Wanita dan kesihatan adalah topik yang sering menjadi perbualan di kalangan rakyat Malaysia. Berbanding lelaki, tubuh wanita mengalami perubahan yang besar apabila melalui peringkat remaja, dewasa sehingga menjadi seorang ibu dan akhirnya ke usia emas.
Keperluan pemakanan mereka pada setiap peringkat kehidupan ini juga berbeza. Perubahan fisiologi dan biologi yang dialami sering dikaitkan sebagai faktor yang mendedahkan wanita kepada ancaman kesihatan. Ini boleh dilihat daripada pertambahan jumlah wanita yang mengalami osteoporosis, obesiti, diabetes, penyakit jantung dan kanser.
Kerisauan memikirkan ancaman kesihatan ini akan memberikan kesan kepada emosi dan fizikal wanita.
Apabila emosi mereka terganggu, mereka tidak akan dapat menumpukan
sepenuh perhatian kepada tanggungjawab mereka yang lain seperti keluarga
serta kerja.
Selain waktu tidur yang terganggu, mereka juga mungkin hilang selera
makan. Secara tidak langsung, fizikal mereka juga akan mengalami
perubahan seperti penurunan berat badan yang mendadak.
Golongan wanita berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan di peringkat
berlainan sepanjang umur mereka. Kebanyakannya terlalu bimbang terhadap
serangan penyakit barah khususnya barah payudara dan pangkal rahim.
Seiring dengan kebimbangan itu, ramai yang semakin prihatin terhadap langkah atau mengambil usaha untuk mencegah penyakit itu.
Bagaimanapun, wanita juga harus sedar, selain penyakit barah, masih banyak lagi penyakit lain yang menjadi punca kematian tinggi di kalangan wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun di Malaysia.
Tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, diabetes, hipertensi dan sakit jantung juga adalah antara pembunuh wanita.
Walau apa pun jenis penyakit, prinsip paling penting yang perlu
diketahui semua individu bagi mengelakkan penyakit berisiko itu adalah
melalui kaedah cegah sebelum parah dan kawal apabila kena.
Terdapat penyakit tertentu menyerang wanita disebabkan keturunan dan malangya, ini tidak dapat dielakkan. Tetapi, apa yang boleh wanita usahakan adalah menangguh kehadiran penyakit itu.
Bagi mencegah sebelum parah, langkah pencegahan utama seperti
membabitkan diri dengan aktiviti kesihatan boleh dilakukan. Antara
langkah pencegahan sampingan pula termasuk mengesan penyakit pada peringkat awal, sebelum penyakit itu merebak dengan serius.
Sehubungan itu, sangat penting bagi golongan wanita dan keluarga memahami isu ini untuk memudahkan langkah pencegahan sewajarnya.
Kesihatan merangkumi aspek fizikal atau tubuh badan, mental dan daya pemikiran, emosi dan psikologi serta jiwa dan rohani. Setiap aspek ini patut dititikberatkan sama
rata untuk mencapai keseimbangan dan kesempurnaan kesihatan kita. Malah
ramai di kalangan kita yang tidak mengambil berat atau tidak peduli
langsung mengenai kesihatan diri sendiri.
* Persekitaran:
Perubahan persekitaran boleh memberi kesan kepada tubuh wanita. Pastikan anda sentiasa dikelilingi persekitaran yang positif. Ini boleh membantu cara pemikiran anda sekaligus mendorong anda untuk lebih menitikberatkan aspek kesihatan dan gaya hidup yang baik.
* Pemakanan:
Wanita harus tahu bagaimana untuk mengawal cara dan corak
pemakanan diambil setiap hari, jika tidak ia akan memberi kesan pada
kesihatan pada masa akan datang. Pemakanan yang seimbang dan teratur
penting bagi seorang wanita memastikan kesihatan yang optimum dan seterusnya dapat menjalankan kewajipanya sebagai isteri, ibu, pekerja dan ahli masyarakat.
* Mengawal stres:
Komitmen kepada kerja dan tanggungjawab terhadap keluarga boleh menyumbang kepada stres di kalangan wanita. Umum mengetahui, stres menyumbang kepada pelbagai penyakit di kalangan wanita mahupun lelaki. Untuk mengawal stres, wanita harus tahu bagaimana untuk membahagikan masa antara kerja, keluarga dan diri mereka sendiri.
Salah satu cara yang paling baik
adalah untuk menjauhkan diri daripada tekanan harian. Luangkan masa
untuk bercuti dan beriadah. Ini amat baik untuk mengembalikan semula tenaga mereka.
salam untuk rakan2 budiman,
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)
Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.
Selamat menjamu mata....
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)
Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.
Selamat menjamu mata....
No comments:
Post a Comment