salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Tuesday, June 26, 2012

Cra Menyimpan Ebm



Berapa lama ebm boleh bertahan
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer

Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi setelah disesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman sendiri ...so inilah jawapan  yang dirasakan paling sesuai :-

a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi lebih baik amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya.better ambil tempoh yang paling pendek iaitu 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan, juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...
* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg dipaparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa(kita blh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus juga diingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...


Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?

Jawapan :-
 
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...


Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus diingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...


Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??

Jawapan :-
Sebenarnya tidak berapa digalakkan untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapannya ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..
Dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...


Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???

Jawapan :-
Actually tidak begitu digalakkan tetapi base pd experience kadang-kadang..diBOLEHkan... dengan syaratnya begini...sebagai contoh..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg yg telah di minum..ia tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...

Sumber: kak Nadiah (tq)

Saturday, June 23, 2012

5 Cara Galakkan Anak Terus Minum Susu

1. Pastikan semua ahli keluarga anda minum susu. Barulah anak kecil anda rasa seronok minum susu kerana semua orang di dalam rumah meminumnya.
2. Tidak mengapa sekiranya anak anda suka minum susu berperisa kerana hal ini lebih baik daripada dia langsung tidak minum susu.
3. Sentiasalah ceritakan pada anak tentang khasiat dan kebaikan minum susu.
4. Pelbagaikan cara untuk menghidangkan susu kepada anak. Antaranya ialah dengan membuat susu kocak atau dijadikan ais krim.
5. Tambahkan susu dalam makanan yang anda buat untuk anak seperti di dalam lempeng, bijirin sarapan pagi atau bubur. Hasilnya anak anda akan terus mendapat khasiat susu.

Thursday, June 21, 2012

Jangan Berhenti Minum Susu

Amalan minum susu lazimnya beransur-ansur hilang apabila seseorang kanak-kanak itu sudah semakin membesar. Akan tetapi, ini bukanlah yang sepatutnya kerana susu perlu diambil seumur hidup.

Semua orang tahu bahawa susu merupakan makanan utama bayi sepanjang tahun pertama kelahirannya dan pengambilan susu ini masih lagi menjadi keutamaan beberapa tahun berikutnya. Bayi berusia di bawah 12 bulan perlu minum susu ibu kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya terbaik dan memang dicipta khas untuk mereka. Selepas itu, apabila sudah berusia lebih kurang dua tahun barulah kanak-kanak diperkenalkan kepada susu formula.

Pengambilan susu ini pula perlulah berterusan sehingga dewasa. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia mula meninggalkan rutin minum susu sedikit demi sedikit sebaik sahaja mereka sudah makan makanan pejal. Hal ini berlaku mungkin kerana susu hanya dianggap sebagai makanan untuk bayi. Jadi, apabila sudah pandai makan makanan lain, mereka sudah tidak perlukan susu.

Tanggapan ini nyata salah kerana susu sangat penting dalam kehidupan seharian semua orang terutamanya kanak-kanak sedang membesar. Untuk pengetahuan, susu merupakan sejenis makanan yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Susu mengandungi vitamin A, kumpulan vitamin B, magnesium, fosforus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu, kalsium menjadikannya begitu istimewa. Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh yang penting. Antaranya ialah untuk aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka. Selain itu, kalsium apabila bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium akan membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Ketahuilah bahawa manusia perlukan kalsium seumur hidup. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium berbanding orang dewasa. Kekurangan kalsium ketika proses tumbesaran menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mencapai ketumpatan tulang maksimum seterusnya boleh meningkatkan risiko mendapat osteoporosis apabila dewasa kelak.

Pengambilan kalsium secukupnya berupaya memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium paling senang diperoleh daripada susu dan produk tenusu. Kalsium susu paling mudah diserap dan diguna oleh tubuh. Kalsium tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Hal ini bermakna, kanak-kanak perlu mengambil susu dan produk tenusu setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mendapat 70 peratus kalsium mereka daripada susu lembu, 20 peratus daripada produk tenusu seperti keju dan 10 peratus daripada bijirin sarapan pagi.

