salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Tuesday, November 15, 2011

Perlukah Supplement Dalam Penyusuan

Seminggu saya bercuti, banyak benda yang saya ketinggalan..betullah orang kata, sekarang nie kalau ada internet, maklumat di hujung jari saja..Tapi, apa nak buat, handphone yg ada pun drp jenis biasa yang xleh nak buat connection internet..So,banyak info dan ilmu yang saya dah tertinggal..Tunggulah, kalau-kalau lepas nie murah rezeki, leh la upgrade sket handphone nie..


Isunya di sini, ada sedikit argument tentang pengambilan supplement bagi ibu-ibu yang menyusu. Saya merasakan di sini, ianya lebih kepada salah faham..Ibu-ibu jangan silap membuat pilihan. Jangan salahkan supplement sekiranya ia tak membantu dalam pertambahan production susu pada badan. Berbalik kepada konsep yang asas, dimana "breastfeeding is on demand"..Itulah perkara yang paling penting dalam penyusuan. Lagi banyak susu dikeluarkan daripada badan, lagi meriah production susu akan berjalan. Keluarkanlah susu dengan apa cara sekalipun, direct feeding, pumping atau perahan tangan..semuanya boleh..janji keluar...

Itu sebabnya, bagi ibu-ibu yang tak mengamalkan supplement, penyusuan masih tetap boleh dijalankan..susu masih tetap boleh dibuat stok..Pengambilan supplement perlu atau tidak bergantung kepada ibu sendiri. IANYA BUKAN UNTUK MENAMBAH PRODUCTION SUSU..Ianya hanya membantu supaya ibu berasa lebih cergas, bertenaga, mood lebih stabil, hormon lebih seimbang..ITU SAHAJA....Bila badan kita sihat, jarang sakit, kita akan lebih bersemangat untuk membuat stok..

Bagi saya, pengambilan supplement nie adalah penting bagi ibu-ibu yang bekerjaya..macam saya.., yang nak kena buat stok..Kalo orang xkerja, xpayah buat stok pun xpe, rasanya..Sebab mula-mula dulu, susu  tak banyak, nak kena buat stok siang dan malam..So, mood kena sentiasa positif, ceria..kena rajin..Jadi, nak dapatkan mood tu bukannya senang..So, menjak saya makan supplement baru saya dapat tu semua secara stabil..

Saya tak tau pandangan anda semua macam mana..Sebab kesannya tersangatlah positif pada badan saya, berbanding tahun-tahun sebelum saya mengamalkan supplement. Tetapi, perlu diingatkan..memang tidak sama sekali menambah susu badan..Hanya memberikan saya kesihatan mental dan fizikal ke arah yang lebih baik. ITU SAHAJA..Ditegaskan sekali lagi, ITU SAHAJA...

Jadi, sekiranya anda mengambil supplement dengan niat untuk menambah susu pada badan..so, betulkanlah niat kita dulu sebenarnya..Tak amik supplement pun kita tetap boleh menambah susu badan, tetapi kena betul pada teknik dan caranya..Bila anda sudah tersilap langkah, anda tidak boleh salahkan sesiapa di atas kesilapan yang anda buat sendiri..Pilihan semua di tangan anda. Jangan terikut dengan orang lain atau trend..
Tepuk dada, tanya selera...

Sekali lagi diingatkan,
1. Kerap kosongkan payudara secara KONSISTEN..
2.Jaga pemakanan anda.
3. Minum air yang cukup.
4. Perbetulkan niat dan berdoalah selalu..agar semuanya dipermudahkan..

Selamat membuat pilihan yang bijak...

No comments:

Post a Comment