Sebelum ini saya pernah cerita tentang konsep penyusuan sebenar..So, hari ni saya dapat artikel mengenai Hukum Penyusuan dari Perspektif Islam..Mari kita baca,
Menurut, para fuqaha’ bahawa penyusuan adalah wajib ke atas ibu. Tetapi apabila seseorang ibu itu telah bercerai dan tamat iddahnya, pihak berkuasa iaitu kadi atau hakim tidak boleh memaksa ibu supaya menyusui anaknya. Ini kerana penyusuan anak termasuk dalam tanggungan nafkah sedangkan nafkah anak menjadi tanggungjawab bapa. Oleh, menjadi tanggungjawab bapa pula untuk mencari ikhtiar bagi memastikan anak disusukan sepenuhnya. Itu menurut apa yang saya baca dan fahamla..Kalau saya salah faham, harap diperbetulkan ya..
Walau bagaimanapun ibu-ibu hanya wajib menyusui anak-anaknya jika mereka tidak memiliki apa-apa keuzuran yang menghalangnya daripada menunaikan tugas tersebut seperti kekeringan air susu atau berpenyakit yang boleh mendatangkan mudarat dan berbahaya kepada bayi.
Jika ibu sihat dan tiada sebarang keuzuran yang menghalang, tetapi telah ada persetujuan antaranya dengan suami untuk mengupah orang lain menyusui anak mereka, maka ia diharuskan kerana kewajipan tersebut berdasarkan kepada kepentingan dan kemaslahatan anak. (Muhammad Rasyid Redha T.th. Tafsir al-Quran al-Karim al-Shahir bi Tafsir al-Manar. Juzuk 2. Misr: Maktabah al-Qaherah,hlm 409-410).
So, apa yang saya faham di sini, jika si ibu sihat dan mampu nak susukan anaknya, tetapi ibu tidak mahu, maka ibu perlu berbincan atau minta kebenaran suami dulu untuk ikhtiar cara yang kedua. Tapi, bila saya fikirkan balik, ramai di antara kita yang tak buat semua tu..Buat keputusan sendiri tanpa berbincang dulu dengan suami. Bila dah bagi susu formula, baru bgtau pada suami, dan akhirnya suami pun menurut saja kata si ibu. Entah2, suami kita tu ada rasa 'frust' sikit, di atas keputusan yang telah kita buat tu..Maafkan saya sekali lagi, kalau saya salah.
Allah S.WT telah berfirman dalam ayat-Nya:
Maksudnya:
Kalau kedua-duanya (suami isteri) hendak menceraikan penyusuan sebelum dua tahun dengan persetujuan dan perundingan antara kedua-duanya, tidaklah mengapa. Dan kalau kamu hendak menyusukan anakmu kepada perempuan lain, tidaklah mengapa jika kamu berikan pembayaran mengikut sepatutnya.
(al-Baqarah 2: 233)
Menurut Imam Shafi’e pula, adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan bagi ibu menyusukan anaknya terutamanya susu permulaan (kolostrum) kerana ia amat penting bagi bayi untuk membina kekuatan mental dan fizikal.
Rujukan: Ayu Aima Yusuf (2002). Hukum Penyusuan. Penyusuan Susu Ibu Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, hlm 44-36.
Jadi, anda renungkanlah sendiri betapa tanggungjawab menyusukan anak itu adalah besar, dan tidak harus dipandang ringan. Maknanya selagi kita terdaya, kita kena cuba jugak untuk menyusukan bayi kita. Ikhtiarlah dengan apa cara sekalipun. Yang penting positive thinking, usaha dan ikhtiar, berdoa, dan selebihnya tawakal kepada Allah, agar dipermudahkan jalan untuk kita.
No comments:
Post a Comment