salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Monday, May 28, 2012

Antibiotik oh Antibiotik

Pasti kebanyakan daripada kita pernah ke hospital/ klinik kan? Apabila pulang daripada hospital atau klinik pasti dibekalkan dengan pelbagai jenis ubat, termasuklah antibiotik. Dan Dr. pasti akan berpesan untuk menghabiskan antibiotik tersebut mengikut waktu2 yang ditetapkan. Dulu lady pernah dijangkiti bakteria disebabkan tidak menjaga kebersihan sewaktu bertugas. Sebenarnya bukan disebabkan tidak menjaga kebersihan, tetapi disebabkan kecuaian yang sedikit, dan kesannya banyak. :P hihihihi

Kali ini lady nak bercerita tentang antibiotik. Adakah antibiotik ni adalah sejenis ubat? Kenapa antibiotik perlu dihabiskan? Kenapa antibiotik perlu diambil mengikut bilangan jam yang telah ditetapkan? Penyakit yang bagaimanakah memerlukan antibiotik? Apakah kesan jika antibiotik diambil dengan berlebihan? Adakah antibiotik sesuai diberikan untuk semua lapisan umur?

Antibiotik adalah sejenis ubat yang mempunyai kesan toksid yang khusus ( selective toxicity) di mana ia akan membunuh bakteria yang menjangkiti tubuh tanpa memberi kesan buruk kepada tubuh itu sendiri. Akan tetapi, dos perlu berada dalam lingkungan yang selamat dan mampu untuk membunuh bakteria,  ini dipanggil theraputic effect. Kurang dos menyebabkan antibiotik tidak berkesan manakala berlebihan membahayakan tubuh kita. 

Antibiotik digunakan untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan bakteria sahaja. Ia tidak dapat merawat penyakit yang melibatkan jangkitan virus. Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik terbahagi kepada dua jenis bergantung kepada cara ia bertindak samada membunuh bakteria (bactericidal) ataupun merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan. Sebahagiannya bertindak dengan menghentikan proses sintesis protein bakteria, ada yang menghalang pembentukan dinding sel, dan ada yang menghalang proses metabolisma dalam sel bakteria tersebut.

Kebiasaannya, antibiotik boleh diberikan kepada semua golongan, termasuk kanak-kanak. Apa yang berbeza ialah seleksi (pemilihan) jenis antibiotik untuk mereka. Bayi, kanak-kanak dan perempuan mengandung adalah kumpulan-kumpulan pesakit yang khas, yang memerlukan pemilihan antibiotik yang sedikit berbeza daripada golongan remaja dan dewasa. Ada sesetengah antibiotik mempunyai kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Justeru, ia perlu dielakkan.

Antibiotik perlu dihabiskan mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk memastikan bakteria yang dijangkiti dapat dihapuskan sepenuhnya. Andai tidak dihabiskan  dibimbangi bakteria tersebut akan rintang terhadap antibiotik yang diberi dan tidak akan berkesan jika jangkitan berulang berlaku.  Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk menghabiskan antibiotik masih lagi kurang. Ini boleh menyebabkan fenomena resistance berlaku dalam masyarakat dan mengakibatkan antibiotik biasa tidak lagi berkesan dalam merawat jangkitan bakteria. Oleh itu, kesedaran dan maklumat ini perlu disebarluaskan untuk mendidik masyarakat menjadi lebih tahu seterusnya mengelakkan fenomena resistance ini daripada berlaku.

Satu perkara yang mesti kita ingat, setiap ubat ada kesan sampingan. Justeru, jangan ambil mudah dengan ubat. Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kesan pengambilan antibiotik ialah alahan. Adalah penting untuk memastkan pesakit tidak allergy pada antibiotik sebelum antibiotik diberi kepada pesakit, bagi mengelakkan alahan berlaku. Kesilapan dalam pengambilan antibiotik boleh menyebabkan kematian. Selain kesan toksid akibat daripada pengambilan berlebihan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk makan antibiotik dalam dos yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, badan mempunyai sistem keimunan yang secara semulajadi berperanan untuk melawan jangkitan penyakit. Merangsang keimunan badan sendiri jauh lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan. Pengambilan ubat-ubatan secara berterusan boleh menyebabkan keimunan badan menjadi lemah dan badan perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat. Untuk merangsang sistem keimunan badan sendiri supaya mampu bertindak balas dengan baik terhadap penyakit, amalan hidup yang sihat diperlukan.  Amalkan pemakanan seimbang dan sentiasa melakukan aktiviti fizikal perlu diamalkan.

Sumber:http://sweet-ladybird.blogspot.com

No comments:

Post a Comment