Ramai ibu yang tidak pasti adakah bayi mereka menerima susu yang cukup atau tidak. Mereka membuat anggapan berdasarkan anak yang selalu menangis, anak yang selalu "melekat" dengan si ibu, anak yang kerap menyusu. Situasi-situasi begitu dan ditambah pula dengan momokan orang-orang keliling yang membuat andaian bahawa susu yang diterima oleh anak adalah tidak cukup.
Menurut apa yang saya baca dari kellymom.com, bayi yang baru lahir hanya minum susu sebanyak 5-7ml sahaja pada hari yang pertama,iaitu kurang dari setengah oz sahaja. Dapat bayangkan tak besar mana perut bayi itu. Pertambahan amount yang diminum oleh bayi akan meningkat dari masa ke semasa mengikut peningkatan umur bayi.Mari kita lihat gambar di bawah.
Jadi sekiranya anak anda kerap menangis, itu adalah perkara biasa bagi seorang bayi. Jangan cepat melatah dan terus membuat kesimpulan bayi tidak cukup susu. Pada waktu itu, anda sudah mula menggelabah untuk mencari susu formula, atau yang lebih teruk lagi, ada yang sudah mula bagi anak anda makan. Tahukah anda, menurut seorang doktor yang saya temui, kebanyakan kes di hospital menunjukkan bayi atau kanak-kanak mengalami masalah usus tersumbat. Banyak faktor, tetapi salah satunya adalah memberi anak makan pada umur yang tidak sepatutnya.
Anda boleh membuat anggaran berapa banyak yang anak anda patut minum dalam sehari. Menurut kajian, amount maximum yang bayi dari umur 1 - 6 bulan patut minum adalah 25 oz sehari. Jadi, macam mana anda nak kira?
1. Berapa kali anak anda minum dalam sehari? Contoh : 8x
2. Bahagikan amount standard yg diminum oleh bayi (25 oz) dengan bilangan anak anda minum dalam sehari.
Contoh: 25 oz / 8x = 3.1 oz
3. Jadi, 3.1 oz adalah amount yang sepatutnya bayi anda minum setiap kali penyusuan. Namun, anggaran boleh juga dibuat dalam lingkungan 3-4oz, bergantung kepada bayi anda.
Kekerapan bayi menyusu pada umur ini juga bukanlah kerana bayi tidak cukup susu, tetapi perlu diingat, susu ibu adalah "easy to digest" atau mudah hadam berbanding dengan susu formula. Jadi, bayi akan merasa cepat lapar dan ingin menyusu. Sebab itulah bayi suka "melekat" dengan ibu mereka.
Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk memberi bayi anda susu formula, fikirkanlah dengan sewajarnya. Jangan cepat membuat keputusan tanpa mengkaji terlebih dahulu. Apa yang anda perlu tahu, anda haruslah kuat semangat dan banyakkan membaca dan bertanya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment