salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Monday, September 3, 2012

Puasa Jumaat



Saya memuji, ruku' dan sujud kepada Allah yang Maha Besar. Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Selawat serta salam kepada Rasul SAW, beserta para keluarga, sahabat serta para pengikutnya hingga akhir zaman yang Allah meredhai mereka.

Saya ditanya oleh seorang teman persoalan mengenai puasa di hari jumaat? Adakah anda pernah dengar bahawa puasa dihari jumaat tidak boleh tunggal?



__________________________________________________________________________________
Jawapannya:

Al-Imam Al-Nawawi di dalam Minhaj al-Thalibin berkata:
"Dimakruhkan berpuasa hari Jumaat secara bersendirian, dan pada hari Sabtu."
(Bihamisy Mughnil Muhtaj, vol.1, hal. 447)

Maksud berpuasa pada hari Jumaat atau Sabtu secara bersendirian ialah, tidak melakukan puasa sebelum atau selepas hari berkenaan.

Adalah makruh berpuasa pada hari Jumaat satu satunya sahaja tanpa di sambung sebelum atau sesudahnya dengan puasa yang lain.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Jumaat sahaja."

(Hadits riwayat Ahmad)

Tetapi jika digabungkan puasa hari jumaat itu dengan satu hari puasa yang lain sama ada di sebelumnya atau sesudahnya, maka tidaklah dihukumkan makruh. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata, aku mendengar Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya: "Jangan berpuasa salah seorang daripada kamu pada hari Jumaat melainkan (dia berpuasa) sehari sebelumnya atau selepasnya."

(Hadits riwayat Bukhari)

Adapun dihukumkan makruh hanya berpuasa sehari semata-mata pada hari Sabtu kerana hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr daripada saudara perempuannya sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu melainkan apa yang telah difardhukan Allah ke atas kamu. Jika seorang daripada kamu tidak mendapati (pada hari itu apa-apa makanan) melainkan satu kulit anggur atau ranting pokok, maka hendaklah dia memamahnya. (supaya kamu tidak dinamakan berpuasa pada hari itu)"

(Hadits riwayat Tirmidzi)


Jika puasa hari Jumaat, dia tidak berpuasa pada hari khamis. Juga tidak berpuasa pada hari Sabtu. Ini makruh. Begitu juga, jika dia berpuasa pada hari Sabtu, dia tidak berpuasa pada hari Jumaat. Juga tidak berpuasa pada hari Ahad. Makruh juga.

Al-Khatib al-Syarbini berkata:
[Dan dimakruhkan berpuasa secara bersendirian pada hari Jumaat kerana sabda Rasulullah s.a.w.: "Jangan kamu berpuasa oleh salah seorang dari kamu pada hari Jumaat kecuali berpuasa sehari sebelum atau selepasnya." (HR Syaikhani). Alasannya ialah, agar dengan tidak berpuasa dapat menguatkan dirinya untuk melakukan perkara yang dituntut pada hari Jumaat.
(Lihat: Mughnil al-Muhtaj, al-Khatib al-Syarbini, vol 1, hal 447)

Katanya lagi:
[Ada juga yang mengatakan illah (alasannya) ialah supaya tidak berlebih-lebihan di dalam mengagungkan hari Jumaat, sebagaimana orang kelakukan Yahudi untuk hari Sabtu. Ada juga yang memberi alasan agar tidak dianggap sebagai puasa yang diwajibkan. Ada pendapat lain, alasannya ialah, kerana hari jumaat adalah hari raya dan hari menikmati makanan.] (ibid.)

Katanya lagi:
[Dimakruhkan juga berpuasa pada hari sabtu bersendirian ataupun pada hari Ahad. Kerana ada hadis: "Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali puasa yang wajib atas kamu." (HR al-tarmizi & al-hakim atas syarat syaikhani). Kerana orang Yahudi mengagungkan hari Sabtu dan orang Nasrani (Kristian) mengagungkan hari Ahad.

Dan terkeluar/terkecuali dari kemakruhan menyendirikan tiga hari tersebut ialah dengan menghimpunkan dengan hari lain. Oleh itu tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat dengan digabungkan puasa pada hari Sabtu. Begitu juga tidak makruh berpuasa pada hari Sabtu dengan digabungkan puasa pada hari Ahad. Kerana dengan menggabungkan begini dianggap tidak mengagungkan hari-hari berkenaan.]

Katanya lagi:
[(Tanbih/peringatan). Tempat yang dimakruhkan menyendirikan puasa pada hari-hari yang tersebut di atas ialah apabila ia tidak bertepatan dengan adat kebiasaannya. Oleh itu, jika dia biasa melakukan sehari berpuasa dan sehari berbuka, kemudian terkena hari berpuasa pada hari berkenaan (Jumaat, Sabtu atau Ahad), maka ini tidak dimakruhkan, sebagaimana pada hari syak. Kerana ada hadis Muslim: "Jangan kamu mengkhususkan berpuasa pada hari Jumaat di antara hari-hari, kecuali pada puasa yang berpuasa oleh salah seorang dari kamu." Dan diqiyaskan hari Jumaat dengan hari-hari lainnya.]

Larangan melaksanakan amalan atau Ibadah Khusus pada Hari Jumaat

Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah.

Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته

"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telah dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.


--------------------
Kesimpulan:
1. Makruh berpuasa pada hari Jumaat tanpa berpuasa sebelum atau selepas hari berkenaan.
2. Begitu juga dengan hari Sabtu dan Ahad.
3. Hukum ini berdasarkan kepada beberapa hadis Nabi s.a.w. seperti yg tertera diatas.
4. Tidak makruh berpuasa pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad jika ia dibulan Ramadhan atau puasa ganti untuk Ramadhan atau seperti orang yang biasa berpuasa sehari dan berbuka sehari(puasa nabi Daud a.s).
5. Ditegah menetapkan ibadah tertentu pada malam jumaat kerana jelas larangan Nabi SAW didalam hadis diatas. Yg dibolehkan hanya bacaan surah Al-Kahfi, bukan surah Yassin.


Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment