salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Thursday, August 25, 2011

Hormon Tidak Stabil??

Hormon adalah rembesan endokrin yang akan menyeimbangkan dan mengatur berbagai sistem di dalam tubuh kita. Rembesan ini bertanggung jawab dalam menjalankan pelbagai fungsi seperti: terlibat dalam  pertumbuhan, reproduksi, penuaan, emosi dan tingkah laku. Sebagai sumber kekuatan kehidupan dan kekuatan tenaga, amatlah penting bagi sistem hormon ini untuk selalu berada dalam keadaan yang seimbang. Jika tidak, kita akan mengalami berbagai masalah kesihatan dan seterusnya akan mempengaruhi kesejahteraan hidup, pemikiran dan juga spiritual.

Kebiasaannya., kaum wanita kerap menghadapi masalah ini namun begitu tidak mustahil bahawa kaum lelaki juga tidak terkecuali akan gejala ini.

Diantara tanda-tanda umum yang anda menghidapi masalah hormon adalah seperti berikut:-
  • Perubahan perasaan yang tidak menentu samada didalam fasa pra-haid atau tidak
  • Selalu cepat marah – sukar mengawal perasaan
  • Cepat merubah fikiran serta perasaan
  • Menangis tanpa sebab tertentu
  • Lesu serta kurang bertenaga
  • Kemerosotan daya ingatan
  • Selalu merasa gelisah
  • Kerap pening kepala
  • Hipoglisemia atau merasa tidak menentu serta tidak bermaya dalam 1 atau 2 jam selepas makan
  • Nafsu makan yang meningkat
  • Sukar untuk menurunkan berat badan atau berat semakin meningkat dengan cepat
  • Mengalami jerawat degil
  • Mengalami ruam-ruam panas serta berpeluh pada waktu malam
  • Alopesia atau keguguran rambut
  • Hilang minat terhadap seks
  • kusam dan tidak berseri
  • Kulit berminyak
  • Hirsutisme atau peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah (misai halus)
Di SHAKLEE, GLA dapat membantu dalam menstabilkan hormon dalam badan.GLA ialah singkatan bagi Gamma-Linelonic Acid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Ia boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia juga sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.

Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. Jika anda tahu apa kandungan EPO, pastinya anda sudah biasa mendengar tentang GLA bukan, kerana EPO kaya dengan sumber GLA.

 

    Tuesday, August 23, 2011

    Tanda-tanda dan Ciri-ciri Malam Lailatulqadar

    Tingkatkan Ibadat Sunat Malam Lailatulqadar

    10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
    Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.
    Sebab turun surah al-Qadr
    Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

    Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

    Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
    Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
    Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”
    Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
    Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

    Tuesday, August 16, 2011

    Masa Berkualiti Bersama Anak

    Orang sibuk tahu menggunakan masanya dengan cekap, optimum dan berkesan. Sebaiknya peruntukkan masa secara konsisten untuk anak-anak. Walau pun masa di rumah mungkin terbatas, namun gunakanlah secara berkualiti.
    Masa berkualiti ialah masa yang digunakan secara optimum dan mencapai tujuannya. Kadang-kadang kita mengadu bahawa kita tidak cukup masa. Namun jika kita semak, berapa banyak masa yang kita gunakan untuk anak-anak secara optimum.

    Di sini beberapa cara yang boleh digunakan untuk menjadikan masa kita berkualiti:
    • Apabila pulang dari kerja, hadkan dari melakukan aktiviti yang bersifat sendirian seperti menonton televisyen atau membaca surat khabar, terutama jika masa sudah suntuk. Sebaliknya gunakan masa itu untuk bersama-sama dengan anak. Perlu diingat, menonton TV 'bersama-sama' anak, hakikatnya tidak dikira bersama anak, dan biasanya tidak membawa impak pendidikan.
    • Lakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar, bersukan, bersama-sama anak mengikut kesesuaian umur mereka.
    • Jika kita mempunyai urusan atau program sampingan di luar, seboleh-bolehnya ajak anak bersama-sama, serta gembirakan dan raikan dia, agar dia tidak serik untuk mengikut lagi pada masa akan datang.
    • Bila bersama-sama dalam kenderaan, gunakan masa itu untuk berbual-bual, bertanya tentang kawan-kawan, membuat teka teki atau bercerita. Usah biarkan kita dan anak berdiam diri melayan perasaan masing-masing.
    • Sentiasa fikirkan aktiviti yang serampang dua mata, iaitu satu aktiviti yang boleh mencapai dua matlamat. Contohnya, kita mahu menyihatkan badan dengan bersenam, maka kita ajak anak kita untuk meriadah bersama-sama. Atau, sebagai guru, kita mempunyai tugasan untuk menanda kertas jawapan, maka kita boleh bekerjasama dengannya untuk mengira dan mengisi markah. Berikan ganjaran jika sesuai.
    •  

    Kenapa terlalu sibuk?

