Selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema kamu!
1) SUP AYAM
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang
tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan
bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.
2) MAKANAN PEDAS
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.
3) BAWANG PUTIH
Diakui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk.
Tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran kamu atau kunyahlah
seulas dua bawang putih mentah.
4) AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.
5) BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai
kandungan vitamin C yang tinggi. Sekiranya kamu merokok kamu memerlukan
lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.
6) SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus kamu juga disarankan untuk menambah
pengambilan kentang ,lada hitam, strawberi dan nanas dalam menu makanan
harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk.
7) HALIA
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk selsema dan batuk.
salam untuk rakan2 budiman,
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)
Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.
Selamat menjamu mata....

No comments:
Post a Comment