Hari ni saya nak memperkatakan tentang ramai di antara kita, kaum wanita dan ibu-ibu terutamanya yang baru pertama kali menjadi ibu, yang masih kurang pengetahuan dalam ilmu penyusuan susu ibu ini. Perkara seperti ini turut pernah saya alami sewaktu melahirkan anak yang pertama. Persiapan lebih di buat dari segi material, memastikan kelengkapan anak adalah lengkap, terutamanya anak sulung saya adalah sepasang anak kembar. Jadi, tumpuan saya hanya lebih dari segi itu. Tidak pernah langsung di fikiran saya untuk mencari atau menggali ilmu-ilmu penyusuan, parenting dan lain-lain yang sepatutnya saya ambil tahu.
Itulah kesilapan yang pernah saya buat yang paling saya kesali hingga sekarang. Disebabkan ceteknya ilmu saya ketika itu, maka anak-anak saya tak dapat menikmati susu ibu sepenuhnya..Hanya pada selepas waktu kerja, baru saya susukan anak saya. Pada waktu kerja, awal-awal lagi anak saya telah diperkenalkan dengan formula. Pada waktu itu, awal-awal lagi saya dah survey susu formula apa yang harus saya bagi pada anak saya, sedangkan saya memang tidak mengalami masalah langsung dari segi production susu badan saya sendiri. Malah, kadang-kadang jika susu saya terlampau banyak ketika waktu kerja, saya akan perah dan buangkan begitu saja perahan saya tadi. Padahal pada waktu itu, dalam tak sedar, saya dah mahir Teknik Marmet..walaupun saya sendiri memang tak tau...
Jangan jadi seperti saya ye..Betapa bodohnya saya waktu tu..EBM dibuang macam tu je..Kalau diberi peluang balik ke zaman silam, waktu itulah yang paling saya nak pergi sekali..Saya nak betulkan balik kesilapan yang saya pernah buat dulu, dan saya berazam takkan melakukan lagi kesilapan yang sama. Tambahan pula, pada waktu itu, tak de sesiapa pun di kalangan rakan sekerja yang menegur, memberi panduan atas kesalahan yang saya lakukan...At least kalau ada orang tegur waktu tu, kenape saya buang susu, mesti saya akan fikirkan balik..
Kenapa awal-awal lagi anak saya diperkenalkan dengan formula?
Saya melahirkan anak kembar saya pada usia 33 minggu, makanya kedua-duanya dimasukkan ke dalam NICU di sebuah hospital kerajaan, dengan berat hanya 1.7kg (boy) dan 1.78kg (girl)..Jadi, waktu dalam NICU, anak saya telah diberi formula oleh pihak hospital, tanpa diberitahu dulu kepada saya. Kesilapan saya pada waktu itu, sebab saya tidak pesan awal-awal pada pihak hospital saya nak susukan anak saya. Walaupun susu badan saya masih tidak keluar pada hari pertama, saya tetap berazam nak susukan anak saya. Cumanya saya hanya akur sahaja bila pihak hospital bagi susu formula pada anak saya, dengan anggapan bahawa semua bayi yang berada di NICU, memang memerlukan formula khas bagi memperkuatkan sistem badan.
Jadi, hari kedua saya dibenarkan discharge, tanpa anak-anak..Saya pun amik kesempatan cari tukang urut untuk mengurut badan, dan mengurut susu..Alhamdulillah, 2 hari lepas tu, susu badan saya mula banyak..Waktu tu, saya memang tak tahu lagi yang sebenarnya kita boleh buat perahan dengan tangan, apatah lagi penggunaan pam susu. So, pagi2 tu bila susu saya dah ada, saya terus pergi ke hospital untuk susukan anak saya. Alhamdulillah, saya dibenarkan mengangkat anak saya keluar dari inkubator, dan saya dapat menyusukan mereka secara bergilir-gilir.
Namun begitu, kesilapan saya sekali lagi, saya tetap selang seli kan pemberian susu ibu dengan formula. Siap pergi tanya nurse lagi susu jenis apa yang pihak hospital bagi pada anak saya, dengan anggapan kami harus memberikan susu yang sama untuk ketahanan tubuh mereka..Ya Allah....menyesal sungguh sekarang nie..Walaupun begitu, saya tetap menyusukan mereka selagi boleh, sepenuh masa ketika bersama saya..memang dengan susu badan..cuma pada pengasuh, saya bagi susu formula..atas alasan, saya dengan yakin menyatakan susu saya tidak cukup, disebabkan saya melahirkan anak kembar.. Plak tu, orang lain pun menyokong statement saya tu..Padahal, saya tak pernah cuba pun lagi untuk memberikan susu ibu secara eksklusif..
Itulah saya.......
Moral of the story
1. Banyakkan membaca...tengok blog2 orang lain yang berjuang dengan susu ibu..(dulu saya bila on internet,asyik download lagu jerkkk..teruk betul).
2. Bergaul atau kenal dengan orang2 yang boleh guide kta dalam susu ibu ni..
3. Selalu positif dan yakin, kita mampu buat.
4. Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.
5. Perlu tahu bahawa susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.
6. Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.
7. Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini.
Kalau tak buat macam tu, nie yang selalu bermain dalam fikiran kita.....
- Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
- Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
- Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.
- Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
- Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
- Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
- Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
- Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.
No comments:
Post a Comment