salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Sunday, January 23, 2011

kepentingan vitamin

INSalam,
Apa yang nk saya kongsikan di sini adalah mengenai kepentingan vitamin kpd tubuh badan kita, memandangkan ada yang memandang ringan akan hal ini. Tidak bermakna anda sudah tidak lagi menyusukan anak, anda tidak perlu lagi memakan supplement. Saya rasa sedih kerana ada segelintir pihak yang beranggapan macam tu. Perlu diingatkan, selama ini apa yang ditawarkan contohnya dalam SET B dan SET B1, itu hanya sebagai pemangkin untuk ibu2 atau sesiapa sahaja yang consume set ni, sebagai satu milk booster (alfalfa),penghasilan susu yang penuh dengan vitamin untuk si kecil anda, dan juga untuk peningkatan tenaga untuk diri anda sendiri.
Keperluan vitamin di dalam kehidupan seharian, bukan sahaja sebagai salah satu cara untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan, tetapi ia juga merupakan langkah pencegahan untuk kita terdedah kepada sebarang penyakit di kemudian hari. Bukan kata ada jaminan untuk tidak terkena penyakit, tetapi risiko adalah lebih rendah. Bukankah mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Antara kepentingan vitamin-vitamin:
  • Vitamin A - membantu sel matang secara semulajadi serta membina sistem imunisasi yang kuat.
  • Vitamin B1 - untuk otot dan sistem saraf yang sihat, serta meningkatkan selera makan.
  • Vitamin B2 - untuk penghasilan tenaga dalam sel serta sistem penghadaman
  • Vitamin B3 - untuk fungsi saraf otak yang sihat serta melicinkan perjalanan sendi
  • Vitamin B6 - untuk penghasilan sel darah merah serta antibodi
  • Vitamin C - untuk penghasilan sel darah merah serta melawan jangkitan bakteria
  • Vitamin D - untuk penyerapan dan penggunaan kalsium
  • Vitamin E - untuk struktur sel yang sihat
  • Zat besi - untuk penghasilan hemoglobin serta mempertingkatkan daya melawan jangkitan
  • Zink - untuk menyembuh dan menghasilkan sel baru, dan sistem imun yang kukuh
Oleh itu, adakah anda boleh memastikan dalam menu harian anda, semua keperluan vitamin ini mencukupi? Renung2kanlah untuk diri anda, keluarga anda, dan juga anak2 anda.

No comments:

Post a Comment