salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Thursday, March 15, 2012

GAJET PENYUSUAN; ADAKAH KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?


Ramai ibu baru di luar sana sekarang ini, yang berebut-rebut membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi pertama dengan menyediakan pelbagai barang kelengkapan bayi. Ini termasuklah dengan gajet-gajet penyusuan. Tetapi, adakah kita terfikir adakah gajet penyusuan itu perlu? Atau adakah kita terikut-ikut dengan orang lain yang berlumba untuk membeli gajet penyusuan? Sekali lagi, pokok pangkalnya adalah si ibu itu sendiri. Adakah ianya memang keperluan, atau kehendak ibu?

Sewaktu saya mengandungkan anak sulung saya (Mikail + Mirza), saya tak terfikir langsung akan gajet-gajet penyusuan ini. Mungkin pada waktu itu, senario gajet penyusuan masih baru, dan menjadi perbualan seperti ibu-ibu sekarang, atau saya sendiri yang memang cetek ilmu penyusuan sewaktu itu. Jadi, dalam budget bulanan saya, tidak ada langsung termasuk dalam list untuk membeli gajet-gajet penyusuan. Yang saya fikirkan lebih kepada persiapan baju-baju,tilam bantal,pampers dan lain-lain barangan asas. Maklumlah,anak yang pertama kembar. Jadi, saya lebihkan persiapan dari segi itu.

Tetapi, zaman dah berubah. Dengan kemajuan internet, pelbagai info yang kita boleh dapat, pelbagai cerita dari pelbagai pihak tentang gajet penyusuan ini. Sedikit sebanyak, saya sendiri terpengaruh bila mengandungkan anak yang ketiga (kandungan ke-2). Mulalah pasang angan-angan untuk mendapatkan segala bentuk gajet penyusuan untuk kegunaan bayi ini nanti. Tetapi, dek kekangan budget, maka sedikit sebanyak apa yang tak perlu terpaksa di reject oleh cik suami..(huhu..). Tapi, betulla jugak, saya dah anak yang ketiga, buat pe la nak beli segala set yang mahal-mahal tu...

Alhamdulillah, bila dah berjaya menyusukan anak yang ketiga nie, sekarang sudahpun berusia 1 tahun 10 bulan, makin dibukakan hati untuk berfikir balik, adakah perlu gajet penyusuan? Adakah kalau gajet penyusuan itu tiada, apakah journey penyusuan tidak dapat dibuat? Bagi saya, masih boleh..Cumanya, semua tu adalah atas usaha dan kehendak kita sendiri sebenarnya. Atas kesabaran dan kerajinan diri kita sendiri. Saya tak taulah orang lain macam mana, tapi itulah apa yang saya rasa.
Kalau niat kita dari awal lagi kita dah tetapkan untuk menyusukan anak kita dan kita buat sehabis baik, insyaAllah memang Allah sentiasa akan membantu kita. 

Dulu saya buat matlamat jangka pendek sahaja dulu untuk menyusukan anak saya, dari 6 bulan, 12 bulan, 18 bulan..dan sekarang perjalanan penyusuan saya sudahpun sampai sehingga anak berumur 2 tahun. Alhamdulillah sangat-sangat, memang Allah sangat memahami dan akan membantu hamba-hambaNya sekiranya kita berada dalam kesusahan dan kesulitan. Yakinlah Allah itu sentiasa ada bersama kita.

Maknanya jika gajet penyusuan tiada, kita masih boleh berjaya untuk meneruskan penyusuan. Jadi, bagi ibu-ibu yang mengalami kekangan kewangan, anda tak perlu khuatir untuk mendapatkan gajet penyusuan. Jangan terikut-ikut dengan orang lain yang mungkin begitu memerlukan gajet penyusuan atau yang sekadar atas dasar ‘trend’ semata-mata.

Siapa yang lebih perlukan gajet penyusuan?

  • ·        Ibu bekerjaya
  • ·        Ibu yang selalu travel
  • ·        Ibu yang anaknya mungkin tak mau minum secara direct, tetapi minum melalui botol. Jadi mungkin si ibu perlukan breastpump untuk membantu.
  • ·        Ibu yang sakit, tak mampu nak susukan anak secara terus.
  • ·        Ibu yang banyak duit..heheheh..saja nak beli dan memang akan gunakan..kalau beli saja, tapi pakai sebulan, tak payah membazir..LET GO plak lepas tu..

Jadi,anda boleh fikirkan sendiri. Adakah gajet penyusuan adalah keperluan bagi anda, atau kehendak anda sendiri. Tepuk dada, Tanya selera.

No comments:

Post a Comment