salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Thursday, March 31, 2011

Jadual Pengambilan Vitamin

Salam,

Ada rakan saya yang baru nak cuba makan supplement. So, saya try cari info dr gang GBS saya, akhirnya saya terjumpa info nie..terima kasih tuan tanah http://maipilihdotcom.blogspot.com . Mari kita tengok, apa yang u all dh ade,dan jadual pengambilan yang bersesuaian.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil sebelum tidur bersama segelas susu

APA YANG TAK DIGALAKKAN

Elakkan pengambila alfafa bersama vitamin E kerana akan mengganggu penyerapan vitamin E

Berikut adalah jadual pemakanan Vitamin Shaklee yang asas.

Selepas breakfast : B Complex, Vita C, Vitalea

Morning tea break: Minum segelas ESP (Kalau tiada ESP..boleh gantikan dengan Cinch Shake/ MealShake)

Selepas Lunch : Alfalfa ( 3-6 biji) * yg ni ikut badan masing..sebab ada yang mkn 2 pg,2 ptg,2mlm..ada plak yg 3 pagi..3 ptg...

Afternoon teabreak : Minum segelas ESP

Selepas Dinner : Yang jenis berkapsul~Lecitin/Omega/Vitamin E (Jika Ada)

Sebelum tidur :Ostematrix

Tetapi, ianya bergantung kepada individu juga. Tak semestinya kena sama.Yang paling penting, pastikan pengambilan air adalah mencukupi sekurang-kurangnya 2 liter. Jadi, bolehla amalkan.

Thursday, March 24, 2011

Tiada Alasan Untuk Tidak Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya pernah terbaca tentang satu artikel yang mengatakan tiada alasan untuk seorang ibu untuk tidak menyusukan anaknya sendiri. Persepsi mengenai tiada susu ataupun tidak cukup susu adalah salah sama sekali. Menurut kajian, hanya kurang daripada 5% wanita yang mungkin tidak berupaya menghasilkan susu yang cukup buat bayi mereka, dan selebihnya ramai yang mampu sebenarnya. Tetapi, apabila kita sudah membuat 'mind setting' yang mengatakan kita tidak ada susu ataupun susu tidak cukup, itu yang membuatkan otak menerima isyarat agar production susu berkurangan.

Antara perkara-perkara yang menyebabkan seorang ibu mempunyai persepsi yang salah mengenai kekurangan penghasilan susu ibu ialah:

1.kekurangan ilmu tentang penyusuan
2.payudara kelihatan lembik, dan anda terus membuat anggapan susu tiada.
3.proses lonjakan tumbesaran dan menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap, dan anda membuat anggapan susu tidak cukup.
4.tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
5.kurang pengalaman tentang Milk Ejection Reflex (MER) atau let down.
6.bayi yang sentiasa meragam, tetapi berat badannya adalh normal, dan anda masih menganggap susu tidak cukup. disebabkan itu, bayi anda menangis.

Ingatlah, kita semua sebenarnya mampu menyusukan anak sepenuhnya jika kita mempunyai ilmu dan pengurusan latihan penyusuan yang baik. Sokongan orang di sekeliling kita juga boleh mempengaruhi niat kita untuk menjayakan penyusuan. Yang penting, tanya diri sendiri. Apa nawaitu kita. InsyaAllah, jika kita benar-benar ikhlas dan bersemangat, Allah akan mempermudahkan jalan untuk kita. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, masih dipermudahkan.

Monday, March 21, 2011

9 Fadhilat Mengasihi Anak-anak

Subhanallah!! Sayangnya Allah swt kepada kita..
Dia bukan sahaja kurniakan kita dengan anak-anak..
Bahkan, jika kita sayang pada anak-anak yg diberikan oleh Allah swt ini pun, Dia akan berikan kita pahala..

1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Selamat beramal. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatannya.

Friday, March 11, 2011

ekzema & alergi dari pemakanan harian

Artikle ni di copy dari http://maipilihdotcom.blogspot.com

Asas alergi makanan

Adakah anak anda berisiko mengalami alergi makanan?

Alergi makanan semakin kerap terjadi dan amat merungsingkan. Walaupun alergi makanan tidak dibataqsi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam kehidupan seseorang. Kebanyakan kanak2 akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mencapai umur persekolahan akan tetap ramai yang mengalaminya sehingga dewasa. Golongan yang mempunyai risiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alergi.

Risiko menghidap alergi berdasarkan sejarah keluarga:

Kedua2 ibu bapa tiada alergi – anak hadapi 5-15% risiko alergi
Salah satu ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 20-40% risiko alergi
Kedua2 ibu bapa mempunyai alergi – anak hadapi 40-60% risiko alergi (50-80% jika ibu bapa mempunyai tanda alergi yang sama)

Bagaimanakah alergi makanan terjadi?

