salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Saturday, February 25, 2012

Apa itu molluscum contagiosum?

Molluscum contagiosum adalah salah satu jenis penyakit kulit yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 5 tahun. Dan salah seorangnya, adalah anak saya yang bongsu sekarang ni, tengah menghidap penyakit ni..Kalau tengok sekali lalu nampak macam ketuat, tapi bukan..Boleh tengok contoh gambar di bawah, macam mana rupanya..

 

Penyakit ni naik di sekitar mulut anak saya tu..Kesian la jugak, dah berbulan dah..tak baik2..Rupa-rupanya penyakit nie memang amik masa berbulan-bulan nak hilang.

Menurut apa yang saya baca, benda nie tak sakit..tapi ada sesetengah kes, ianya boleh menjadi gatal.

Macam mana boleh merebak?

1.Ia tersebar melalui sentuhan langsung atau boleh berjangkit melalui perkongsian pakaian.
2. Jika anak suka menggaru, dan ia pecah, ia boleh merebak ke tempat lain.

3. Virus umumnya menyebar melalui kontak kulit ke kulit. Infeksi Molluscum contagiosum menimbulkan banyak ketulan kecil yang boleh hilang tiba-tiba tanpa rawatan, dan boleh juga sampai 6 bulan atau lebih.

Namun perlu diingat, ianya adalah tidak merbahaya.

Rawatan

Sebenarnya, tiada rawatan yang khusus untuk menghilangkan penyakit ini. Tetapi antara rawatan yang boleh membantu mengurangkannya ialah;

1. Cryotherapy - adalah cara membunuh sel yang dijangkiti melalui “pembekuan” iaitu pemberian tekanan udara dengan cairan spray biasanya nitrogen cair atau nitro. Prosedur yang relatif tanpa rasa sakit dan dapat dilakukan oleh ahli farmasi, termasuk doktor atau pembantu. Sel yang terinfeksi dapat segera berkurang atau secara perlahan menghilang beberapa hari kemudian.
(agak pedih, tak sesuai untuk kanak-kanak)
 
2. Menggosok ketulan-ketulan secara hati-hati dengan Betadine selama 5 minit, setiap hari sehingga bintil hilang.

3. Pemberian zat Astringents pada permukaan luka molluscum untuk memusnahkan lapisan kulit; termasuk trichloroacetic acid, podophyllin resin, potassium hydroxide, dan cantharidin.
 
4. Pemberian Benzoyl peroxide.
à    
      5. Rawatan sistemik : Cimetidine, Griseofulvin dan Methisazone.
à    
      6. Pembedahan dengan dicryosurgery.
à    
      7. Terapi Laser.
à    
      8. Penerapan duct tape atas luka sampai bintil mulai mengeras dan sembuh.

4 comments:

  1. assalamualaikum kak,

    saya ria, nak tanya mcm mana keadaan anak bungsu akak skr?? dah sembuh blm?
    krn anak sulung saya, carissa umur 2 tahun 7 bulan pun terkena jangkitan MC dari kawan dia di nursery. kami dah pergi ke dokter pakar kulit dan dia sarankan kami untuk laser MC ni. tp saya tak berani krn anak masih kecil..tu yg nak tanya mcm mana akak ubati anak akak?mungkin boleh share..
    terima kasih,
    wassalam

    ReplyDelete
  2. anak kwn saya penah terkena penyakit ini semasa berumur 5 tahun..buat rawatan laser n ahlamdulillah skrg dh ok..dh tidak meninggalkn parut atau kesan..

    ReplyDelete
  3. Sslam..nk tanya..anak awk dh sembuh kt MC ni??guna cara yg mana ye utk sembuhkan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, anak sy dh sembuh sakit nie. sy just amalkan ubat homopati dan sapu dgn jerslin oil (habbatus sauda punye ramuan). sebelum ni dh try rawatan mode, kesian pd anak walaupun mungkin cara tu lbh cpt hilang. bile gn natural remedi kn istiqamah la gune. insyaAllah.

      Delete