salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Wednesday, April 6, 2011

Kesan Pengambilan Ubat Secara Berlebihan

Salam,

Sebelum anda mengambil sebarang ubat sama ada makan atau secara injection, pendek kata apa2 yang akan msk ke dalam badan kita, pastikan anda tahu dengan jelas, apakah kesan yang anda akan terima setelah ubat itu masuk ke badan anda.Dalam tak sedar, sedikit sebanyak ia akan memberi kesan sama ada secara positif atau tidak, dari segi jangka masa pendek atau panjang. Tanyalah doktor anda, kerana anda patut tahu.

So, hari ini saya nak berkongsi tentang kesan pengambilan ubat secara berlebihan. Tq to Azrina (gang GBS)..Mari kita baca,

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.

Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda.

Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.

Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

Sungguh mengerikan bila badan kita terlalu byk mengambil ubat-ubatan...tak sedar byk kesan buruk lain. Jadi, berhati-hatilah dengan apa yang kita makan.

1 comment: