salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Monday, September 17, 2012

Tips memulakan Penyusuan Susu Ibu:


1. Rooming in dan mulakan penyusuan seawal 30 minit selepas kelahiran

2. Pastikan ibu dan anak selesa semasa meyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala bayi.

3. Menyusu on demand. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu.


4. Pastikan kedudukan bayi dan lekapan bayi betul. Mulut dan hidungnya menghadap putting. Sokong buah dada agar ia tidak menekan dagu bayi.


5. Jangan tunggu sehingga bayi menangis untuk menyusu. Kenalpasti 'cue' yang bayi berikan dan terus susukannya. Jika bayi anda telah pun menangis, pujuk dan tunggu sehingga tangisan bayi anda reda dan relax barulah susukan dia.


6. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.



No comments:

Post a Comment