    Tegasnya, kesibukan yang dialami itu bukanlah alasan untuk kita abaikan anak-anak. Jika kesibukan itu kerana kerja-kerja ukhrawi seperti berdakwah, melakukan aktiviti Islami dan seumpamanya, maka kita perlu ingat bahawa mendidik anak itu juga kerja ukhrawi. Keutamaannya tidak boleh dinafikan.
    Mana mungkin kita sibuk mengajak orang mendekati agama, jika keluarga kita sendiri dibiarkan tanpa pedoman.

    Bukankah menyampaikan kebenaran kepada yang hampir itu amat penting, di samping menyampaikannya kepada khalayak yang jauh. Jika kesibukan itu kerana urusan mengumpul kekayaan, membina kerjaya dan mengembangkan empayar bisnes, maka ingatlah semua itu tidak akan ke mana.

    Bila kita meninggalkan dunia, harta akan menjadi milik orang, kerjaya akan luput dan nama hanya menjadi kenangan. Jika kita mendidik anak, anak-anak bisa terus-menerus melaburkan pahalanya kepada kita selepas kita pergi. Doa-doa mereka akan mengubah nasib kita kelak nanti.

    Dan dengan kita mendidik anak sehingga dia menjadi soleh, kita dapat mengelakkan diri kita dari dibalun oleh Munkar Nakir dan dibakar di akhirat nanti. Ingatlah pesan Allah SWT:

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا
    يُؤْمَرُونَ

    "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka; yang kayu bakarnya ialah manusia dan batu-batu; penjaganya ialah Malaikat yang kasar, bengis, serta mereka tidak pernah mengengkari apa yang Allah suruh, dan mereka laksanakan apa jua yang Allah arahkan." - Surah al-Tahrim:6

    Baginda Rasulullah pula bersabda:
    "Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin. Seorang suami bertanggungjawab atas isterinya, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu. Seorang isteri bertanggungjawab atas urusan rumah suaminya, maka dia akan dipertanggungjawabkan atas perkara itu." - Riwayat al-Bukhari dan Muslim

    Tanggungjawab Ibu Bapa

    Tegasnya, kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab atas usaha pendidikan ini. Bapa sebagai pemimpin keluarga adalah pihak utama yang perlu berperanan. Ibu pula perlu menggunakan segala potensi keibuannya untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah.

    Jangan sampai anak itu menjadi terabai dan 'yatim sebelum yatim', akibat ibu bapa mereka 'mati sebelum mati', sebagaimana diungkap dalam syair Arab, yang diolah seperti berikut:

    Bukanlah yatim itu
    Si anak yang ibu ayahnya telah pergi...
    Hidup perit tidak terperi
    Dan ditinggalkannya dalam sepi
    Sebetulnya yatim itu...
    Si anak yang punya ibu, namun tiada peduli
    Dan punya ayah, namun sibuk tak henti-henti.

    Friday, August 12, 2011

    Water Pitcher Shaklee, Jug Water Filter yang portable, jimat dan memelihara alam sekitar

    Kalau anda selalu berkursus atau bercuti, pasti anda akan menggunakan air paip di hotel dan dimasak untuk diminumkan. Mungkin juga anda akan membeli berbotol-botol mineral water untuk dijadikan air minuman. Tambah-tambah lagi yang nak bancuh susu anak. Malangnya, botol-botol air mineral ni akan menambah sisa buangan di muka bumi. Apa kata anda berubah kepada Get Clean Water Pitcher Shaklee. Jug berfilter yang portable ini sangat berbaloi. Harganya kurang dari RM400 berbanding beribu RM harga filter yang perlu di install di rumah malah ia boleh dibawa di mana-mana sahaja.


    Sempena Raya yang bakal tiba ni, bagi yang mencari hadiah untuk ibu mahupun ibu mertua anda, Get Clean Water Pitcher Shaklee piihan yang bijak!!!




    Keistimewaan WATER PITCHER Shaklee

    SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.


    PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


    HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.


    MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar. 

    Dapatkannya sekarang..
    ONLY RM 378 (inc. POSTING)

    Hubungi saya di 019-3160078 untuk keterangan lanjut.

    Wednesday, August 10, 2011

    CIUM ANAK DAPAT PAHALA



    Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.   Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.   Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.  

    Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."   Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.  

    Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."   Wallahualam.

    Monday, August 8, 2011

    Kurangnya Ilmu

    Salam mesra,

    Hari ni saya nak memperkatakan tentang ramai di antara kita, kaum wanita dan ibu-ibu terutamanya yang baru pertama kali menjadi ibu, yang masih kurang pengetahuan dalam ilmu penyusuan susu ibu ini. Perkara seperti ini turut pernah saya alami sewaktu  melahirkan anak yang pertama. Persiapan lebih di buat dari segi material, memastikan kelengkapan anak adalah lengkap, terutamanya anak sulung saya adalah sepasang anak kembar. Jadi, tumpuan saya hanya lebih dari segi itu. Tidak pernah langsung di fikiran saya untuk  mencari atau menggali ilmu-ilmu penyusuan, parenting dan lain-lain yang sepatutnya saya ambil tahu.

    Itulah kesilapan yang pernah saya buat yang paling saya kesali hingga sekarang. Disebabkan ceteknya ilmu saya ketika itu, maka anak-anak saya tak dapat menikmati susu ibu sepenuhnya..Hanya pada selepas waktu kerja, baru saya susukan anak saya. Pada waktu kerja, awal-awal lagi anak saya telah diperkenalkan dengan formula. Pada waktu itu, awal-awal lagi saya dah survey susu formula apa yang harus saya bagi pada anak saya, sedangkan saya memang tidak mengalami masalah langsung dari segi production susu badan saya sendiri. Malah, kadang-kadang jika susu saya terlampau banyak ketika waktu kerja, saya akan perah dan buangkan begitu saja perahan saya tadi. Padahal pada waktu itu, dalam tak sedar, saya dah mahir Teknik Marmet..walaupun saya sendiri memang tak tau...

    Jangan jadi seperti saya ye..Betapa bodohnya saya waktu tu..EBM dibuang macam tu je..Kalau diberi peluang balik ke zaman silam, waktu itulah yang paling saya nak pergi sekali..Saya nak betulkan balik kesilapan yang saya pernah buat dulu, dan saya berazam takkan melakukan lagi kesilapan yang sama. Tambahan pula, pada waktu itu, tak de sesiapa pun di kalangan rakan sekerja yang menegur, memberi panduan atas kesalahan yang saya lakukan...At least kalau ada orang tegur waktu tu, kenape saya buang susu, mesti saya akan fikirkan balik..

    Kenapa awal-awal lagi anak saya diperkenalkan dengan formula?

    Saya melahirkan anak kembar saya pada usia 33 minggu, makanya kedua-duanya dimasukkan ke dalam NICU di sebuah hospital kerajaan, dengan berat hanya 1.7kg (boy) dan 1.78kg (girl)..Jadi, waktu dalam NICU, anak saya telah diberi formula oleh pihak hospital, tanpa diberitahu dulu kepada saya. Kesilapan saya pada waktu itu, sebab saya tidak pesan awal-awal pada pihak hospital saya nak susukan anak saya. Walaupun susu badan saya masih tidak keluar pada hari pertama, saya tetap berazam nak susukan anak saya. Cumanya saya hanya akur sahaja bila pihak hospital bagi susu formula pada anak saya, dengan anggapan bahawa semua bayi yang berada di NICU, memang memerlukan formula khas bagi memperkuatkan sistem badan.

    Jadi, hari kedua saya dibenarkan discharge, tanpa anak-anak..Saya pun amik kesempatan cari tukang urut untuk mengurut badan, dan mengurut susu..Alhamdulillah, 2 hari lepas tu, susu badan saya mula banyak..Waktu tu, saya memang tak tahu lagi yang sebenarnya kita boleh buat perahan dengan tangan, apatah lagi penggunaan pam susu. So, pagi2 tu bila susu saya dah ada, saya terus pergi ke hospital untuk susukan anak saya. Alhamdulillah, saya dibenarkan mengangkat anak saya keluar dari inkubator, dan saya dapat menyusukan mereka secara bergilir-gilir.

