salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, April 26, 2013

Perbezaan antara susu ibu dan susu lembu



1- ANTIBODI
Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi. Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu terutama antara hari awal kelahiran . Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari .

2. KASEIN
Dalam susu lembu , akan ada kandungan kasein yang tinggi. Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembang perut.

3. KANDUNGAN GULA
Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu lembu. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Dan fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan bayi terdedah dengan risiko tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI
Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang rendah, bayi terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah)
Dan , kenapa susu ibu ada bila time pregnant / mengandung je ?

Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat . Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.

No comments:

Post a Comment