Adakah anda tahu jika anda tidak menyusukan anak anda dengan susu ibu,apakah risiko kepada anda sebagai ibu dan juga risiko kepada anak anda? Tanpa kita sedari, penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi kesan yang positif, tetapi juga mendatangkan kesan negatif kepada kita. Saya cuba menyenaraikan risiko-risiko yang mungkin akan dihadapi oleh ibu dan juga anak jika tidak menyusu atau disusukan dengan susu ibu.
Risiko Kepada Ibu
1. Tidak membantu proses pengecutan rahim dan pengembalian ke saiz asal dengan cepat.
2. Proses pembakaran kalori dalam badan bagi si ibu akan terganggu.
3. Terdedah kepada risiko kanser payudara dan ovari.
4. Tidak membantu dalam proses menjarakkan kehamilan yang seterusnya.
5. Hubungan anda dengan anak jugak tidak serapat atau seakrab,berbanding anda menyusukannya.
Risiko Kepada Anak
1. Anak tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya secara semulajadi.
2. Sistem imun badan mungkin menjadi lemah, tambahan tidak menerima kolustrum (susu awal) yang mengandungi segala khasiat yang lebih berbanding susu matang selepasnya.
3. Hubungan dengan ibu menjadi kurang rapat.
4. Bayi yang minum susu selain susu ibu juga terdeah kepada risiko terkena jangkitan telinga,cirit-birit, sembelit,pneumonia, SIDS (sudden infant death syndrome).
5. Bayi juga mudah terkena colic atau kembung perut.
Banyak lagi risiko-risiko lain, tapi buat masa nie, itu je yang saya teringat sekarang nie..Nanti ada pertambahan apa2, saya akan update kemudian. Kalau ada kengkawan nak menambah apa2, bolehla bgtau kt saya..ok.
No comments:
Post a Comment