    Namun begitu, kesilapan saya sekali lagi, saya tetap selang seli kan pemberian susu ibu dengan formula. Siap pergi tanya nurse lagi susu jenis apa yang pihak hospital bagi pada anak saya, dengan anggapan kami harus memberikan susu yang sama untuk ketahanan tubuh mereka..Ya Allah....menyesal sungguh sekarang nie..Walaupun begitu, saya tetap menyusukan mereka selagi boleh, sepenuh masa ketika bersama saya..memang dengan susu badan..cuma pada pengasuh, saya bagi susu formula..atas alasan, saya dengan yakin menyatakan susu saya tidak cukup, disebabkan saya melahirkan anak kembar.. Plak tu, orang lain pun menyokong statement saya tu..Padahal, saya tak pernah cuba pun lagi untuk memberikan susu ibu secara eksklusif..

    Itulah saya.......

    Moral of the story

    1. Banyakkan membaca...tengok blog2 orang lain yang berjuang dengan susu ibu..(dulu saya bila on internet,asyik download lagu jerkkk..teruk betul).

    2. Bergaul atau kenal dengan orang2 yang boleh guide kta dalam susu ibu ni..

    3. Selalu positif dan yakin, kita mampu buat.

    4. Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.

    5. Perlu tahu bahawa susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.

    6. Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.

    7. Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini.

    Kalau tak buat macam tu, nie yang selalu bermain dalam fikiran kita.....
    • Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
    • Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
    • Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
    • Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
    • Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
    • Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
    • Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
    • Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.
    So, renung-renungkan..Jangan jadi seperti saya..

    Saturday, August 6, 2011

    Salam,

    Umumnya, ramai yang masih tidak tahu dan tidak menyedari akan kewujudan MBFPC dan peranannya dalam masyarakat. Perkara ini jelas, jika anda selaku salah seorang PC (Peer Councelor) atau PIM (Pembimbing Ibu Menyusu), cukuplah anda sekadar bercerita dengan rakan-rakan sekerja anda tentang MBFPC ini. Ramai yang masih tak tahu pun akan wujudnya badan-badan seperti MBFPC ini yang memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.

    Jadi, hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang MBFPC ini, kerana saya juga adalah merupakan salah seorang PC.
    Malaysian Breastfeeding Peer Counselor(MBFPC) atau Program Penyusuan Ibu Menyusu Malaysia (PPIMM) adalah adalah jaringan sukarelawan pembimbing Ibu-ke-Ibu(PIM) atau Peer Counselors(PC) yang terlatih untuk memberikan galakan, maklumat dan sokongan kepada ibu-ibu di dalam penyusuan ibu. Program latihan MBfPC ini telah dikendalikan oleh SusuIbu.com dan sebahagian dana ditaja oleh UNICEF serta mendapat sokongan daripada WABA.

    Program MBfPC ini telah bermula pada awal Januari tahun 2010 dengan melatih 19 individu sebagai 'MBfPC Program Administrators' yang seterusnya berfungsi untuk melahirkan seramai yang boleh para PIM/PC yang terlatih menerusi siri program latihan MBfPC yang dijalankan mengikut kawasan (Utara, Selatan, Pantai Timur, Pantai Barat) di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah. Seramai 158 orang telah dilatih sebagai PIM/PC pada tahun 2010. Pada tahun 2011, seramai 54 orang PIM/PC telah dilatih di kawasan Pantai Barat, Pantai Timur dan Utara.

    Ahli-ahli di kalangan PC ni, bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita, tetapi ada juga  kaum lelaki yang berminat dan turut serta untuk  menjadi salah seorang PC ni..Sebenarnya, peranan kaum lelaki juga sangat membantu dalam memberi sokongan kepada kaum wanita untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni. Ini kerana ramai di antara kita, tidak kira lelaki atau perempuan mengambil remeh dalam soal-soal yang melibatkan penyusuan susu ibu ini. Bila timbul masalah, ramai yang mengalah tanpa sedar ada golongan yang boleh memberi sokongan dan panduan kepada mereka untuk memastikan penyusuan susu ibu tidak terhenti di tengah jalan.

    Jadi, kepada mana-mana di antara ibu-ibu di luar sana atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah dan yang anda rasa memerlukan sokongan, panduan dan nasihat dalam penyusuan susu ibu, bolehlah menghubungi MBFPC. Ini kerana MBFPC telah melahirkan ramai PC atau PIM di setiap kawasan di seluruh Malaysia untuk membantu golongan-golongan seperti anda. Jangan malu-malu untuk bercerita masalah yang anda hadapi, supaya kita sama-sama dapat berkongsi dan mencari penyelesaian untuk masalah anda itu.

    Anda juga  boleh menghubungi saya untuk consultation secara percuma, 019-3160078.