salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Wednesday, November 30, 2011

Proses Detoksifikasi

Detoksifikasi adalah proses pembuangan atau penyingkiran racun atau toksin dari dalam tubuh.



Tetapi dari manakah atau bagaimanakah bahan-bahan toksik ini boleh memasuki badan kita? Sebenarnya sama ada disedari atau tidak, punca utama bahan-bahan toksik ini memasuki badan adalah melalui mulut dengan memakan makanan sama ada yang telah tercemar atau pun yang mengandungi bahan-bahan tambahan lain yang tidak sesuai untuk badan seseorang di samping faktor pencemaran persekitaran.

Setiap individu mempunyai kadar metabolisme pada badan yang berbeza. Maka dengan itu, ia turut mempengaruhi kadar proses detoksifikasi seseorang.


Kenapa perlunya detoksifikasi?

Proses ini perlu dilakukan untuk membersihkan bahagian dalam tubuh, dah tentunya untuk kesihatan badan kita. Ia perlu untuk mencegah penyakit, melambatkan proses penuaan dan juga merehatkan organ-organ tertentu pada tubuh.



Ia juga memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri mereka yang telah rosak yang selama ini tidak dapat dipenuhi akibat dari pertambahan beban makanan. Aktiviti pembersihan pada badan juga akan menjadi lebih menyeluruh dan segala toksin dapat dikeluarkan dari buah pinggang dan pundi kencing serta paru-paru dan kulit. Keadaan ini akhirnya melapangkan kesan sumbatan yang berlaku pada dinding dan saluran sistem pemakanan dan pernafasan lalu memberi cukup bekalan oksigen kepada sel-sel dalam badan dan menjadikannya lebih bertenaga.
Untuk itu, sekiranya anda pengamal sebarang jenis supplement, dan anda mahu bertukar kepada supplement yang baru, proses ini perlu dilakukan supaya penyerapan nutrien pada badan setelah pengambilan supplement yang baru akan menjadi lebih efektif. 


Bagaimana caranya?


1. Yang paling mudah adalah dengan berpuasa.
2. Minum air kelapa, bak kata orang tua-tua..untuk buang bisa dalam badan.




Jadi, tepuk dada, tanya selera..

No comments:

Post a Comment