Lazimnya, sistem imun akan menyerang bacteria merbahaya, virus dan bendasing di dalam badan sedangkan makanan tidak dianggap merbahaya. Alergi makanan berlaku apabila sistem imun tersalah dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein sebagai merbahaya lalu menyerangnya.

Apakah tanda2 alergi makanan?

Tandanya terdiri daripada gatal2 (gegata), eczema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronchitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang membawa maut.

Mengapa pencegahan alergi penting?

Tiada penawar sebenar pada elergi. Justeru itu adalah wajar untuk mencegah alergi terutamanya di kalangan bayi dan kanak2. Kes alergi semakin meningkat menunjukkan bahawa ia merupakan masalah besar pada peringkat kanak2. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian satu alergi boleh mendedahkan anak2 kepada alergi yang lain. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup anak anda serta seisi keluarga.

Langkah melindungi anak daripada mengalami alergi.

Cara yang paling baik ialah dengan menyusui bayi anda secara ekslusif selama sekurang2nya 6 bulan. Susuibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan sumber penting antibody yang dikenali sebgai immunoglobulin a (IgA)
Antara langkah lain yang berkesan dalam mencegah mahupun mengurangkan risiko alergi makanan ialah :
*tentukan risiko alergi bayi anda melalui catatan sejarah alergi keluarga anda.
*sekiranya anda tidak dapat menyusui anak anda kerana masalah perubatan, berundinglah dengan doctor anda tentang pilihan lain seperti rumusan hipoalergenik.
*susu kacang soya dan rumusan susu kambing tidak mengurangkan risiko alergi dengan berkesan.
*makanan pejal diperkenalkan kepada bayi anda hanya selepas dia berumur 6 bulan. Berikan satu jenis makanan baru setiap minggu tetapi elakkan makanan yang sangat alergenik dalam tahun pertama.
*kurangkan habuk di dalam rumah.
*jangan pelihara haiwan di rumah atau di pusat penjagaan kanak2.
*jangan merokok semasa mengandung ataupun berhampiran dengan anak anda.

Fakta dan hasil penyelidikan mengenai alergi.

Usus adalah organ imun yang terbesar dalam tubuh.
Mari kita meneliti usus kita. Selain berfungsi sebagai organ penghadaman, usus kita mengandungi hampir 80% daripada semua sel penghasil antibody dalam tubuh,menjadikan usus kita organ imun yang terbesar. Usus kita juga diduduki oleh trillion bacteria yang merangkumi bacteria bermanfaat dan juga bacteria merbahaya. Kedua2nya membentuk mikroflora usus, yang selain daripada menjaga kesihatan am, ia juga memainkan peranan penting dalam pencegahan alergi.

Bifidobakteria, sejenis bacteria bermanfaat.

Pada masa kelahiran, usus bayi adalah steril tetapi selepas beberapa jam sahaja usus bayi tersebut akan diduduki oleh mikroorganisma dari salur kelahiran ibunya serta dari persekitaran. Bayi yang diberi susuibu secara eksklusif mendapat sejenis bacteria bermanfaat iaitu bifidobakteria, menjadi dominan dan akhirnya merangkumi 99% daripada jumlah bacteria pada usus.

Peranan penting Bifidobakteria dalam pencegahan alergi.

Semasa dilahirkan, sistem imun anak masih belum matang dan mudah diserang oleh jangkitan dan alergi. Bifidobakteria merangsang kematangan dan fungsi sistem imun usus anak anda. Didapati kanak2 kecil yang mengalami alergi mempunyai mempunyai kurang bifidobakteria berbanding dengan mereka yang tidak menghidap alergi.Tambahan lagi, bifidobakteria juga member perlindungan terhadap jangkitan usus yang disebabkan oleh bacteria merbahaya. Satu contoh jangkitan tersebut ialah gastroenteritis yang membawa kepada penyakit cirit- birit.Cirit –birit masih merupakan penyebab utama kematian bayi di kebanyakan negara yang kurang maju.

Antara beberapa faktor yang telah dikenal pasti didalam menjejaskan populasi Bifidobakteria:

1.Cara kelahiran:
Flora yang terdapat pada usus, kulit dan vagina ibu merupakan sumber bacteria yang akan menduduki usus bayi yang baru lahir. Justeru, cara kelahiran mempengaruhi mikroflora bayi. Didapati bahawa bayi yang dilahirkan melalui pembedahan caesarean, dimana tiada penyentuhan dengan flora yang terdapat pada vagina dan najis ibu, akan mengalami penangguhan dalam pembentukan mikroflora usus normal. Mikroflora ini tetap terganggu sehingga 6 bulan selepas kelahiran. Bayi yang dilahirkan melalui kaedah caesarean juga mempunyai kurang bifidobakteria, terutamanya jika mereka tidak diberi susu ibu ataupun menerima susu ibu untuk jangkamasa yang amat singkat.

2.Memperkenalkan makan pejal:
Bilamana makanan pejal diperkenalkan, terdapat perubahan dalam mikroflora usus dan bilangan bifidobakteria didapati menurun. Semasa memperkenalkan makanan pejal kepada bayi,dimana peringkat ini merupakan peringkat yang berisiko tinggi kerana makanan baru yang diperkenalkan bayi secara lazimnya akan membawa kepada risiko alergi pada makanan.

Bagi mengatasi masalah populasi Bifidobakteria, ianya dapat dipulihkan dengan zat-zat bifidogenik atau probiotik diamana susuibu mempuyai bifidogenik istimewa yang menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria. Sebagai contoh, susu ibu mengandungi laktosa tinggi, fosforus rendah dan kualiti protein yang baik. Dan bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah perubatan dan seterusnya tidak dapat menyusukan bayi mereka, rumusan bayi yang telah ditambah zat-zat bifidogenik ini boleh diberikan kepada bayi mereka.

Probiotik adalah kultur hidup bacteria bermanfaat yang digunakan sebagai ramuan makanan.Bilamana ianya diambil, bakteria yang bermanfaat ini dapat menjaga kesihatan kepada hos, yang merangkumi:
• Perlindungan terhadap penyakit-penyakit alergi.
• Perlindungan terhadap jangkitan usus yang mungkin membawa cirit-birit.
• Membantu dalam penyerapan mineral.
• Membantu dalam penghasilan vitamin B dan K.

Sebagai contoh yang baik bakteria probiotik ialah bifidobakteria, yang ditambah kedalam makanan kanak-kanak seperti susu, yogurt dan minuman yogurt. Kajian secara klinikal juga menunjukkan bahawa bifidobakteria telah mambantu memperbaiki kesihatan usus serta mengatasi masalah didalam pembuangan air besar bayi dan kanak-kanak kecil.

Apakah Asid Dokosaheksaeniok (DHA) dan peranannya dalam pencegahan alergi?

Asid Dokosaheksaeniok atau singkatannya (DHA) adalah asid lemak politaktepu yang berangkaian panjang, dimana DHA juga bukan sahaja diperlukan untu perkembangan otak dan penglihatan yang optimum bahkan ianya juga membantu dalam respons imun anak dengan cirri-ciri anti-radangnya yang kuat. Didalam dua kajian klinikal juga menunjukkan bahawa pemberian minyak ikan yang kaya dengan DHA kepada bayi pada tahun pertama,dapat mengurangkan risiko rhinitis alergik serta asma sehingga umur 4 tahun. (mujur ada Shaklee Omega Guard)


TRIVIA:

Seratus tahun telah pun berlalu sejak perkataan “alergi” dicipta pada tahun 1906 tetapi kita masih belum menemui penawar untuknya. Justeru pencegahan adalah merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi alergi. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk member anak-anak mereka kehidupan yang bebas daripada alergi.

sumber : artikel "alergy pemakanan" terbitan Malaysian Society of Allergy & Immunology

Thursday, March 10, 2011

Status HALAL SHAKLEE

Salam,

Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan utk menulis hari nie..Seminggu xboleh nk buat apa2,banyak betul dugaan..Di samping itu, saya tetap cuba mencari masa untuk menulis, membaca, menambah ilmu..di samping urusan2 harian yang agak kelam kabut sekarang ni..Ya Allah, kuatkanlah semangatku ini, Ya Allah..

Dan 2, 3 hari ni..ada rakan-rakan saya yang bertanyakan status halal SHAKLEE, memandangkan dalam vitamin seperti Vitamin E, Lecithin ada terkandung 'bovine gelatin'. So, masing2 menjadi takut.. Ok, so saya cuba dapatkan info tentang perkara ini..Saya xpernah masukkan dalam blog saya ni. Harap maaflah atas kelalaian saya ini, mungkin membuatkan anda ada rasa macam nie..Tapi, sebelum consume, memang patutanda study dulu perkara2 ni semua..Saya dulu pun macam tu, banyakkan baca, cuma tak tulis plak dlm blog. Sekali lagi, ampunnn..

Jom, kita tgk...

Memandangkan ada segelintir pengguna yang agak ragu-ragu dengan isu halal atau tidak gelatin yang digunakan dalam produk Shaklee, saya terpanggil nak kongsikan status HALAL Shaklee agar kita semua boleh terus amalkan Vitamin Shaklee tanpa was-was lagi selepas ini. InsyaAllah!!

By Genkimomma

Semasa berada di negara yang majoriti nya ialah non-muslim (Jepun), saya sudah terbiasa untuk membelek segala ingredients setiap satu2 makanan, mahupun barangan (some products were made from pig skin). Walaupun dah pernah membeli makanan itu beratus kali, saya masih tetap akan perhatikan bahan2 nya, sebelum masukkan dalam trolley. Tapi, sebab dah terbiasa kan, tidaklah mengambil masa yang lama untuk belek ingredients tue. Mata dah seperti ala2 scan machine. Hehehe. Perkataan yang paling mata saya alert selain b4b1 ialah "gelatine".

Bila menggunakan supplements Shaklee, perkara pertama yang saya periksa pastilah status ke'halal'an nya. Bila dah ada, barulah rasa yakin untuk consume. Namun, sekali lagi hati saya terdetik, apabila terlihat yang kapsul CarotoMax (Vit-A), Vitamin E, Lecithin & Omega Guard di buat daripada Bovine Gelatine. Hampir luruh juga jantung apabila ternampak perkataan "Bovine" di situ, kerana selama ini saya sangkakan ianya kapsul tumbuh-tumbuhan.

Lantas, saya terus hubungi my upline untuk kepastian. Alhamdulillah, dia yakinkan saya yang gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapanya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee di hasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur!

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke'HALAL'an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee...


Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM...


Lega tak? Hehehe. Yang pasti, saya sangat lega. Mudah lah untuk saya yakin kan pengguna Shaklee selepas ini. Kalau tidak, masakan Shaklee ada menganjurkan Pakej Umrah bersama Shaklee. Syukran! Syukran!

BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi, produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.

Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA).

So, alhamdulillah, semuanya sudah jelas..Jadi, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.

Tuesday, March 1, 2011

Bengkak Susu??

Salam,

Lama sudah tidak mengupdate blog, sori la..bukannye busy apa pun, tapi diri sendiri yang xsihat. nak bangun pun x larat, rs cm nk collapse je..
So, hari ni saya rs dh ok sket..so, nk share sket tentang artikel nie..di mana gejala ni saya selalu alami dulu2 dan sehari dua nie sebab badan saya yang xbrp nk sihat, so sy reducekn pumping session. so, macam ni lah jadinye..

Tentang apa? ok, mari kite story tentang breast yang bengkak atau penuh..Apa yang perlu kita buat bile dh jadi mcm nie..

Sumber: http://sweetstory.yuitsumuni.com
Adakah apabila payudara bengkak/penuh.berat menandakan kita banyak susu??

ELAKKAN membiarkan payudara bengkak/berat tanpa dikosongkan…Ini kerana penghasilan susu ibu adalah berdasarkan prinsip 'ON DEMAND', di mana jika ada permintaan adalah penghasilannya. Lagi tinggi permintaan, lagi banyaklah hasilnya..Ingat tu..Bukannye lagi tinggi permintaan, lagi kurang susu yang tinggal..Itu adalah fakta yang salah sama sekali.

Kenapa payudara bengkak/berat/penuh?? Adakah kerana susu tidak ‘dikeluarkan’ sepenuhnya? Dan mengapa perlu kita keluarkan susu??

Ini adalah kerana bagi memastikan adanya rangsangan dan ada berlakunya penyampaian isyarat SUSU DIPERLUKAN…Jadi maknanya bila dah ada signal tu, kite kenalah cepat buat sesi perahan atau direct breastfeed pada baby.

Jika kita asyik biarkan breast bengkak dan baru nak memerah, kita mungkin akan mengalami masalah

1. kekurangan susu

2. jangkitan payudara

3. saluran susu tersumbat dan sebagainya


Apabila payudara dibiarkan bengkak satu isyarat akan dihantar ke otak menyatakan susu sudah TIDAk diperlukan…dan isyarat untuk menghentikan penghasilan susu…OH TIDAK..Jangan biarkan keadaan itu berlaku. Mungkin ada sesetengah daripada anda yang berasa malas bangun di tengah malam, hanya mengharapkan baby direct feeding sahaja. Tetapi, jika sekiranya masih berasa bengkak, maka anda haruslah buat pumping session.Perjalan penyusuan ni memang memerlukan pengorbanan daripada ibu untuk bangun ditengah2 malam untuk buat perahan. Jangan malas rakan2 sekalian.

Jika ingin meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun dan lebih, kerapkan merangsang…direct feeding atau memerah…Memang itu perkara WAJIB yang anda perlu lakukan untuk memastikan misi kita berjaya. Ingat! Tidak ada jalan mudah.

Jadi, renung2kanlah..di mana anda meletakkan diri anda untuk memastikan cita-cita untuk memastikan anak anda mendapat susu yang secukupnya daripada anda akan berjaya. Semuanya terletak di tangan kita.

Sekian.