salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Saturday, September 1, 2012

Untuk renungan bersama

dari catatan kwn sy puan hafiza di susuibu.com unt dikongsi bersama kwn2.....

PENGALAMAN LUAR BIASA MENYUSUKAN ANAK DI TANAH SUCI

Sudah lama sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman luar biasa saya menyusui dan mengerjakan umrah di Tanah Suci bersama anak saya yang pada waktu itu berusia 16 bulan ++ (Mac 2010) dengan ibu-ibu di laman ini, tetapi baru hari ini saya benar-benar berpeluang untuk menyempurnakan niat saya itu di sini...

Banyak sekali pengalaman indah dan pelik-pelik yang saya alami di Tanah Suci, namun di ruangan ini, yang akan saya kongsikan cuma adalah yang berkaitan dengan penyusuan dan keibuan sahaja. 3 BULAN SEBELUM KE TANAH SUCITiga bulan sebelum berangkat ke Tanah Suci (anak saya pada waktu itu 13bulan), ada suatu perkara yang terjadi ke atas diri saya sehingga menyebabkan bekalan air susu saya merudum dengan teruk, sehingga sewaktu saya cuba untuk memerah susu, hanya beberapa titis sahaja yang keluar, nak dapat 1 oz pun susah. walaubagaimanapun dalam tempoh 3 bulan sebelum kepemergian saya ke Tanah Suci, anak saya itu tidak sesekali merungut dan nampaknya dia tetap kenyang dan puas selepas menyusu walaupun saya sangat sedar KUANTITI air susu saya yang masuk ke dalam perutnya itu sangat sedikit. Di sini saya ada menceritakan pengalaman saya tentang itu, KUALITI VS KUANTITI AIR SUSU IBU

MUKADDIMAH DI TANAH SUCI

Sebaik sahaja kami sampai di Masjidil Haram, tiba-tiba anak saya itu sujud. Tidak pernah saya melihat dia sujud sebegitu sewaktu di Malaysia. Begitu juga apabila kali pertama kami menjejakkan kaki di Masjid Nabawi, anak saya itu juga tiba-tiba sujud. Betapa sucinya YANG MAHA SUCI. Terus ditunjukkanNYA kepada kami sebaik sahaja sampai di sana melalui seorang anak kecil yang masih suci itu; siapa TUHAN dan siapa itu Hamba...

Kemudian hendak dijadikan cerita lagi, anak saya sebaik sahaja sampai di Tanah Suci (Mekah dan Madinah), dia tiba-tiba akan menangis apabila didukung atau diambil oleh suami saya. Sedangkan sewaktu di Malaysia, anak saya itu sangat gembira sekiranya didukung atau diambil oleh ayahnya itu. Perancangan saya dan suami sebelum berangkat ke sana adalah untuk melakukan sistem giliran; sewaktu saya melaksanakan ibadah, dia yang menjaga anak kecil, dan sebaliknya, tetapi benarlah, manusia itu hanya merancang, TUHAN jua yang menentukan segala-galanya.Oleh itu, ketentuannya, sepanjang 17 hari berada di Tanah Suci, hampir setiap waktu anak saya itu tidak mahu berenggang dengan saya. Dari situlah bermulanya pengujian ketabahan dan kecekalan seorang ibu di Tanah Suci yang ingin melaksanakan ibadah apabila ibu itu diuji dengan anak kecilnya yang tiap saat tidak mahu berenggang dengannya. Pada awalnya di sana, bekalan air susu saya sangat-sangat sedikit sepertimana yang saya ceritakan di atas. Walaubagaimanapun, oleh kerana itu sahajalah sumber makanan yang diingini oleh anak saya, sentiasalah dia berada di dalam jubah saya untuk mendapatkan bekalannya itu ketika saya sedang melakukan ibadat di sana seperti tawaf, sai'e, membaca Al-Quran, menziarahi makam Rasulullah dan mendaki Gua HIra' dan Gua Thur. Cuma oleh kerana di sana saya memakai jubah yang bersaiz besar dan tudung labuh yang besar, maka tiada masalah untuk dia berlindung di dalam "kelambu" saya itu...Dan untuk mengerjakan solat wajib, alhamdulillah, rezeki saya, biasanya setiap kali saya ingin solat, pada waktu itulah, waktu dia ketiduran... Jika dia tidak tidur, saya tidak akan mengikuti solat jemaah.


