salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Thursday, March 22, 2012

Selamatkah Cucian Botol Susu Anak Anda atau Breastpump Anda?

Berikut informasi yang dipetik dari Breastfeeding and Human Lactation Textbook, 4th edition.
Penulis : Jan Riordan & Karen Wambach.
Pg 403 : Cleaning Pumps

  • Mothers should generally follow the cleaning instructions provided with the pump.
  • For most purposes, hot soapy water, thorough rinsing, avoidance of abrasives, and air drying in sufficient to clean pump parts that come in contact with the milk.
  • Harsh chemicals and abrasive scrubbing should not be used so that small scratches are not created that could harbor bacteria or mold. 
  • Collection bottles should be inverted to dry or wiped dry with a clean paper towel.
  • Cloth towels should be avoided to either dry or store pump parts.
Berdasarkan maklumat di atas, ibu mempunyai beberapa pilihan:

  1. Cuci peralatan dengan menggunakan air panas dan sabun lembut / tidak abrasif, bilas dengan bersih dan biar kering sendiri. Botol / bekas penyimpanan susu - boleh terbalikkan botol / bekas dan biarkan kering atau lap dengan kertas tisu yang bersih. (secara tak langsung ini menjawab soalan ibu yang kedua).
  2. Menggunakan sterilizer, dishwasher atau rebus peralatan.
Berkenaan dengan sterilizer - ada 3 cara untuk sterilize peralatan
(1) cold water sterilizers - yang menggunakan pil atau cecair sterilizer,
(2) microwave sterilizer dan
(3) electric steam sterilizer.

maklumat lanjut : http://www.babycentre.co.uk/baby/buyingforbaby/knowhow/productsontest/steriliserstest/

*Pil/cecair sterilizer akan meninggalkan rasa / bau pada peralatan. Ibu boleh bilas peralatan tersebut dengan air suam / panas untuk menghilangkan rasa / bau tersebut.

Rujukan bersama: MBFPC

No comments:

Post a Comment