Sekiranya anak anda tidak boleh mengambil susu lembu, berikanlah dia susu soya. Walau bagaimanapun, kalsium yang terkandung dan susu soya dan produknya tidak sebanyak yang ada dalam susu lembu melainkan ditambah semasa proses pengilangan. Tauhu merupakan sumber kalsium terbaik daripada produk hiliran soya.

Bagi kanak-kanak yang langsung tidak boleh minum susu lembu dan susu soya, alternatifnya ialah ikan-ikan yang boleh dimakan tulangnya seperti ikan sardin dan ikan bilis. Selain itu, mereka juga boleh mendapat kalsium daripada sayuran hijau, kekacang dan bijirin. Bagi yang ingin memberi anak tablet kalsium, anda mesti berjumpa pakar pediatrik terlebih dahulu supaya tahu kuantiti sebenar yang diperlukan oleh anak.


Sumer: Majalah Pa&Ma

Tuesday, June 19, 2012

Susu soya bagi bayi alahan protein susu lembu

SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi dan telah terbukti ia mampu menguatkan daya ketahanan untuk menentang cirit-birit, ruam, alahan, jangkitan telinga dan masalah kesihatan yang lain.
Namun, sesetengah ibu terpaksa berhenti menyusukan anak mereka lebih awal daripada tempoh sepatutnya akibat beberapa faktor, seperti kesibukan berkerja, air susu berkurangan dan menggantikannya dengan susu rumusan.

Pada waktu ini kebanyakan ibu cenderung memilih susu rumusan berasaskan susu lembu untuk anak mereka.
Namun, kajian terbaru menunjukkan bahawa terdapat beberapa kes kanak-kanak atau bayi tidak dapat menerima rumusan berasaskan susu lembu setelah ibu berhenti menyusukan anak mereka dengan susu ibu.
Kanak-kanak ini mudah mengalami kerengsaan, menangis selama berjam-jam (kembung) dan sebahagian daripada mereka mungkin mengalami ruam, ekzema, cirit-birit atau muntah. Keadaan ini dikenali sebagai alahan kepada protein susu lembu (APSL).

APSL adalah tindak balas luar biasa sistem imun terhadap protein yang terdapat di dalam susu rumusan berasaskan susu lembu.Susu lembu merupakan bahan alahan yang paling umum dihadapi kanak-kanak. Ia mengandungi lebih daripada 30 bahan protein dan banyak antara bahan-bahan ini mampu mencetuskan tindak balas alahan.Kanak-kanak yang mengalami APSL menunjukkan gejala-gejala alahan sejurus selepas mengambil susu atau produk-produk yang mengandungi susu lembu.

Menurut Pakar Pediatrik, Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Choy Yew Sing, terdapat tiga peringkat gejala umum alahan kepada protein susu lembu yang mengakibatkan komplikasi kesihatan pada kulit, usus dan sistem pernafasan.

Peringkat pertama, reaksi APSL segera, iaitu alahan muncul secara tiba-tiba selepas 45 minit meminum susu.Antara gejalanya termasuk kolik, cirit-birit, muntah-muntah, ruam, ekzema, sesak nafas atau bersin.
Reaksi di peringkat yang kedua muncul antara 45 minit hingga 20 jam setelah meminum susu lembu, yang mana antara gejalanya ialah muntah dan cirit birit. Manakala reaksi lambat pula ialah gejala alahan muncul 24 jam selepas meminum susu seperti cirit-birit, ekzema, sesak nafas dan bersin.

Kejadian APSL di kalangan bayi dilaporkan antara 0.5 peratus hingga 7.5 peratus. Kejadian ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Sejarah keluarga dipercayai merupakan punca utama yang menyebabkan APSL. Seorang kanak-kanak dipercayai mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap alahan kepada susu lembu jika abang atau kakaknya juga menghadapi alahan yang sama.

