salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Wednesday, November 30, 2011

Proses Detoksifikasi

Detoksifikasi adalah proses pembuangan atau penyingkiran racun atau toksin dari dalam tubuh.



Tetapi dari manakah atau bagaimanakah bahan-bahan toksik ini boleh memasuki badan kita? Sebenarnya sama ada disedari atau tidak, punca utama bahan-bahan toksik ini memasuki badan adalah melalui mulut dengan memakan makanan sama ada yang telah tercemar atau pun yang mengandungi bahan-bahan tambahan lain yang tidak sesuai untuk badan seseorang di samping faktor pencemaran persekitaran.

Setiap individu mempunyai kadar metabolisme pada badan yang berbeza. Maka dengan itu, ia turut mempengaruhi kadar proses detoksifikasi seseorang.


Kenapa perlunya detoksifikasi?

Proses ini perlu dilakukan untuk membersihkan bahagian dalam tubuh, dah tentunya untuk kesihatan badan kita. Ia perlu untuk mencegah penyakit, melambatkan proses penuaan dan juga merehatkan organ-organ tertentu pada tubuh.



Ia juga memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat dari pertambahan beban makanan. Aktiviti pembersihan pada badan juga akan menjadi lebih menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan dari buah pinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit. Keadaan ini akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan saluran sistem pemakanan dan pernafasan lalu memberi cukup bekalan oksigen kepada sel-sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga.
Untuk itu, sekiranya anda pengamal sebarang jenis supplement, dan anda mahu bertukar kepada supplement yang baru, proses ini perlu dilakukan supaya penyerapan nutrien pada badan setelah pengambilan supplement yang baru akan menjadi lebih efektif. 


Bagaimana caranya?


1. Yang paling mudah adalah dengan berpuasa.
2. Minum air kelapa, bak kata orang tua-tua..untuk buang bisa dalam badan.




Jadi, tepuk dada, tanya selera..

Sunday, November 27, 2011

Kisah Penurunan Berat Badan

Assalam,
Hari nie saya nak berkongsi pengalaman rakan maya saya Hasmah tentang perubahan yang beliau alami. Perkongsian ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi untuk memberi semangat kepada rakan-rakan di luar sana yang dalam proses berusaha untuk menjadi seperti Hasmah.

Credit to : Hasmah

Salam..
Sebelum saya mula berkongsi mari tengok gambar ni dulu ye..


Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement..yang 8 lagi silalah baca..hehe..

Friday, November 25, 2011

Set berpantang

SHAKLEE menyediakan supplement yang bersesuaian untuk ibu-ibu ketika berpantang, yang boleh diamalkan untuk kesihatan tubuh badan ibu-ibu.

Set berpantang ini mengandungi:

  • Vitalea with iron formula
  • Vitamin C 500mg sustained release.
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc
  • Alfalfa
Vitalea with iron formula
Selepas proses kelahiran, ibu-ibu akan mengalami proses kehilangan darah, maka kita perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.


B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi lebih bertenaga dan untuk memastikan emosi berada dalam keadaan lebih seimbang.


Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.


Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi. Jadi, jika anda tak lalu dengan bau dari pati ikan haruan, anda bolehlah mencuba Zinc.


Alfalfa
Ianya boleh diambil di dalam pantang terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah susu lambat dihasilkan. Alfalfa berfungsi mempercepatkan penghasilan susuibu. Namun perlu diingat kerana pengambilan yang berterusan tanpa sesi perahan atau penyusuan secara langsung oleh bayi boleh menyebabkan duktus susu tersumbat dan akan menyebabkan ibu demam teruk. Maka pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang sekata dan seimbang serta sesi perahan atau penyusuan secara langsung yang berterusan dan konsisten akan mendapat hasil susu yang diharapkan. insyaALLAH.


Namun begitu, ada juga bayi yang alah dengan pengambilan alfalfa. Pada awal-awal kelahiran, bayi mungkin akan terkena jaundice. Oleh itu, pengambilan alfalfa pada awal proses berpantang, perlulah dipantau. Jika ia tidak memberikan apa-apa kesan, pengambilannya bolehlah diteruskan dan jika sebaliknya, perlulah dikurangkan atau dihentikan.


Sumber: kak N

Wednesday, November 23, 2011

Setelah setahun......

Setelah setahun lebih ( tak ingat brp bulan lebihnyerr..) saya mengamalkan supplement SHAKLEE, hari ni saya nak kongsikan dengan anda kesan yang saya alami pada tubuh badan saya ni..Kira macam testimoni daripada diri sendiri..

1. Bangun pagi, terus rasa tak mengantuk..maksudnye, tak de rasa lesu dan sebagainya...

Sebelum ni: Selalu rasa macam tak puas tidur, bila dah bangun rasa nak tido balik..Bawak keta pun boleh menguap2 banyak kali..

2. Rasa cergas dan bertenaga sentiasa.Saya bagi contoh, perkara yang sangat menngembirakan saya..Setelah lebih 3 tahun saya tak berkecimpung dengan sukan kegemaran saya netball, baru-baru nie saya turun training untuk persediaan tournament next month, alhamdulillah bila bangun tidur, badan saya tak sakit-sakit..

Sebelum nie: Faham-faham je la, kalau dah lama tak bersukan, bila bangun tidur mestilah sakit badan cam org pegi hiking..lenguh kaki tangan semua..

3. Anak yang paling kecik (still breastfeeding), dah kurang kena jangkitan penyakit kecik2, cm batuk, demam, selsema.

Sebelum nie: Kerap sangat anak ni sakit, baik kejap, kena balik..maklumlah duduk kt nursery..misti senang kena penyakit berjangkit..sampai doktor pun dah kenal muka family kiteorg, kerap sangat g klinik..plak tu anak saya nie selalu jugakla bila batuk kena buat nebuliser..

4. Kalau anak pun dah kurang kena penyakit2 ringan tu, sama jugaklah seperti saya..Alhamdulillah.. dipermudahkan.

Sebelum nie:Bukan nak kata kerap, tapi kalau dah batuk tu, amik masa yang lama untuk baik..saya nie jenis yang jarang kena demam tu semua, tapi kalo dh kena, amik masa nak recover..tu sebab bila saya sakit, hasben susah hati..

5. Kulit kaki dah tak kering..kuku pun dah tak de bunga kuku

Sebelum nie: kulit kaki saya selalu kering, cam kita zaman budak2 dulu, bila garis ngan kuku jer, misti ada kesan garis putih..bunga kuku pun dah tak de lagi..suka sangat


6. Ada part-part pada body yang figure and shape agak2 dah berubah bentuk sikit, tapi semakin menjadi cantik dan disukai suami saya..hahah..ini tak leh citer lebih2..nak tau, sms saya..baru leh bgtau dengan detail..


Sebelum nie: sendiri mau ingatla...huhu


7. Suami saya pun sudah mula menyukai makan supplement kerana kesan yang saya alami dan secara perlahan-perlahan, dia pun turut merasai kesan positifnya..


Sebelum nie: Jangan harap la dia nak makan...paham2 je la orang laki nie..


8. Apa yang suka jugak, masalah pembuangan saya berjalan semakin lancar..Hari-hari g melabur kt bilik kecik...


Sebelum nie: saya jenis orang yang payah sangat nak "membuang" hajat..kadan-kadang sampai seminggu... alhamdulillah dah ok skrg..


Dan sekarang, mak ngan ayah saya pun dah amalkan, keluarga dan rakan-rakan yang rapat dengan saya..Kami makan bukan sekadar makan, tapi perlu makan dengan konsisten mengikut kaedah yang betul, dan barulah anda boleh alami dan rasai apa yang kami rasakan..


Salam sayang..


mamamikailmirza+malique

Monday, November 21, 2011

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH


It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:
Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.


METHOD OF TREATMENT 

 
1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
3.. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.


The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
1. High Blood Pressure (30 days)
2. Gastric (10 days)
3. Diabetes (30 days)
4. Constipation (10 days)
5. Cancer (180 days)
6. TB (90 days)
7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily.. 


This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.
It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.
This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain...
 

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.
It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.
Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.
Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
 

A serious note about heart attacks:
· Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,
· Be aware of intense pain in the jaw line.
· You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.
· Nausea and intense sweating are also common symptoms.
· 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.
· Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...


http://www.wix.com/im_possible/biodisc

Saturday, November 19, 2011

Apa Kata Bangsa Cina

Bangkitlah Melayu Islam..


Untuk menyedarkan bangsaku agar jangan terus Me.. LAYU. Jangan teruss TANAH Dipijak Milik Orang..

