l
Bagi pasangan yang bakal/telah dianugerahkan bayi kembar.. Mungkin sedikit tips dari kami ini mampu membantu kalian.
Tips berkenaan penyusuan, mandi dan pemakaian untuk si kecil kami
nyatakan di bawah.
_________________________
Masa menyusu
-----------------
Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik
jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap
kembar mendapat perhatian sama.
Cara pertama:
Peruntukkan
10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama
selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi
cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.
Namun,
jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar
yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah
hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.
Bagaimanapun,
jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila
mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah
kedua-duanya secara serentak.
Cara kedua:
Menyusukan
kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada
pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang
berbeza.
Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur.
Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin,
susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan
membancuh susu berdekatan.
Mandi
-------
Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.
Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka
bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam
besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.
Pakaian
---------
Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan
biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai –
bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan
warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang.
Dipetik Dari : omaq.org