salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, August 17, 2012

Mari bervisualisasi

Visualisasi adalah kehebatan yang dimiliki oleh setiap manusia. Setiap daripada kita mampu untuk bervisualisasi. Dalam erti kata yang lain, kita mampu membayangkan sesuatu dalam fikiran kita. Keadaan ini samalah seperti angan-angan. Seperti cerita Mat Jenin dengan angan-angannya yang pernah diutarakan sebelum ini. Memang perkara ini; membina imaginasi dan gambaran mental, adalah keupayaan setiap manusia. Kadang kala kita membayangkan kesenangan seperti kejayaan memiliki sesuatu, dan kadang kala kita membayangkan kesusahan seperti kemalangan yang mungkin menimpa, dan sebagainya. Kenapa kita membayangkan keadaan-keadaan itu adalah berpunca daripada sebab-sebab yang kita sendiri tentukan
Apa yang penting adalah, keyakinan kita bahawa gambaran mental atau visualisasi ini pasti akan berlaku kerana hukum tarikan akan berlaku kesan daripada gelombang visualisasi yang kita pancarkan. Oleh itu, sentiasalah berwaspada dengan visualisasi yang kita lakukan. Pastikan kita sentiasa membayangkan gambaran yang memberi kesenangan kepada kita dan bukannya gambaran kesusahan, kerana ia benar-benar akan berlaku.
Tip 1

Visualisasikan apa yang anda impikan dua kali sehari.

Sebelum tidur, dan selepas bangun dari tidur, adalah masa yang sangat sesuai untuk anda melakukan visualisasi. Sebenarnya tiada had masa yang terbaik yang perlu anda ikuti untuk melakukan visualisasi. Namun, keadaan sebelum tidur, dan selepas bangun dari tidur adalah masa yang menunjukkan anda berada dalam keadaan yang sangat tenang. Ketenangan dan kedamaian fikiran pada ketika ini adalah situasi yang sangat ampuh untuk anda memancarkan gelombang keinginan anda.


Berapa panjang dan lama masa anda bervisualisasi juga bukan menjadi faktor kejayaan keinginan anda berlaku. Sebaliknya, kualiti visualisasi anda itulah yang menjadi penyebab untuk sesuatu impian itu terhasil. Dalam erti kata yang lain, jika anda bervisualisasi tentang kejayaan diri selama 5 minit sebelum dan sesudah bangun dari tidur, dilakukan pada setiap hari, adalah lebih baik dan sempurna jika dibandingkan anda melakukan visualisasi selama 30 minit tetapi hanya dilakukan sebulan sekali.


Apa yang lebih penting adalah, visualisasi yang dilakukan itu haruslah sama dan sepadan pada setiap hari. Jika anda membayangkan akan memiliki sebuah kereta Honda keluaran terkini di pasaran pada hari pertama, maka teruskanlah memvisualkannya pada setiap hari dan tidak mengubahnya kepada jenis-jenis kereta yang lain. Jika anda menukar-nukarkan gambaran mental anda, maka memang sukar untuk kuasa minda separa sedar anda mengetahui perkara yang manakah yang sebenarnya anda impikan. Keadaan kekeliruan ini akan menyebabkan keinginan ini tidak kesampaian, malah hukum LOA juga tidak dapat bekerja dengan jayanya. 

No comments:

Post a Comment