KUALA
LUMPUR, 21 Jun 2013 - Penyusuan dengan susu ibu dan melahirkan lebih
ramai anak boleh mengurangkan risiko barah payudara yang dialami wanita,
kata seorang pakar Patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.
Prof Dr
Aishah Md Ali dalam syarahan perdananya mengenai ‘wanita, tumor dan
kanser dari perspektif pathologi’ berkata risiko wanita mengidap barah
payudaya dapat dikurangkan sehingga separuh di negara-negara maju
kiranya mereka mengamalkan kedua perkara itu.
Prof
Aishah aktif dalam penerbitan dan telah menerbitkan sebuah buku
mengenainya dan telah juga membentangkan lebih dari 130 kertas kerja di
pelbagai persidangan di seluruh dunia.
Beliau
berkata Malaysia sebagai sebuah negara membangun yang sedang menuju ke
status negara maju harus mempraktikkan amalan itu yang telah pun
disarankan agama Islam yang kemudiannya disahkan oleh penyelidik barat.
Di
Malaysia barah menjadi punca ketiga terbesar menyebabkan kematian di
hospital di mana kes barah payudara adalah punca kematian utama diikuti
oleh barah serviks, usus besar, ovari, leukemia dan barah paru-paru.
Sebagai
sebuah negara berbilang kaum dengan setiap bangsa mengamalkan cara hidup
berbeda, risiko terhadap barah juga berbeda mengikut kaum dan perlu
dikaji secara berasingan untuk dapat menyediakan rawatan yang terbaik.
Etnik | Risiko Mendapat Barah Payudara |
Cina | 1:16 |
India | 1:17 |
Melayu | 1:28 |
Kaum Cina
juga berdepan dengan risiko barah serviks yang lebih tinggi dari segi
jangka hayat. Risiko pengurangan jangka hayat adalah seorang bagi setiap
40 orang Cina yang menghidap barah serviks. Manakala bagi kaum India
risikonya adalah pada kadar seorang dalam setiap 50 orang dan seorang
dalam 111 orang Melayu.
Etnik | Risiko Jangka Hayat Barah Serviks |
Cina | 1:40 |
India | 1:50 |
Melayu | 1:111 |
Lebih
daripada 80 peratus kes barah serviks yang teruk terdapat di negara
membangun. Kes yang teruk telah dapat dikurangkan oleh program saringan
yang mampu mengenal pasti penyakit itu pada peringkat awal, kata Prof
Aishah.
Sumber:
No comments:
Post a Comment