Selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu!
1) SUP AYAM
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang
tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan
bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.
2) MAKANAN PEDAS
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
3) BAWANG PUTIH
Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk.
Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahlah
seulas dua bawang putih mentah.
4) AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
5) BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai
kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya kamu merokok kamu memerlukan
lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.
6) SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus kamu juga disarankan untuk menambah
pengambilan kentang ,lada hitam, strawberi dan nanas dalam menu makanan
harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk.
7) HALIA
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk selsema dan batuk.
salam untuk rakan2 budiman,
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)
Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.
Selamat menjamu mata....
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)
Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.
Selamat menjamu mata....
Wednesday, May 30, 2012
Monday, May 28, 2012
Antibiotik oh Antibiotik
Pasti
kebanyakan daripada kita pernah ke hospital/ klinik kan? Apabila pulang
daripada hospital atau klinik pasti dibekalkan dengan pelbagai jenis
ubat, termasuklah antibiotik. Dan Dr. pasti akan berpesan untuk
menghabiskan antibiotik tersebut mengikut waktu2 yang ditetapkan. Dulu
lady pernah dijangkiti bakteria disebabkan tidak menjaga kebersihan
sewaktu bertugas. Sebenarnya bukan disebabkan tidak menjaga kebersihan,
tetapi disebabkan kecuaian yang sedikit, dan kesannya banyak. :P
hihihihi
Kali ini lady nak bercerita
tentang antibiotik. Adakah antibiotik ni adalah sejenis ubat? Kenapa
antibiotik perlu dihabiskan? Kenapa antibiotik perlu diambil mengikut
bilangan jam yang telah ditetapkan? Penyakit yang bagaimanakah
memerlukan antibiotik? Apakah kesan jika antibiotik diambil dengan
berlebihan? Adakah antibiotik sesuai diberikan untuk semua lapisan umur?
Antibiotik adalah sejenis ubat
yang mempunyai kesan toksid yang khusus ( selective toxicity) di mana ia
akan membunuh bakteria yang menjangkiti tubuh tanpa memberi kesan buruk
kepada tubuh itu sendiri. Akan tetapi, dos perlu berada dalam
lingkungan yang selamat dan mampu untuk membunuh bakteria, ini
dipanggil theraputic effect. Kurang dos menyebabkan antibiotik tidak berkesan manakala berlebihan membahayakan tubuh kita.
Antibiotik digunakan untuk
mengubati penyakit yang berkaitan dengan bakteria sahaja. Ia tidak dapat
merawat penyakit yang melibatkan jangkitan virus. Sehingga kini
berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia.
Antibiotik terbahagi kepada dua jenis bergantung kepada cara ia
bertindak samada membunuh bakteria (bactericidal) ataupun merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic).
Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak
di dalam badan. Sebahagiannya bertindak dengan menghentikan proses
sintesis protein bakteria, ada yang menghalang pembentukan dinding sel,
dan ada yang menghalang proses metabolisma dalam sel bakteria tersebut.
Kebiasaannya, antibiotik boleh
diberikan kepada semua golongan, termasuk kanak-kanak. Apa yang berbeza
ialah seleksi (pemilihan) jenis antibiotik untuk mereka. Bayi,
kanak-kanak dan perempuan mengandung adalah kumpulan-kumpulan pesakit
yang khas, yang memerlukan pemilihan antibiotik yang sedikit berbeza
daripada golongan remaja dan dewasa. Ada sesetengah antibiotik mempunyai
kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Justeru, ia perlu dielakkan.
Antibiotik
perlu dihabiskan mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk memastikan
bakteria yang dijangkiti dapat dihapuskan sepenuhnya. Andai tidak
dihabiskan dibimbangi bakteria tersebut akan rintang terhadap
antibiotik yang diberi dan tidak akan berkesan jika jangkitan berulang
berlaku. Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya,
maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi.
Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan
tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
Apa yang berlaku, antibiotik
yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya.
Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang
lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan.
Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila
bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi
semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan...
ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap
manusia.
Kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk menghabiskan antibiotik masih lagi kurang. Ini boleh menyebabkan fenomena resistance berlaku dalam masyarakat dan mengakibatkan antibiotik biasa tidak lagi berkesan dalam merawat jangkitan bakteria. Oleh itu, kesedaran dan maklumat ini perlu disebarluaskan untuk mendidik masyarakat menjadi lebih tahu seterusnya mengelakkan fenomena resistance ini daripada berlaku.
Satu perkara yang mesti kita
ingat, setiap ubat ada kesan sampingan. Justeru, jangan ambil mudah
dengan ubat. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kesan pengambilan
antibiotik ialah alahan. Adalah penting untuk memastkan pesakit tidak
allergy pada antibiotik sebelum antibiotik diberi kepada pesakit, bagi
mengelakkan alahan berlaku. Kesilapan dalam pengambilan antibiotik boleh
menyebabkan kematian. Selain kesan toksid akibat daripada pengambilan
berlebihan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk makan antibiotik dalam
dos yang ditetapkan.
Sumber:http://sweet-ladybird.blogspot.com
Friday, May 25, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)