salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Thursday, March 24, 2011

Tiada Alasan Untuk Tidak Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya pernah terbaca tentang satu artikel yang mengatakan tiada alasan untuk seorang ibu untuk tidak menyusukan anaknya sendiri. Persepsi mengenai tiada susu ataupun tidak cukup susu adalah salah sama sekali. Menurut kajian, hanya kurang daripada 5% wanita yang mungkin tidak berupaya menghasilkan susu yang cukup buat bayi mereka, dan selebihnya ramai yang mampu sebenarnya. Tetapi, apabila kita sudah membuat 'mind setting' yang mengatakan kita tidak ada susu ataupun susu tidak cukup, itu yang membuatkan otak menerima isyarat agar production susu berkurangan.

Antara perkara-perkara yang menyebabkan seorang ibu mempunyai persepsi yang salah mengenai kekurangan penghasilan susu ibu ialah:

1.kekurangan ilmu tentang penyusuan
2.payudara kelihatan lembik, dan anda terus membuat anggapan susu tiada.
3.proses lonjakan tumbesaran dan menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap, dan anda membuat anggapan susu tidak cukup.
4.tidak dapat menghasilkan susu yang banyak.
5.kurang pengalaman tentang Milk Ejection Reflex (MER) atau let down.
6.bayi yang sentiasa meragam, tetapi berat badannya adalh normal, dan anda masih menganggap susu tidak cukup. disebabkan itu, bayi anda menangis.

Ingatlah, kita semua sebenarnya mampu menyusukan anak sepenuhnya jika kita mempunyai ilmu dan pengurusan latihan penyusuan yang baik. Sokongan orang di sekeliling kita juga boleh mempengaruhi niat kita untuk menjayakan penyusuan. Yang penting, tanya diri sendiri. Apa nawaitu kita. InsyaAllah, jika kita benar-benar ikhlas dan bersemangat, Allah akan mempermudahkan jalan untuk kita. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, masih dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment