuasa pemulihan untuk membina semula sesuatu anggota atau sistem badan itu. Dalam hal demikian pembedahan atau cara-cara lain digunakan untuk merawat penyakit. Tetapi jika prinsip kesihatan dipatuhi sepanjang hayat tidak perlu khuatir jatuh sakit. InsyaAllah Amin.

(Kitab Ilmu Perubatan Kesufian – Kitab al-Tibb al Rauhi as-Sufi – Shaykh Abu Abdullah Ghulam Moinuddin – Thinker’s Library)

Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang dipaparkan.

Sunday, February 20, 2011

Apa yang saya dan family makan

Salam,
hr ni saya nak share ngan anda semua tentang apa produk SHAKLEE yang saya, suami dan anak2 saya makan..

Untuk saya...

Haa..yang ni la saya amallkan..Tapi, xde la dlm sehari saya makan semua dan makan sekaligus..Yang memang hari2 wajib makan adalah supplement yang dicadangkan untuk breastfeeding, iaitu VITALEA, VITAMIN C, B-COMPLEX dan ALFALFA. Yang lain tu selang2, ikut keperluan..Ostematrix tu baru jugakla saya makan. Yang paling terbaru, NUTRIFERON tu..Tapi, semua boleh tahan dlm 4 bulan jgkla..Memang berbaloi ngan sangat puas hati.

Husband saya pun saya suruh makan VITAMIN C tu, VITELEA (sbb xmakan sayur) ngan VITAMIN E..(Gmbr VIT. E lupe plak nk snap, gmbr ALFALFA pn lupe jugak)..

Untuk anak saya yg twin tu plak, dieorg amik...

Tetibe terselit Scott Emulsion..Hah yg tu memang anak saya makan dr kecik..sebab dulu2 xkenal lg ngan SHAKLEE..So, skrg saya continue je bg mkn tu..sbb dieorg pn suke..Banyak? Sama cam saya, bukan semua tu saya bg makan hari2..cuma saya akan make sure VITAMIN C sahaja yg akan dimakan setiap hari..SHAKLEE punya VIT.C ni mmg very original,xmanis lgsg..mmg first time dulu anak saya xnak mkn..Tapi, lama2 tu dieorg dh leh accept.

Cuma skrg sy dlm proses pujuk dioerg suruh mkn OMEGAGUARD, sebab bagus untuk pertumbuhan dan perkembangan otak anak2..ESP tu saya pun minum jugak..Hari2 mesti minum..campur ngan horlick atau milo..MEALSHAKE ngan ESP tu, saya akan campurkan dlm botol susu anak saya..1x sehari, tu je..

So, bagaimana dengan anda? Berminat untuk mencuba? Dapatkan TRIAL PACK anda sekarang juga. Hubungi saya, Lieya 019-3160078.

Saturday, February 19, 2011

Vitamin Semulajadi Atau Sintetik

Salam,

Apa khabar anda semua? Penat betul hari ni, sekali-sekala kemas rumah..huhu..selalu hr keje jgn harapla boleh kemas rumah..ni sket2 buat..selasa lepas (cuti maulidur rasul) dh buat sket..hr ni sambung lg..nasib baikla ada SHAKLEE..Bile dh makan xde la terasa sgt penat tu..

Okla, hr ni saya nk share tentang keaslian SHAKLEE ni..Sebelum tu kenala tau beza vitamin ni..so SHAKLEE ni kategori yg mana..jom kita tengok.

Vitamin ada 3 jenis :-

a. SEMULAJADI

* Dihasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin & kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.
* Kos menghasilkan lebih tinggi berbanding sintetik.
* Perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti.
* Kebanyakan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat demikian. (Rujuk : A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)

b. SINTETIK

* Nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal.
* Bersumberkan tar arang batu.
* Paling murah. Komponennya bahan kimia.
* Kebanyakan makanan tambahan adalah dalam jenis ini.
* Syarikat yang pentingkan keuntungan gunakan cara ini.
* Biasanya dijual di farmasi.
* Walaupun secara kimianya ia semulajadi tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza.
* Dari label – dilabelkan dengan huruf “l” berbanding huruf “d” bagi semulajadi. (Rujuk : How to
Understand Food Supplement Labels by Dr. Bruce B. Miller)

c. ORGANIK

* Nutrien yang khusus dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan tinggi atau pelarut kimia yang kuat.
* Ia tidak sama dengan nutrien semulajadi disebabkan proses yang dilaluinya.
* Semasa pemprosesan, ia melibatkan : (Haba yang berlebihan, Produk petroleum biasanya digunakan, menyebabkan kehilangan nutrien)
* Ko-faktor yang ada pada nutrien lesap atau rosak tanpa diganti.

MENGAPA SEMULAJADI

1. Enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras.
2. Tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien.
3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semulajadi yang berkualiti.
4. Imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin.
5. Semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik.
6. Semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.

MENGAPA ELAKKAN SINTETIK

1. Tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh – struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi, bukannya makmal.
2. Percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintetik adalam seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri.
3. Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik – 42 % lebih berkesan dari sintetik. Anda dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi.

BAGAIMANA MENGENAL SEMULAJADI ATAU SINTETIK

1. Melalui pembacaan label – huruh ” l ” bagi tiruan dan ” d ” bagi semulajadi.
2. Melalui perkataan ” ko-faktor ” seperti ” bioflavinoids atau biodegradable “
3. Melalui kehadiran pad ” gel silika ” dalam bekas – sintetik
4. Anda boleh beli Shaklee dengan yakin. (Rujuk : Shaklee Food Supplement – A Consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)

VITAMIN

* Paling Penting (Essential) – menyumbang untuk kesihatan optima, membantu dalam proses metabolisma dan biokimia badan untuk mengeluarkan tenaga dari makanan yang dimakan.

2 JENIS :

1. LARUT AIR (WATER SOLUBLE) – perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar (excreted) dalam tempoh masa 1 – 3 hari. Contoh :- Vitamin C dan B Complex.
2. LARUT LEMAK (FAT SOLUBLE) – di simpan oleh badan bagi jangka waktu panjang. Disimpan dalam tisu-tisu dan liver. Contoh :- Vitamin A, D, E dan K.

3 JENIS :

1. SYNTHETIC – dihasilkan oleh makmal dari bahan tiruan.
2. NATURAL (ASLI) – tidak mengandungi bahan yang tidak asli (natural)
3. ORGANIC – Pemprosesan yang ia terpaksa lalui mengakibatkan ko-faktor yang ada padanya lesap/rosak. Hasilnya tidak sama dengan nutrient asli.

AWAS!!! – Pemakanan tambahan yang tidak dilabelkan sebagai natural boleh mengandungi arang, tar, perwarna, pengawet gula, kanji (starch) dan lain-lain.

Sumber: mirzahakimi

Jadi, SHAKLEE adalah dalam kategori semulajadi..tidak mengandungi pewarna, perasa tiruan, selain daripada pelbagai ujian kualiti yang dijalankan bagi memastikan ketulenan ramuannya.

Mahu mencuba? Hubungi saya sekarang di 019-3160078

Friday, February 18, 2011

Beza Ubat dan Juga Bahan Berkhasiat..

Salam,
Hari ni saya nak share ngan anda semua apa beza ubat dan bahan berkhasiat..Sebelum makan supplement, kena tau dulu..betul ke bagus supplement untuk badan kita nie..tak boleh main makan je..kena tengok dulu betul2..so, jom kita baca.


•Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

•Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

•Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim.

•Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

•Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan ahirnya kematian.

•Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh itu badan akan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

•Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh menganggu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

•Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain. Bahan berkhasiat sedia membantu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

•Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

•Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

•Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. (kematian adalah kesan sampingan yang pasti).

•Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

•Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

•Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

•Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa beberapa minit atau jam sahaja.

•Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dalam jangkamasa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaan.

•Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan.Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

•Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu, oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

•Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya kearah tindakan sampingan.

•Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan.
Setiap sel badan hanya boleh menerima bekalan bahan berkhasiat dengan terhad. Apabila keperluan mencukupi, ia tidak akan menerima lagi. Kelanjutan berlebihan akan khasiat adalah rendah. Keselamatannya sangatlah terjamin.

•Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

•Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman (pemesraan / pencemaran) yang lemah.

•Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit. Terdapat pertumbuhan yang membimbangkan di Kanada terhadap penyakit yang disebut ‘iatrogenic’ (Physician cased ertinya disebabkan oleh doctor perubatan).

•Bahan berkhasiat sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit-penyakit dengan:-
• Menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain.
• Melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan.

Jadi, apa yang saya amalkan sekarang (SHAKLEE) adalah dalam kategori bahan berkhasiat. Bahan yang mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan saya, jadi saya juga ingin anda merasainya seperti saya. Anda bagaimana? Berminat untuk mencuba TRIAL PACK? Hanya serendah RM80 untuk tempoh sebulan cubaan. Hubungi saya di 019-3160078 sekarang untuk dapatkan hadiah menarik FEBRUARI.

Wednesday, February 16, 2011

Jenis-jenis ubat

Salam,
Alhamdulillah, anak saya Malique dh sihat semenjak saya mengamalkan makan NUTRIFERON tu selama seminggu. Saya pun xtaula,adakah sebab pemakanan Nutriferon tu atau memang dh sampai masa dia nak sihat.huhu..tapi, saya ikhtiar je la..sebab bile dh makan ubat, dh x menjadi dah, so try cara lain. xkisahla kan..yg penting anak saya dah sihat.Pasni, saya nak maintain je la makan NUTRFIFERON tu..seminggu sekali ke, untuk maintainkan imune system, especially for my Malique..



Sebelum ni, dh try makan ubat.Macam-macam ubat, sampai kesian tgk dia makan ubat..Tapi, doktor xbagi antibiotik, sebab doktor x nak nnt bg antibiotik, body Malique dh x imune lg dgn sebarang sakit.So, at last tu yg kene buat nebulizer tu..Tapi, xpe la..jom kita tgk jenis2 ubat yang biasa kita jumpa ngan doktor bagi..

Voltaren - sejenis ubat yang biasanya diberikan pada anak yang ada/tiada simptom lelah/asma/semput/pernafasan berbunyi. Ia boleh membuka ruang pernafasan dan seterusnya membuatkan anak mudah bernafas.

Voltaren + Expectorant - Lebih kurang sama dengan Voltaren, cuma ia dicampurkan dengan sebatian 'expectorant' yang membantu mencairkan dan melancarkan lendir atau kahak yang menjadikan tekak gatal dan dada berkahak.

Namun begitu, ada sesetengah orang tidak bersetuju dengan pengambilan Voltaren kerana katanya membawa kesan sampingan kepada anak. Namun jika dos yang diambil adalah sesuai dengan pengawasan doktor, tidak salah untuk kita mencuba.

Zaditen - Ubat yang diberikan kepada anak yang disyaki menghidap lelah atau asma. Bagus untuk merawat batuk kahak yang teruk dengan segera. Tetapi, penggunaannya tidak perlu kerap jika anak sudah pulih kerana dikhuatiri akan berlaku 'dependent' pada ubat tersebut.

Phenergan - mampu melegakan hidung tersumbat dan selsema. Tetapi boleh menyebabkan rasa mengantuk.

Ini pula combination ubat yang melegakan batuk dan selsema.

Polaramine - sejenis syrup selsema yang sesuai untuk hingus yang jernih mengalir cair. Ia akan membuatkan anak mengantuk dan tidur.Tapi, xpe sebab ia boleh membantu anak merehatkan badan.

Actifed - Syrup yang sesuai untuk hingus yang kental, melekat-lekat dan berwarna seakan kuning kehijauan. Tidak membuatkan anak mengantuk.

Penggunaan antibiotik hanye perlu bagi anak yang kurang daya tahan sakit. Ia selaku booster akan meningkat imune system anak dan penggunaannya dengan betul diharapkan dapat memulihkan jangkitan dengan segera.

Apa pula ubat yang perlu ketika anak demam? Antaranya ialah:

Syrup Paracetamol dan Ibuprofen - berkesan menurunkan panas badan.

Namun begitu, pada ketika suhu badan anak terlampau panas, kita juga boleh menggunakan ubat demam yang dimasukkan ke dalam pungung.Ubat ini perlu disimpan untuk stok kecemasan di rumah.

Jadi, sudahkah anda mengenalpasti ubat yang anda gunakan untuk anak? Perlu diingat, pengambilan supplement adalah lebih baik untuk kita mencegah sebarang penyakit, sebelum memberikan anak anda ubat untuk merawat. Kenapa begitu? Bukankah mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Nanti saya akan sharekan di next entry.

Berminat untuk mendapat SHAKLEE untuk anak anda? Atau untuk anda juga? Hubungi saya di 019-3160078 dengan segera. Hadiah menarik menanti anda untuk FEBRUARI ini.

Thursday, February 10, 2011

Fisioterapi untuk anak batuk

Salam,

Malam tadi tak sempat nk upload story baru,bwk Malique g check kt klinik..kahak banyak,at last kene buat nebulizer..sian dia..tapi, tak pe..demi untuk sihat, kena jugakla buat..tapi alhamdulillah, lepas tu dia nampak sihat sket..sepanjang malam tadi pun body maintain je, normal temperature..tak panas..seronok sangat2..hopefully hari ni pun will be better..

So, pagi2 ni saya try baca2 sket apa yang patut saya buat lagi kalau sekiranya perkara macam ni terjadi lagi..belek punye belek saya terjumpa satu artikel tentang fisioterapi untuk anak batuk..bolehla try nnt..sekadar salah satu kaedah untuk reduce batuk anak..ni saya amik dari http://sudippanas.blogspot.com
tq

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka,
tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm. Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi. Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

Apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat. Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit. Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut.

Teknik tepukan / percussion

1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

2. Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

3. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka..

Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Selamat Mencuba..

Wednesday, February 9, 2011

Cuba NUTRIFERON

Salam,
sudah sekiab lama saya tak mengupdate blog saya ni,balik kg..broadband plak xclear kt kg..payah sangatla..aduhai..sabar je la..balik plak dr kg, anak plak demam panas..dh 3 hari dh nie..demam sekejap2..kejap ok, kejap demam..bile time demam panas sangat plak..time xdemam aktif mcm x demam plak..pening2..3 malam jugakla saya xcukup tido..tapi still energetic waktu siang.maybe sebab consume supplement SET B..Alhamdulillah

So, bile anak saya demam, batuk, selsema yang kerap ni..saya terfikir nak cuba NUTRIFERON from SHAKLEE..Mula-mula nak beli tu, fikir jugak..alahai..mahalnya..tapi mengenangkan anak, x salah rasanya ikhtiar cara ni..melaburla sket..sebab guna ubat doktor pun xjadi jugak..saya pun beli jugakla..sanggupla pegi beli kt SHAKLEE sendiri kt Empire Tower Subang, kebetulan nak pergi area sana kan..

Jom kita baca sket apa itu NUTRIFERON ni..




Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.


Perlu diingatkan produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Tetapi, kita boleh hanya mencuba sebagai salah satu alternatif sahaja ya kawan-kawan.


Ok, kesannya setakat ni saya baru try makan untuk 2 hari, baru guna 2 sachet..Alhamdulillah, setakat ni dh pukul 3.07 a.m ni, badan anak saya xpanas, die pn xmerengek2 lagi mcm 3 malam yang sebelum..kita tengok plak cite besok siang mcm mn..esok saya bgtau ye..harap2 dh xdemam jugakla..bolehla saya pegi keja ngan tenang..AMIN..

Wednesday, February 2, 2011

Ostematrix..Apa tu??

Salam,

Semalam saya dh share ngan kawan2 semua, saya dh start mkn Ostematrix n kesannya alhamdulillah ok..So, ada yang bertanya apa Ostematrix ni..Ok, Ostematrix ni adalah merupakan pil calcium, iaitu gabungan Calcium Magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Jadi, tidak salah untuk makan untuk menambahkan kalsium dalam badan, especially kalau kita merasakan kita kekurangannya. Kita boleh detect sama ada badan kita mencukupi kandungan calcium atau tidak, contohnya kalau selalu kejang ataupun bile gosok gigi selalu berdarah. Sebab tu la, saya pun makan.

Ok, mari kita tengok apa lagi fungsi kalsium..(Tq to cery).  

1. Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. 
Sebenarnya kalsium amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.

2. Kesuburan
Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.

3. Membantu fungsi otot dan jaringan saraf. 
Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh.

Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi.Biasa dialami oleh wanita mengandung. Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot.

4. Melancarkan sistem jantung dan aliran darah
Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. 

Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.


5. Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun. Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. Kekurangan kalsium menyebabkan system pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.

Jadi, apa tunggu lagi..Mahu mencuba? Dapatkannya sekarang. Hubungi saya di 019-3160078.

Jom Try Ostematrix

Salam,
Dalam minggu nie saya berkursus,student tgh semester break..so we all plak de kursus..so, saya agak busy n kelam kabut menguruskan anak2 kt rumah..bile malam je dah terlentang zzzz....xboleh tahan. Hari ni saya gagahkan jugak bangun di tengah2 malam ni untuk update blog nie..bak kata kak N, kene cari masa jugak sebusy mana pun kite..Saya try kak ehh..

So, minggu nie saya berkursus, sempatla jugak saya curik2 masa untuk buat sesi perahan..pkl 10pagi (time minum nie..) n kol 2ptg, sblm masuk balik course kol 2.30pm..sib baik lps try mkn ostematrix last week, my susu is increased dengan cepat..biasanya saya susukan Malique, then the other side of breast saya pump.just dpt plg byk pn dlm 2oz..sekarang ni dh leh dpt dlm 3-4oz utk 1 side je..Alhamdulillah..And sekarang my B is always feel like heavy je..cm susu sentiasa ada jer..So, saya nk maintainla mkn ostematrix nie..selain SET B yang saya amalkan selama ni + ESP..

Sebelum ni, susu agak drop jugakla semenjak stay kt hospital hari tu..Maybe sebab dah lama x buat sesi perahan, production jadi slow kot..Sebab production is depend on demand..Lagi kerap sesi perahan n direct feeding, lagi banyak susu yang terhasil..Ada kawan saya sorang tu dah tersilap. Dia ingatkan kalo selalu sangat perah nanti, susu cepat habis..Oh noo..kawanku..bukan macam tu tau..Dulu saya pun 'buta' bab2 nie..tapi melalui pembacaan, saya dapat banyak sgt info..

So,membaca is sebagai satu cara untuk saya mereleasekan tension sewaktu zaman2 awal nk start buat stok dulu. Indirectly, banyak bende saya dah tau, dah cuba buat n dah amalkan until now, semata2 to become a successfull mother in breastfeeding. Honestly, dulu saya xrajin macam ni tau..Sekarang memang totally different. Alhamdulillah sangat2. Selagi saya terdaya, saya akan teruskan perjuangan saya. Amin.

Berminat untuk mencuba SET B dan Ostematrix atau lain-lain set dari kami? Hubungi saya di 019-3160078 sekarang juga untuk mendapatkan hadiah menarik dari kami dengan setiap pembelian mana-mana set.

Friday, January 28, 2011

Kasih Ibu Sehingga ke Hujung Nyawa

Salam,

Petang ni, saya terbaca satu kisah sedih dekat blog Puan Nora Herni ( http://menyususimanja.blogspot.com), so saya nk share ngan kawan2 semua.. Diharap dapat menjadi iktibar kepada diri saya dan juga anda semua.

Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu.

Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu.

Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.

Selepas, terbaca kisah ni, saya langsung terus mintak permission Puan Nora utk saya share story nie dgn kawan2 semua. Saya rasa sedih sangat, moga Allah menempatkan roh si ibu di kalangan orang yang beriman. Terus saya terfikirkan anak saya Malique, saya takut saya tak mampu nk menyusukan dia lagi sebelum cukup umur die 2 tahun. Takutnye..Ya Allah, harap2 dibukakan jalan dan masih dipermudahkan untuk saya menyusukan my baby. Beruntungnya anak saya yang masih mempunyai ibu untuk menyusukan, berbanding anak arwah ni, kesiannya..Tak tau la macam mana keadaannya sekarang.

Renungkanlah.....

Teknik Marmet dan Aplikasi

Salam,

Hari ni saya nk share sket apa itu Teknik Marmet yang pernah saya amalkn sebelum saya membeli breastpump, dan ketika breastpump xbwk g ofis..so, terpaksala guna kaedah manual atau dengan kata lain, guna jari pun bolehh... So, kepada kawan2 di luar sana, kalo xde breastpump..jgn susah hati..boleh amalkan teknik ni..xsemestinya nk kene ade breastpump baru leh buat stok ebm..dgn menggunakan teknik perahan yang betul juga, anda mampu mendapat fresh ebm untuk anak anda. So, mari kita baca sama-sama...

Apa itu Teknik Marmet?

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)


Bahaya Amalan Teknik yang Salah

Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.

Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Cara Memerah

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).


Gambar diambil dari www.breastfeeding .com

Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.

4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.



Elakkan!
 
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

Sumber : http://menyususimanja.blogspot.com

Oleh itu, terpulang kepada anda membuat pilihan..sama ada anda nak melabur kepada membeli breastpump, atau menggunakan teknik ini (senaman ni sebenarnya secara x langsung)..Jgn fikir negatif, boleh cuba dan amalkan.

Tuesday, January 25, 2011

polisi penyusuan

Salam,
Baru tadi saya terbaca tentang polisi penyusuan kebangsaan...selama ni xprnh nk ambik tau pun..huhu..so, dh baca, dh tau..nk story plak kt korang semue apa die polisi penyusuan kebangsaan..
Polisi ini menyatakan...
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.
Garis panduan telah disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksanakan TANGGUNGJAWAB tersebut.
(credit to susuibu.com)
Tetapi, kadang kala..apa yang mendatangkan kemusykilan pada saya, kalau saya buat routine checkup utk anak saya di klinik ********, nurse2 yang kat situ mcm pandang sinis plak kt saya kalo kite bgtau yg kita ni still breastfeed kn anak..salah ke tu..? lepas bersalin dulu pun, kadang2 dieorg ni kalau xpesan kita nk breastfeed anak, cepat je nk bg susu hospital..ni from my experience la..xtau la orang lain..so, camna tu..? salah kite ke, salah dieorg..Macam mana polisi penyusuan tu nak berjaya kan, kalau dari peringkat awal lagi kita sebagai ibu baru tak diberi pendedahan dan maklumat yang sepatutnya.

Renung2kan..Harap menjadi iktibar kepada semua.

apa itu lecithin

salam,
saya nk share sket psl lecithin ni, sbb dlm post yg lps de saya cdgkn lecithin diambil bersama cinch SHAKLEE..Info ni sy amik dr cery..tq, maklumla cery org lama dlm SHAKLEE ni..sy baru je nk mula..tq cery ye..

Secara umumnya..Lecitin ni berfungsi untuk meningkatkan kuasa otak, bagus untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids), menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL), membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah...dan juga ia membantu membuatkan rambut nampak berkilat, kuku yang cantik, untuk diet nak kurus.

Sekilas fakta: Lecitin itu sendiri adalah lemak.Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak,dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn .Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans. Tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin...dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean... 
13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.
  1. Lecitin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras ... Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini 
  2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian... Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecitin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan....Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2...jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mecegah penyakit berkaitan hati....
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria.Disamping itu, struktur lecitin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer's disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan...
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak dan ..Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan 
Jadi, adakah anda berminat untuk mencuba? Dapatkan trial pack anda sekarang dengan harga serendah dari RM70 (free posting). Hubungi saya, lieya 019-3160078.