•KAMI datang dalam kemiskinan, anda sudah ada berada di sini semenjak nenek moyang anda.

•KAMI duduk dibawah terik matahari berniaga, semasa anda meminta bahagian anda dari cukai.

•KAMI mengira saving dan expense keluarga kami, semasa anda mengira apa yg boleh anda belanjakan dgn wang anda.

•KAMI berusaha mencari apa yg boleh kami jadikan wang, ketika anda sedang berusaha mencari apa yg boleh dijadikan barang.


•KAMI rela makan nasi 1 kali sehari demi masa depan, semasa anda menuntut makan 3 kali sehari.

••….50 TAHUN BERLALU….••

(*) KAMI menikmati apa yg telah kami perjuangkan, semasa anda berkata “Cina tak guna, kawal ekonomi negara kami!”

(*) KAMI melancong ke luar negara setiap tahun,semasa anda kecoh akan kenaikan harga barang.

(*) KAMI bersyukur atas hasil kerja keras kami semasa anda sedang mengutuk negeri ini.

(*) KAMI bercerita tentang bagaimana indahnya hidup ini,ketika anda bercerita tentang pahitnya hidup sekarang ini.

(*) KAMI berfikir makan apa esok, ketika anda berfikir apakah esok dapat makan.

(*) MASA kami menikmati puncak kejayaan, anda menyalahkan kami atas kemiskinan keluarga anda.

(*) KAMI tahu kami hanya pendatang, tapi kami tahu bagaimana membuat kami menjadi lebih bererti di mata bangsa2 lain.

(*) KAMI tahu kami hanya penumpang, tapi kami tahu bagaimana kami berjuang dlm sukarnya hidup menumpang.

(*) KAMI berusaha, wang bukan jatuh dari langit. Kini anda yang meratap mengapa negeri ini penuh dgn kami yg berada diatas…

(*) KAMI bukan sombong, kami bukan membenci anda, tapi kami ingin hidup seperti apa yg nenek moyang kami ajarkan…..

“JANGAN MEMINTA, TAPI BERUSAHA”!!!!

Thursday, November 17, 2011

Sekadar Renungan.....


Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat
melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
[Surah al-Fathir - 35:2]

ALLAH SEKALI-KALI TIDAK MENJAMIN REZEKI YANG DITUNTUT DENGAN HAWA NAFSU DUNIA YANG AKAN MENGHUMBANKAN MANUSIA KE NERAKA......TETAPI ALLAH MENJAMIN REZEKI UNTUK HAMBA YANG SUNGGUH-SUNGGUH MENGERJAKAN SOLAT.......
(THAHA 20:132) 

"Perintahkanlah keluargamu dengan solat dan bersungguh2 atasnya ...Kami tidak soal kamu tentang rezqi ...bahkan Kami yang memberikannya. Kerana kesudahan baik hanya untuk yang taqwa"

Tuesday, November 15, 2011

Perlukah Supplement Dalam Penyusuan

Seminggu saya bercuti, banyak benda yang saya ketinggalan..betullah orang kata, sekarang nie kalau ada internet, maklumat di hujung jari saja..Tapi, apa nak buat, handphone yg ada pun drp jenis biasa yang xleh nak buat connection internet..So,banyak info dan ilmu yang saya dah tertinggal..Tunggulah, kalau-kalau lepas nie murah rezeki, leh la upgrade sket handphone nie..


Isunya di sini, ada sedikit argument tentang pengambilan supplement bagi ibu-ibu yang menyusu. Saya merasakan di sini, ianya lebih kepada salah faham..Ibu-ibu jangan silap membuat pilihan. Jangan salahkan supplement sekiranya ia tak membantu dalam pertambahan production susu pada badan. Berbalik kepada konsep yang asas, dimana "breastfeeding is on demand"..Itulah perkara yang paling penting dalam penyusuan. Lagi banyak susu dikeluarkan daripada badan, lagi meriah production susu akan berjalan. Keluarkanlah susu dengan apa cara sekalipun, direct feeding, pumping atau perahan tangan..semuanya boleh..janji keluar...

Itu sebabnya, bagi ibu-ibu yang tak mengamalkan supplement, penyusuan masih tetap boleh dijalankan..susu masih tetap boleh dibuat stok..Pengambilan supplement perlu atau tidak bergantung kepada ibu sendiri. IANYA BUKAN UNTUK MENAMBAH PRODUCTION SUSU..Ianya hanya membantu supaya ibu berasa lebih cergas, bertenaga, mood lebih stabil, hormon lebih seimbang..ITU SAHAJA....Bila badan kita sihat, jarang sakit, kita akan lebih bersemangat untuk membuat stok..

Bagi saya, pengambilan supplement nie adalah penting bagi ibu-ibu yang bekerjaya..macam saya.., yang nak kena buat stok..Kalo orang xkerja, xpayah buat stok pun xpe, rasanya..Sebab mula-mula dulu, susu  tak banyak, nak kena buat stok siang dan malam..So, mood kena sentiasa positif, ceria..kena rajin..Jadi, nak dapatkan mood tu bukannya senang..So, menjak saya makan supplement baru saya dapat tu semua secara stabil..

Saya tak tau pandangan anda semua macam mana..Sebab kesannya tersangatlah positif pada badan saya, berbanding tahun-tahun sebelum saya mengamalkan supplement. Tetapi, perlu diingatkan..memang tidak sama sekali menambah susu badan..Hanya memberikan saya kesihatan mental dan fizikal ke arah yang lebih baik. ITU SAHAJA..Ditegaskan sekali lagi, ITU SAHAJA...

Jadi, sekiranya anda mengambil supplement dengan niat untuk menambah susu pada badan..so, betulkanlah niat kita dulu sebenarnya..Tak amik supplement pun kita tetap boleh menambah susu badan, tetapi kena betul pada teknik dan caranya..Bila anda sudah tersilap langkah, anda tidak boleh salahkan sesiapa di atas kesilapan yang anda buat sendiri..Pilihan semua di tangan anda. Jangan terikut dengan orang lain atau trend..
Tepuk dada, tanya selera...

Sekali lagi diingatkan,
1. Kerap kosongkan payudara secara KONSISTEN..
2.Jaga pemakanan anda.
3. Minum air yang cukup.
4. Perbetulkan niat dan berdoalah selalu..agar semuanya dipermudahkan..

Selamat membuat pilihan yang bijak...

Friday, November 11, 2011

Flat Nipples and Inverted Nipples

Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kerana dari situlah kita dikategorikan sebagai mamalia).
Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.

Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam.

Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?

Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:
  1. Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
  2. Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
  3. Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran).
  4. Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
  5. Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan.
  6. Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
  7. Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
  8. Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya.

Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Sumber: askdrsears.com, breastfeedingbasic.com, breastfeeding.hypermart.net, babycenter.com

Wednesday, November 9, 2011

Baby nipple confuse..Apa nak buat?

Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami masalah ini, baby keliru puting atau "nipple confuse"..Saya pernah diajukan dengan masalah ini. Jadi mari kita bincangkan tentang isu ini.

Apa punca?

1.Bayi diperkenalkan dengan puting terlalu awal, sama ada "pacifier" atau puting pada botol.

2. Pemberian susu formula terlalu awal, oleh itu bayi telah terbiasa diberikan susu dengan cara yg mudah tanpa perlu bersusah payah menggerakkan otot mulut. Secara tidak langsung, bayi tidak menguasai teknik lekapan (latching) yg betul.

Bagaimana nak atasi?

1. Latih bayi latch on dengan betul dan kembali kepada direct feeding dan juga fully breastfeeding.

2. Hentikan pemberian susu formula dan fokuskan kepada direct feeding sahaja. Pastikan bayi menyusu setiap 1-2 jam sehingga bayi mahir untuk latch on dengan baik.
Bayi dilahirkan dengan naluri hisapan yang kuat tetapi pengenalan terlalu awal kepada puting tiruan akan menyebabkan dia lebih selesa menyusu melalui botol kerana lebih senang untuk mendapatkan susu tanpa perlu menggunakan otot mulut dengan kuat.

3.Menyusu dalam posisi yang selesa sama ada bagi ibu dan juga bayi, seperti dalam keadaan duduk atau berbaring.

4. Jika bayi masih menolak dan ibu gagal pada percubaan pertama, beri bayi minum susu ibu yang diperah dengan menggunakan sudu (jangan guna botol dan puting tiruan kerana ia akan memberi signal kepada bayi bahawa adanya alternatif menyusu yang lebih senang dan bayi akan mengulangi taktik yang sama iaitu menangis dan mengamuk).

