salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Saturday, March 24, 2012

Simpan Susu Ibu Dalam Termos?

Di MBFPC, kami diajukan dengan pelbagai soalan daripada ibu-ibu..Antaranya;

"sy terfikir 1 bnda..lps kita perah susu, blh x letak dlm termos? so suhu susu tu akan maintain kn? then kalau anak nk minum, tuang sikit2.. blh ke mcm tu? utk short term la..dlm tempoh 8 jam ke.. blh x? sy kena kursus 20-22 ni bwk mak sy mmg x biasa handle ebm. sy nk memudahkn dia, xpyh panas2kn susu masa sy ada slot tu yg terfikir letak dlm termos tu"
 
Penyelesaian:
 
Mungkin boleh cdgkan kpd ibu tersebut spy perahan pagi sblm beliau mula hadir slot pagi, dimasukkan ke dlm botol mengikut sukatan yang biasa bayi minum dan dibiarkan pd suhu bilik, dan pada waktu tea break beliau perlu menyusukan bayi secara direct atau jika bayi sedang tidur waktu itu, ibu tersebut perlu perah susu utk bekalan sesi penyusuan yg berikutnya, begitu juga dgn waktu lunch dan petang. 
 
Jadi susu perahan utk diminum sentiasa segar dan tidak terlalu sejuk. tiada proses pemanasan diperlukan kecuali jika bayi memang hanya minum susu suam.

Walau bagaimanapun , ianya juga bergantung kpd jadual kursus ibu tersebut. 
Rasional:

Keadaan makanan/susu yang paling digemari oleh bakteria untuk berkembang adalah pada suhu yang agak suam. Jika susu di simpan dalam suhu begitu, lagi cepatlah susu tersebut rosak.

Memanaskan susu semasa proses penyediaan susu perahan bukan untuk mematikan kuman sebaliknya sekadar menyamakan suhu pada keadaan asalan agar mudah diterima oleh bayi yang telah biasa dengan suhu susu yang suam seperti suhu tubuh ibunya. .

Cadangan ibu tadi untuk menyimpan susu dalam termos, adalah sangat berisiko untuk perkembangan hidupan bakteria dan tidak wajar digalakkan.

Sumber: 
Nor Kamariah Mohamad Alwi, IBCLC (kamariah@susuibu.com)

No comments:

Post a Comment