salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Tuesday, January 25, 2011

polisi penyusuan

Salam,
Baru tadi saya terbaca tentang polisi penyusuan kebangsaan...selama ni xprnh nk ambik tau pun..huhu..so, dh baca, dh tau..nk story plak kt korang semue apa die polisi penyusuan kebangsaan..
Polisi ini menyatakan...
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.
Garis panduan telah disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.
Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksanakan TANGGUNGJAWAB tersebut.
(credit to susuibu.com)
Tetapi, kadang kala..apa yang mendatangkan kemusykilan pada saya, kalau saya buat routine checkup utk anak saya di klinik ********, nurse2 yang kat situ mcm pandang sinis plak kt saya kalo kite bgtau yg kita ni still breastfeed kn anak..salah ke tu..? lepas bersalin dulu pun, kadang2 dieorg ni kalau xpesan kita nk breastfeed anak, cepat je nk bg susu hospital..ni from my experience la..xtau la orang lain..so, camna tu..? salah kite ke, salah dieorg..Macam mana polisi penyusuan tu nak berjaya kan, kalau dari peringkat awal lagi kita sebagai ibu baru tak diberi pendedahan dan maklumat yang sepatutnya.

Renung2kan..Harap menjadi iktibar kepada semua.

No comments:

Post a Comment