5. Selepas beberapa ketika cuba ajar lagi bayi menyusu dari payudara ibu.Penghasilan dan pengeluaran susu memang akan bertambah dengan kerapnya mengepam. Tetapi rangsangan paling berkesan adalah  hisapan bayi. Jadi ajarlah bayi menyusu terus daripada ibu di samping tingkatkan kekerapan mengepam.

6. Ibu juga perlu menjaga kesihatan dan juga pemakanan supaya badan ibu sentiasa sihat dan cergas.Ibu perlu beri perhatian tentang apa yang ibu makan sama ada ubat-ubatan moden atau tradisional yang mungkin boleh mengganggu penghasilan susu.  

Cabarannya...

Dalam proses anda berusaha untuk menarik minat bayi untuk menyusu secara "direct" dengan anda, bayi mungkin akan menguji kesabaran kita dengan cara “mengamuk” dan menolak payudara ibu. Pada waktu ini, ibu jangan putus asa sehingga mengalah dan akhirnya memberi susu formula di dalam botol kerana kasihan bayi lapar, menangis dan takut perut masuk angin. Inilah rasionalnya proses ini dilakukan ketika bayi belum terlalu lapar.

Buatlah secara perlahan-lahan dan bersabarlah menghadapi situasi sebegini. Bagi ibu yang sedang berpantang, anda perlulah berhati-hati dengan situasi ini. Mungkin anda membuat persiapan untuk kembali bekerja dengan memperkenalkan puting terlalu awal, tetapi fikirkan kesannya kepada bayi anda.

Jadi, selamat mencuba kepada mana-mana ibu yang menghadapi masalah ini. Diharapkn info ini berguna untuk anda.

Monday, November 7, 2011

Induce Lactation

Mencetuskan penyusuan ibu atau induce lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah perkara mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak sebelum itu. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun begitu ini tidak boleh menjadi penghalang untuk ibu-ibu angkat berusaha untuk menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk tujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Jack Newman di dalam bukunya, “The Ultimate Breastfeeding Book of Answers”, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu dari ibu susuan.

Semasa kehamilan badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara untuk penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras progesteron dan estrogen akan menurun manakala aras prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payudara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payudara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.

Bilakah induce lactation harus bermula?

Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha untuk mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula 6 bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.

Persediaan bagi ibu yang mempunyai masa 6 bulan:
  1. 6 bulan sebelum jangkaan bayi lahir; makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10 mg Domperidone 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg 4 kali sehari. Payudara akan mengalami sedikit perubahan saiz dan ini adalah normal.
  3. Teruskan kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan bayi lahir.
  4. 6 minggu sebelum bayi lahir; hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin pula untuk persediaan mencetuskan susu ibu.
  5. 2 minggu kemudian, ibu boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade brastpump )untuk mendapatkan hasil yang baik. Apabila ibu mula mengepam ibu-ibu boleh menambah makanan penggalak susu ibu dalam nutrisi mereka seperti Fenugreek (halba) dan oat. Ibu juga harus minum banyak air tetapi kurangkan pengambilan kopi (minuman berkafein) kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam badan.
  6. Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warna putih yang jernih sebelum mendapat susu sebenar selepas beberapa hari/minggu.
  7. Sebaik bayi lahir (jika boleh) ibu boleh terus cuba menyusukan bayi pada payudara ibu. Alternatif lain yang lebih baik, ibu sebenar boleh menyusukan bayinya kerana kolostrum daripada ibu adalah makanan paling baik untuk bayi baru lahir.
Persediaan bagi ibu yang mempunyai masa kurang daripada 6 bulan:
  1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30-60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
  2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, rasa tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg 4 kali sehari. 
  3. Ibu juga boleh mula mengepam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade brastpump )untuk mendapatkan hasil yang baik. Makan makanan penggalak susu ibu seperti Fenugreek (halba) dan oat,  minum banyak air.
  4. Sama seperti saranan di atas, ibu angkat boleh terus cuba menyusukan bayi sebaik bayi lahir.

Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada 4 fasa:
Fasa 1: makan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.

Fasa 2: hentikan pil perancang tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.

Fasa 3: memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.

Fasa 4: beri bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.
Sumber klik sini

Saturday, November 5, 2011


Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat terutamanya kepada keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Ikhlas daripada:

Lieya & Fahmi
Mikail Fakhri
Mirza Fadhlin
Malique Fudhail