salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Thursday, January 19, 2012

Lokek susukan zuriat
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2012/01/19

Sikap malas, penting diri jejas kempen penyusuan susu ibu

ANDA mengagumi diri sendiri selaku wanita dan ibu yang hebat. Berkerjaya dan mampu menguruskan rumah tangga dengan baik. Tetapi adakah anda ibu yang berjaya?
Barangkali anda tidak menyedari kejayaan sebenar seorang wanita apabila dia berjaya menyempurnakan tempoh pe-nyusuan seorang anak selama dua tahun. Firman Allah SWT dalam surah al- Baqarah ayat 223 menyatakan: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan.”
Justeru, seharusnya tidak wujud senario yang mana wanita mengambil mudah urusan menyusukan anak masing-masing. Meringankan urusan itu dalam tempoh berkenaan bukan saja menafikan hak anak, malah membuka ruang lebih besar kepada ibu dan anak terhadap risiko pelbagai jenis penyakit, khususnya obesiti.

Mengapakah penyusuan susu ibu atau usaha itu dilihat membebankan dan beralih kepada susu formula? Lebih sedih lagi, ada pula pihak yang mencadangkan penubuhan bank susu ibu yang bagaimanapun selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, baru-baru ini memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab serta membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. Keputusan itu membawa kepada persoalan asas - mengapakah timbulnya kesukaran berbakti kepada zuriat sendiri?

No comments:

Post a Comment