PENGALAMAN LUAR BIASA SEWAKTU MENYUSUKAN ANAK SEMASA SEDANG SAI'E

Banyak-banyak pengalaman indah dan pelik yang saya alami sewaktu di Tanah Suci, pengalaman yang akan saya ceritakan ini adalah antara yang paling luar biasa yang saya alami di sana.Saya mula melakukan ibadah sai'e pusingan yang pertama dengan berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan mendukung anak saya itu. Apabila sampai di pusingan ke-tiga, anak saya itu merengek inginkan susu. Maka sambil berjalan, sambil saya masukkan dia ke dalam "kelambu" saya itu dan maka menyusulah dia sambil saya sedang berjalan melakukan sai'e. Tatkala saya sedang melakukan sai'e untuk pusingan yang kelima, pada waktu anak saya itu sedang tekun menghisap air susu saya di sebelah kiri (yang hanya keluar beberapa titis itu sahaja), tiba-tiba AIR SUSU SAYA YANG SEBELAH KANAN KELUAR MEMANCUT-MANCUT SEHINGGA HABIS BASAH JUBAH SAYA YANG SEBELAH KANAN!. Terkejut saya, sehinggakan saat saya meneruskan sa'ie itu untuk menghabiskannya sehingga tujuh pusingan, air mata saya mencurah-curah turun, dan hati saya hanya mampu berkata, "Ya ALLAH, benarlah ENGKAU itu MAHA KUASA!!!"Dan keesokannya, saya demam kerana bengkak susu! Dan alhamdulillah, syukur kepada-NYA, sehingga ke saat ini, air susu saya masih lagi tidak putus bekalannya walau saya sedang merancang untuk menceraikan susunya kerana usianya sekarang ini sudahpun 2 tahun ++.


IKTIBAR & MOTIVASI: AIR ZAMZAM HEBAT KERANA IA ADALAH AIR ZAMZAM ATAU KERANA IA MUNCUL DARI KECEKALAN DAN KETABAHAN KASIH SEORANG IBU?

Pengalaman saya itu membuatkan saya sangat insaf. Air zamzam yang keluar saat Siti Hajar berulang alik daripada Bukit Safa dan Bukit Marwah itu sangat diagung-agungkan dunia. Namun sedarkah DUNIA bahawa air zamzam itu tidak akan keluar sekiranya IBU TABAH & CEKAL ITU YAKNI SITI HAJAR TIDAK BERLARI-LARI UNTUK MENDAPATKAN SETITIS AIR BUAT ANAKNYA ITU...BENAR, SITI HAJAR ITU ISTERINYA SEORANG NABI, TAPI BELIAU ITU ASALNYA CUMALAH SEORANG HAMBA, TAPI HEBATNYA PENANGAN SEORANG HAMBA YANG BERGELAR SEORANG IBU YANG TABAH & CEKAL ITU APABILA SEKARANG INI SELURUH DUNIA BEGITU MENGHARGAI DAN MENGAMBIL MANAFAAT DARI AIR ZAMZAM ITU...! (walau pengorbanan Siti Hajar itu seperti tidak begitu dihargai...hanya air zamzam hasil pengorbanannya seorang IBU yang dihargai dunia...)WAHAI IBU-IBU SEKALIAN, BERBANGGALAH KERANA KALIANLAH SEORANG WANITA YANG BERGELAR SEORANG IBU...WALAU MUNGKIN KALIAN MERASAKAN KALIAN TIDAK DIHARGAI, TETAPI INGATLAH, TUHAN ITU MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. SEMPURNAKANLAH KEPEREMPUANAN KITA DENGAN BENAR-BENAR CEKAL DAN TABAH UNTUK MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUAT SI JANTUNG HATI...

No comments:

Post a Comment