Umumnya, ramai yang masih tidak tahu dan tidak menyedari akan kewujudan MBFPC dan peranannya dalam masyarakat. Perkara ini jelas, jika anda selaku salah seorang PC (Peer Councelor) atau PIM (Pembimbing Ibu Menyusu), cukuplah anda sekadar bercerita dengan rakan-rakan sekerja anda tentang MBFPC ini. Ramai yang masih tak tahu pun akan wujudnya badan-badan seperti MBFPC ini yang memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan susu ibu ini.
Jadi, hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang MBFPC ini, kerana saya juga adalah merupakan salah seorang PC.
Program MBfPC ini telah bermula pada awal Januari tahun 2010 dengan melatih 19 individu sebagai 'MBfPC Program Administrators' yang seterusnya berfungsi untuk melahirkan seramai yang boleh para PIM/PC yang terlatih menerusi siri program latihan MBfPC yang dijalankan mengikut kawasan (Utara, Selatan, Pantai Timur, Pantai Barat) di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah. Seramai 158 orang telah dilatih sebagai PIM/PC pada tahun 2010. Pada tahun 2011, seramai 54 orang PIM/PC telah dilatih di kawasan Pantai Barat, Pantai Timur dan Utara.
Ahli-ahli di kalangan PC ni, bukan sahaja terdiri daripada golongan wanita, tetapi ada juga kaum lelaki yang berminat dan turut serta untuk menjadi salah seorang PC ni..Sebenarnya, peranan kaum lelaki juga sangat membantu dalam memberi sokongan kepada kaum wanita untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni. Ini kerana ramai di antara kita, tidak kira lelaki atau perempuan mengambil remeh dalam soal-soal yang melibatkan penyusuan susu ibu ini. Bila timbul masalah, ramai yang mengalah tanpa sedar ada golongan yang boleh memberi sokongan dan panduan kepada mereka untuk memastikan penyusuan susu ibu tidak terhenti di tengah jalan.
Jadi, kepada mana-mana di antara ibu-ibu di luar sana atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah dan yang anda rasa memerlukan sokongan, panduan dan nasihat dalam penyusuan susu ibu, bolehlah menghubungi MBFPC. Ini kerana MBFPC telah melahirkan ramai PC atau PIM di setiap kawasan di seluruh Malaysia untuk membantu golongan-golongan seperti anda. Jangan malu-malu untuk bercerita masalah yang anda hadapi, supaya kita sama-sama dapat berkongsi dan mencari penyelesaian untuk masalah anda itu.
Anda juga boleh menghubungi saya untuk consultation secara percuma, 019-3160078.
No comments:
Post a Comment