salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, January 21, 2011

kecewakah anda

salam,

Saya nk story sket kisah kawan2 ofis saya, yg dlm proses seperti saya menjadi full breastfeeding mom..

Kisah 1
Seorg kawan saya telah dikurniakan dengan susu badan yang banyak, tetapi lps bersalin, baby xnk minum susu ibu..so waktu dlm pantang lagi, die dh bg baby minum susu formula..apa yg perlu dibuat? bg saya, die masih belum terlambat untuk bagi anak ebm. boleh cuba lagi, usaha lagi..mungkin kalau xnk direct feeding, leh cuba letak dlm botol, atau gn cup feeder atau shrink pn ok.

Kisah2
Seorg lagi kawan saya, bersemangat nk berikan anak full breastfeeding, tp masih merasakan susu yang diperah belum mencukupi. Kawan saya ni pada mulanya, rasa 'give up' kerana setiap kali sesi perahan hanya mendapat 1-2 oz sahaja. Bagi saya itu sudah memadai, dan anggaplah itu rezeki yang Allah berikan untuk kita hari tu. Janji xputus susu, sentiasa ada walaupun x banyak. Boleh cuba lagi, teruskan perahan, direct feeding di samping usaha dengan cara lain, i.e. mkn supplement, mkn byk makanan berasaskn 'milk booster' dan sebagainya.
Jadi, saya mencadangkan kawan dari KISAH 1, menjadi 'ibu susuan' kepada anak kawan saya di KISAH 2. Ada kawan2 yg mcm surprise bile dgr saya ckp mcm tu.Saya dulu pn xtau jgk, tp dh baca banyak info dlm blog, mmg boleh. Kalau anda fikirkan khasiat yg bakal anak anda bakal terima, itu bukanlah satu masalah dan 'isu besar'.

Kisah3
Kisah ni pulak tentang kawan saya, yang dikurniakan dengan susu yang banyak, anak pun xde masalah nk accept either direct feeding or through bottle..Tapi disebabkan kekangan masa, xsempat nk buat perahan. Last2 dh start bg anak susu formula. Saya pulak yang risau, takut2 anak die one day dh reject plak ngan susu mama die..Tapi, kawan saya ni dengan confident menyatakan perkara seperti itu insyaAllah tidak akan berlaku ke atas anak die.
Terpulanglah, tapi dalam xsedar kita dh lalai dlm menjalankan tanggungjwab kite kat situ sebagai ibu, yg pada awalnya memang berazam nk bg anak full breasfeeding. Tetapi, perjalanan br je separuh, dh jd plak mcm nie..Kan sayang tu..Orang lain bersusah payah bersengkang mata waktu mlm untuk buat sesi perahan, tetapi ada yang mengambil jalan mudah mcm tu..

So, drpd ketiga-tiga kisah tu, anda renung2kan la, adakah apa yang dibuat oleh ketiga-tiga insan dlm kisah di atas tu patut di ikuti, dinilai atau apa2 je la yg anda nk fikirkn mcm saya. Selaku officemate, sy dlm diam merasa sedih dgn ketiga-tiga sahabat sy ni.. Tapi apa boleh buat, keputusan di tangan mereka. Saya cuma boleh advise, the rest..terpulang pd tuan punye badan..

No comments:

Post a Comment