Memberi susu rumusan yang berasaskan susu lembu pada usia lebih awal juga dianggap mempunyai kaitan dengan peningkatan kejadian APSL.“Protein susu telah dibahagikan kepada dua jenis protein utama iaitu kasein dan wei. Kasein ialah protein susu yang paling biasa digunakan dalam industri makanan. “Proses penghadaman protein akan menghasilkan lebih 100 jenis antigen berlainan yang berpotensi untuk mencetus reaksi alahan. Pecahan setiap protein susu yang dihadamkan ini mungkin akan mencetuskan pengeluaran antibodi tertentu yang seterusnya mengakibatkan tindak balas imunisasi yang berlainan dan kompleks,” katanya.

Menurutnya, jika ibu bapa mengesyaki anak-anak mereka menunjukkan salah satu daripada gejala-gejala yang disebutkan tadi, boleh berhubung segera dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan.
“Adalah penting untuk mendapatkan diagnosis yang tepat sebelum mencuba sebarang cara penyelesaian,” katanya. Setakat ini menurut Yew Sing, tiada rawatan terhadap kanak-kanak yang menghidapi APSL dan langkah utama untuk menanganinya ialah dengan mengelakkan pengambilan susu lembu dan mengganti-kannya dengan makanan yang bebas daripada protein susu lembu.

Menurut Pakar Pemakanan dari Pusat Perubatan Menara Berkembar KLCC, Farah Diba Khan, dari segi pemakanan kanak-kanak boleh diberikan susu rumusan alternatif seperti susu rumusan hidrolisis terperinci, susu rumusan amino asid atau susu rumusan berasaskan soya.“Susu rumusan hidrolisis terperinci dan susu rumusan amino asid amat berkesan dan mempunyai kadar toleransi yang baik di kalangan kanak-kanak yang menghidap APSL. “Bagaimanapun, kedua-dua jenis susu rumusan ini adalah mahal dan rasanya tidak begitu sedap di mana ibu mungkin terpaksa memujuk anak untuk meminumnya,” katanya.

Susu rumusan separa hidrolisis pula adalah tidak selamat dan tidak disarankan untuk rawatan APSL kerana berupaya menyebabkan reaksi alahan.Alternatif terbaik untuk diberikan kepada bayi atau kanak-kanak adalah susu rumusan berasaskan soya yang telah digunakan bagi menggantikan susu lembu sejak tahun 1909 lagi.

Pada tahun 1929, rumusan berasaskan soya telah digunakan sebagai rumusan gantian bagi kanak-kanak yang menghadapi APSL. “Alahan terhadap soya tidak sekerap seperti alahan kepada protein susu lembu. Bagaimanapun, dianggarkan 10 hingga 35 peratus daripada kanak-kanak yang menghadapi alahan kepada protein susu lembu juga dilaporkan tidak dapat menerima protein soya.“Namun, dari segi nilai pemakanan, susu rumusan berasaskan soya kaya dengan nutrein penting yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan yang sihat.

“Sumber protein rumusan berasaskan soya dikenali sebagai asingan protein soya. Ia merupakan protein berkualiti tinggi yang dapat membekalkan sembilan jenis asid amino yang penting bagi memenuhi keperluan tumbesaran kanak-kanak,” katanya.

Akademi Jawatankuasa Pemakanan Pediatrik Amerika (AAPCON) mengesahkan bahawa susu rumusan berasaskan soya adalah selamat untuk diminum dan mampu membekalkan nutrien yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan bayi yang sihat.

Oleh: Rosmah Dain

Sunday, June 17, 2012

Wanita dan kesihatan

Wanita dan kesihatan adalah topik yang sering menjadi perbualan di kalangan rakyat Malaysia. Berbanding lelaki, tubuh wanita mengalami perubahan yang besar apabila melalui peringkat remaja, dewasa sehingga menjadi seorang ibu dan akhirnya ke usia emas.

Keperluan pemakanan mereka pada setiap peringkat kehidupan ini juga berbeza. Perubahan fisiologi dan biologi yang dialami sering dikaitkan sebagai faktor yang mendedahkan wanita kepada ancaman kesihatan. Ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah wanita yang mengalami osteoporosis, obesiti, diabetes, penyakit jantung dan kanser.

Kerisauan memikirkan ancaman kesihatan ini akan memberikan kesan kepada emosi dan fizikal wanita. Apabila emosi mereka terganggu, mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tanggungjawab mereka yang lain seperti keluarga serta kerja.

Selain waktu tidur yang terganggu, mereka juga mungkin hilang selera makan. Secara tidak langsung, fizikal mereka juga akan mengalami perubahan seperti penurunan berat badan yang mendadak.

Golongan wanita berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan di peringkat berlainan sepanjang umur mereka. Kebanyakannya terlalu bimbang terhadap serangan penyakit barah khususnya barah payudara dan pangkal rahim.

Seiring dengan kebimbangan itu, ramai yang semakin prihatin terhadap langkah atau mengambil usaha untuk mencegah penyakit itu.

Bagaimanapun, wanita juga harus sedar, selain penyakit barah, masih banyak lagi penyakit lain yang menjadi punca kematian tinggi di kalangan wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun di Malaysia.

Tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, diabetes, hipertensi dan sakit jantung juga adalah antara pembunuh wanita. Walau apa pun jenis penyakit, prinsip paling penting yang perlu diketahui semua individu bagi mengelakkan penyakit berisiko itu adalah melalui kaedah cegah sebelum parah dan kawal apabila kena.

Terdapat penyakit tertentu menyerang wanita disebabkan keturunan dan malangya, ini tidak dapat dielakkan. Tetapi, apa yang boleh wanita usahakan adalah menangguh kehadiran penyakit itu.

Bagi mencegah sebelum parah, langkah pencegahan utama seperti membabitkan diri dengan aktiviti kesihatan boleh dilakukan. Antara langkah pencegahan sampingan pula termasuk mengesan penyakit pada peringkat awal, sebelum penyakit itu merebak dengan serius.

Sehubungan itu, sangat penting bagi golongan wanita dan keluarga memahami isu ini untuk memudahkan langkah pencegahan sewajarnya.

Kesihatan merangkumi aspek fizikal atau tubuh badan, mental dan daya pemikiran, emosi dan psikologi serta jiwa dan rohani. Setiap aspek ini patut dititikberatkan sama rata untuk mencapai keseimbangan dan kesempurnaan kesihatan kita. Malah ramai di kalangan kita yang tidak mengambil berat atau tidak peduli langsung mengenai kesihatan diri sendiri.

* Persekitaran:
 Perubahan persekitaran boleh memberi kesan kepada tubuh wanita. Pastikan anda sentiasa dikelilingi persekitaran yang positif. Ini boleh membantu cara pemikiran anda sekaligus mendorong anda untuk lebih menitikberatkan aspek kesihatan dan gaya hidup yang baik.

* Pemakanan:
Wanita harus tahu bagaimana untuk mengawal cara dan corak pemakanan diambil setiap hari, jika tidak ia akan memberi kesan pada kesihatan pada masa akan datang. Pemakanan yang seimbang dan teratur penting bagi seorang wanita memastikan kesihatan yang optimum dan seterusnya dapat menjalankan kewajipanya sebagai isteri, ibu, pekerja dan ahli masyarakat.

* Mengawal stres:
 Komitmen kepada kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga boleh menyumbang kepada stres di kalangan wanita. Umum mengetahui, stres menyumbang kepada pelbagai penyakit di kalangan wanita mahupun lelaki. Untuk mengawal stres, wanita harus tahu bagaimana untuk membahagikan masa antara kerja, keluarga dan diri mereka sendiri.

Salah satu cara yang paling baik adalah untuk menjauhkan diri daripada tekanan harian. Luangkan masa untuk bercuti dan beriadah. Ini amat baik untuk mengembalikan semula tenaga mereka.




Friday, June 15, 2012

Sembelit di kalangan kanak-kanak

Sembelit adalah satu masalah yang kerap berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh pemakanan mereka yang tidak cukup mengandungi air dan serat atau fiber, ataupun kerana faktor-faktor lain dalam persekitaran kanak-kanak tersebut.

Seseorang kanak-kanak itu dikatakan mengalami sembelit apabila ia membuang air besar kurang tiga kali seminggu; bila najis itu keras, kering dan besar atau; apabila ia menjadi sukar untuk kanak-kanak tersebut membuang air besar.

Cara Menghadapi masalah sembelit

* Berikan air yang lebih
Minum air yang mencukupi dan juga cecair lain, menolong pergerakan najis yang lebih senang melalui usus.
Keperluan air seseorang kanak-kanak ditentukan mengikut umur dan berat badan. Lazimnya kanak-kanak dalam umur persekolahan memerlukan tiga ke empat gelas air sehari.
Selain itu, boleh juga ditambah dengan satu hingga dua cawan jus setiap hari.

* Makanan kaya serat
Makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan roti bijirin penuh boleh membantu mengatasi masalah sembelit.
Serat ini tidak dihadam, jadi ia menolong membersihkan usus dalam pergerakan, ia melalui sepanjang usus.
Sementara itu, diet yang penuh dengan lemak, bergula atau berkanji boleh memperlahankan pergerakan usus.
Serat ini lazimnya tidak digemari oleh kanak-kanak, justeru kita boleh mencuba buah-buahan seperti epal, oatmeal, oren, pisang, kentang bakar dan dan bertih jagung.

* Senaman yang cukup
Aktiviti fizikal menggerakkan lagi usus. Jadi galakkan kanak-kanak bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti mudah seperti bermain tangkap-tangkap dan berbasikal.

* Jadual pemakanan yang tetap
Makanan merupakan rangsangan asli atau semula jadi bagi pergerakan usus. Oleh itu, jadual pemakanan yang tetap menolong mewujudkan pergerakan usus yang rutin.

* Mewujudkan suatu tabiat tandas yang baik
Jika kanak-kanak itu suka menahan bila masa hendak ke tandas, kita boleh memastikan kanak-kanak tersebut duduk di tandas sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari pada waktu yang sama, sebaik-baiknya selepas makan.
Jawapan disediakan oleh Pakar Perunding Kanak-kanak, Dr. Mohd. Nazir Abu Bakar.

Sumber: Utusan Malaysia (24/09/2006)

Wednesday, June 13, 2012

Kolagen dan Wanita

APABILA ada wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh abad.

Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram.

Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapatkan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.


Di pasaran terdapat pelbagai produk minuman berasaskan vitamin C dan kolagen yang dikatakan berkesan mengembalikan keserian wajah. Bagi mereka yang malas mengambil minuman, boleh melakukan rawatan di pusat kecantikan yang menyediakan rawatan wajah berasaskan vitamin C dan kolagen.

Namun, harus diingat tidak semua rawatan di pusat kecantikan memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia terutama daripada segi peralatan serta cara menggunakannya. Kemungkinan pelanggan akan menghadapi masalah sampingan lain sekiranya dilakukan mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan estetik.

Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

“Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan,” katanya.

Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses
pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.

“Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit,” katanya.

Penggunaan makanan kesihatan mengandungi kolagen dikatakan dapat melambatkan proses penuaan, namun kesannya terlalu sedikit kerana ia bergantung kepada kandungan jumlah molekul kolagen, jenis kolagen dan penyerapan oleh sistem usus. Penggunaan krim kolagen pula dikatakan kurang berkesan kerana molekul yang terkandung di dalamnya terlalu besar untuk penyerapan oleh sel kulit.

Thursday, June 7, 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

Tuesday, June 5, 2012

Supplement untuk anak

Apa yang perlu diambil berat untuk memilih suplemen vitamin yang bagus untuk anak?

