salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Sunday, December 9, 2012

 

Hebatnya Susu Ibu!
by Rita Rahayu Omar, IBCLC <rita@susuibu.com>
Price: RM23, RM26 (Sabah & Sarawak)
Pages: 208
ISBN: 978-983-124-639-91

Sinopsis
Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu berkerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.

Antara kandungan dalam buku:

Susu Ibu: Menyingkap misteri ‘cecair’ emas:
Susu ibu Vs susu formula
Susu ibu bukan punca obesiti
Tip elak bayi tersedak
Tip menyusukan bayi jika melahirkan secara caesarean
Ibu yang menyusukan bayi tak perlu berpantang makan

No comments:

Post a Comment