salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Sunday, June 30, 2013

5 tip-tip untuk cepatkan bersalin secara semula jadi!

 
Peringkat terakhir bagi proses kehamilan ialah kelahiran. Proses ini, juga dikenali sebagai bersalin merupakan proses di mana bayi akan keluar dari sarung pelindungan serta uri yang setia menemaninya sepanjang 40 minggu sebelumnya. Bersalin merupakan satu aktiviti yang memerlukan tenaga fizikal dan mental yang mencukupi. Para bakal ibu perlulah mempersiapkan diri secukupnya bagi memastikan kelancaran proses bersalin. Kebanyakan bakal ibu akan berasa gusar ataupun takut dengan proses bersalin, tapi dengan persediaan yang secukupnya, proses bersalin akan menjadi sesuatu yang menakjubkan dan indah bagi bakal ibu dan juga ayah.
Kesakitan semasa bersalin merupakan satu pendorong bagi anda untuk bersalin secepat yang mungkin. Proses bersalin boleh dipercepatkan dengan beberapa langkah mudah seperti di bawah. Perlu diingatkan, sebelum melakukan tips ini anda diminta untuk mendapatkan pengesahan doktor bahawa anda tidak mengalami sebarang komplikasi yang menyebabkan anda tidak dapat bersalin secara alami.
Berikut dipersembahkan 5 tips untuk memudahkan proses bersalin anda!

Ayuh – gerakkan tubuhmu!

Sekiranya anda sudah merasakan pengecutan di bahagian serviks anda, jangan panik! Tarik nafas sedalam yang mungkin dan lepaskan perlahan-lahan. Kemudian apa kata anda bangun dan cuba untuk berjalan-jalan sedikit. Pergerakan anda akan menggalakan serviks untuk menjadi lebih relaks. Anda juga boleh menenangkan perasaan anda sambil memfokuskan minda anda kepada proses bersalin. 
 

Lakukan rangsangan pada puting susu

Cuba lakukan urutan ringkas pada bahagian areola dan juga puting susu. Urutan ini dipercayai dapat merembeskan oksitosin. Oksitosin merupakan hormon yang disintesiskan oleh nukleus paraventrikel yang terletak di dinding ventrikel ketiga pada otak. Hormon ini memainkan peranan penting di dalam proses bersalin di mana ia membantu dalam pengecutan uterus. Oksitosin juga akan bertindak sebagai pemangkin naluri keibuan anda. Tapi ingat – urutan lembut dan ringkas ya!
 

Sentuhan itu penting

Selain urutan di bahagian areola dan puting susu, urutan ringkas di bahagian bawah belakang anda juga membantu. Ia bertindak melalui dua cara iaitu memberikan kelegaan dari ketidakselesaan ketika bersalin dan juga membantu merelakskan bahagian tulang pelvik anda.
Urutan juga boleh dilakukan di bahagian atas buku lali anda. Mengikut teori reflekskologi, titik urutan di sini berkait rapat dengan urat yang terlibat dengan proses bersalin. Urut dengan pergerakan membulat mengikut arah jam. Suami anda ataupun sesiapa yang anda percayai di samping anda boleh membantu. Di samping itu, sentuhan akan memberikan rasa tenang kepada anda yang mungkin berasa cemas dan tidak selesa ketika proses bersalin.
 

Jangan lupa makan!

Walaupun anda berasa kurang selesa, jangan lupa untuk mengambil kudapan atau snek berkhasiat bagi memberikan tenaga segera. Ini penting supaya anda akan cukup bertenaga untuk meneran bayi anda keluar. Antara snek yang dicadangkan ialah buah-buahan ataupun makanan berkarbohidrat seperti roti ataupun biskut kering.
 

Alihkan rasa sakit anda

Cuba fokuskan minda anda ke arah satu pemikiran; fikirkan mengenai bayi yang akan anda dakap sebentar sahaja lagi. Kuasai rasa tidak selesa anda dengan mengalihkan rasa tidak selesa itu ke arah sesuatu yang lebih positif. Yakin bahawa anda memang telah bersedia untuk proses bersalin ini dan naluri anda akan memandu anda dalam proses ini. Teknik ini merupakan sebahagian dari proses visualization dan ia biasa digunakan dalam teknik hypnobirth. Dalam teknik ini, bakal ibu akan dilatih untuk menggunakan tenaga minda dan dikombinasikan dengan teknik pernafasan yang betul bagi menghadapi proses bersalin.