  • Suplemen hendaklah diperbuat dari bahan semulajadi yang sesuai dan selamat untuk anak.
  • Berikan suplemen vitamin bila anak perlukannya, kerana nutrien berlebihan boleh memberi kesan kepada kesihatan anak.
  • Suplemen tersebut mengandungi spektrum nutrisi yang penuh mengikut saranan RV mengikut umur.
Antara yang sesuai diberi ialah:

  1. Mealshake
  • SHAKLEE mealshake merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah glycemic. Mmempunyai rasa yang enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan serta kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar secara kuat dan sihat.
    2. OmegaGuard
  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak dan keupayaan retina(mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Utk sistem imun badan, membaik pulih sel, sistem pencernaan,mengawal suhu badan.
     3. Chewable Vitamin C
  • Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C. Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan.

Sunday, June 3, 2012

Mealshake untuk anak anda


Sedikit info tentang Mealshake SHAKLEE:

  • Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
  • Kaya dengan sumber kalsium dan protein
  • Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
  • Pilihan protein soya terbaik anda
Mengapa anda perlu memberi Mealshake kepada anak anda:

  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.

Friday, June 1, 2012

Batuk

Saya nk buat entry pasal batuk sebab sekarang saya tengah diserang batuk..2 minggu lepas dh batuk2, dah ok..ni batuk sekali lagi...so saya pun cari info pasal batuk nie..

Apa itu batuk?
Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunyi yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. Batuk membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

Punca batuk:
Demam selsema, alergi dan merokok adalah punca umum batuk, tetapi batuk boleh menjadi gejala sebuah kesakitan serius atau kesan sampingan ubat.

sumber : Wikipedia 

Rawatan :


Doktor akan memberi rawatan berdasarkan jenis batuk yang dialami.
Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu untuk menghentikan batuk (supresan batuk) bagi batuk yang kering dan bagi yang berkahak akan diberi ubat untuk merangsang dan mencairkan kahak atau mukus (mucolator - perangsang batuk). 

Lain-lain rawatan:

- Ubat hisap (gula-gula berubat) hanya memberikan kelegaan pada kerongkong.


- Ubat bronkodilator akan digunakan apabila didapati ada penyempitan saluran pernafasan seperti yang berlaku pada pesakit asma dan bronkitis. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan dan akan melegakan batuk.

- Sedut wap bermentol untuk melembapkan dinding saluran pernafasan. Kristal mentol dimasukkan ke dalam air panas dan pesakit diminta menyedut wapnya melalui mulut.

- Antibiotik akan diberikan sekiranya batuk itu didapati berpunca daripada jangkitan bakteria


Tips pengurusan sendiri Batuk:

  • Sebelum mengambil sebarang ubat batuk, pastikan anda tidak alah kepada mana-mana ramuan yang terkandung di dalam ubat tersebut.
  • Kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap yang mengandungi gula. Kalau boleh, pesakit diabetes harus mengelakkan pengambilannya.
  • Ada sesetengah ubat batuk mengandungi pseudoephedrine yang boleh menambah tekanan darah. Justeru, pesakit tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini.
  • Patuhi arahan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut jadual terutamanya antibiotik.
  • Untuk batuk yang produktif (batuk yang mengeluarkan mukus) minumlah lebih banyak air terutamanya air suam, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana air dapat mencairkan mukus dan melegakan sakit tekak. Mandi dengan air panas kerana wap dapat mencairkan mukus.
  • Untuk batuk bukan produktif (batuk kering), banyakkan minum air atau, minum minuman panas seperti teh limau dan madu untuk melegakan tekak.
  •   Elakkan daripada makanan berminyak.
  •   Banyakkan memakan sayur-sayuran.
  • Ambil Vitamin C tambahan (saya makan vit. C SHAKLEE)
  • Jika batuk itu kering dan kahak pekat, amalkan menyedut wap bermentol.

kredit : artikel dari Utusan Online