salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Monday, March 26, 2012

Perah Susu Sebelum Kelahiran?

Satu lagi persoalan dari seorang ibu. Sama-sama kita  kongsikan:




Rasional:

Memerah sejak awal kandungan banyak risikonya. Apatah lagi, kita tidak tahu sejarah perubatan kandungan pertama ibu ini.

Memerah atau merangsang payudara seawal minggu itu, juga boleh mencetuskan kontraksi pada rahim.
Ini amat berbahaya kepada ibu dan bayi.

Cadangan:

1. Galakan kepada ibu ini supaya positif dan yakin dapat menyusukan bayinya sejurus kelahiran.
Keyakinan dan emosi positif ibu amat membantu, di samping mula mengumpul ilmu berkaitan persediaan menangani emosi semasa proses bersalin, dan sejurus bersalin.

2. Kongsikan perkara-perkara asas tetapi utama dalam penyusuan, iaitu konsep demand dan supply. Konsep kulit ke kulit dalam tempoh satu jam selepas kelahiran. Konsep signal bayi lapar dan kekerapan penyusuan.

3. Maklumkan perihal saiz perut bayi (selalunya ibu panik menyangka susu tidak cukup). Maklumkan susu secara terus sangat berbeza dengan susu perahan, apatah lagi bancuhan susu tiruan. Ibu-ibu selalu psiko dengan kuantiti susu mereka.

4. Bersedia fizikal dan emosi dengan mengenali tempat bersalin, teknik lekapan dan posisi yang betul, dan keajaiban sentuhan kulit ke kulit. Persediaan sebenarnya amat membantu melancarkan proses penyusuan.

5. Galakkan beliau menggali ilmu dari laman-laman seperti Kellymom, Le Leche, dan sebagainya. Ini amat membantu berbanding perkongsian secara berleluasa melalui petua, mitos, dan pengalaman.

Sumber: 
NORA HERNI ABDUL RAHIM
Editor Perolehan
Unit Wanita dan Motivasi Keluarga
PTS Millennia Sdn. Bhd.
No 12, Jalan DBP
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia


Tel: +6 03 6188 0316
Fax: +6 03 6185 4960
H/P: +6 016 661 3381
E-mail: noraherni@pts.com.my

No comments:

Post a Comment