salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Tuesday, April 5, 2011

Konsep Penyusuan Sebenar

Salam,

Saya tertarik untuk berkongsi dengan nada tentang statement ini..Cuba anda baca dan renungkan,

"Carilah ibu susuan yang terbaik untuk anak kita jika kita tidak mampu menyusu mereka. Dengan doa dan niat ingin anak disusukan dengan susu ibu, mohon keredhaanNya. InsyaAllah Dia akan tunjukkan ibu susuan yang terbaik. Belajar dari sirah Rasulullah s.a.w, mengapa baginda disusukan oleh Halimatus Saadiah)"
(Petikan dari http://duniasusuibu.com)


Jadi, saya mula terbayang betapa di dalam Islam, penyusuan anak dengan susu ibu adalah sangat dituntut. Saya mula rasa bersalah, disebabkan sewaktu si kembar kecik dulu, habis pantang je, saya terus bagi si kembar dengan susu formula. Hanya sebelah malam sahaja baru breastfeeding. Kurangnya ilmu masa tu..Rasa nak balik kembali ke zaman lampau, nak tebus balik dosa pada anak2ku..

Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua  tahun atau dua puluh empat bulan. Apabila seseorang bayi telah  meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan ke atasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan susu melalui hidungnya.

Ini bermakna apabila sampai susu ibu ke dalam perut bayi yang berumur tidak lebih daripada dua ta­hun serta cukup syarat-syaratnya disabitkan penyusuan ke atas bayi dari segi syarak. Sekira­nya bayi yang disusui itu melebihi umur dua tahun maka tidak disabitkan hukum penyusuan ke atas kanak-kanak tersebut.

Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. 
(Al-Baqarah 2:233)

Rasulullah s.a.w juga menegaskan tentang had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:
Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua tahun.
Rujukan :  Ayu Asma Yusuf (2002). Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Rupa-rupanya waktu zaman kabilah Arab dulu, bila mana saja bayi baru dilahirkan, jika si ibu tidak dapat menyusukan anak, menjadi amalan keluarga untuk mencari ibu susuan untuk anaknya..Baru saya tau, maknanya selagi boleh nak jugak bagi anak dengan susu badan..Betul jugak, dulu mana la ada susu formula kan...

Jadi, mari kita muhasabah diri kita..Nanti saya nak cari lagi info mengenai perkara ini.. Tunggu ye..

No comments:

Post a Comment