salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Wednesday, November 9, 2011

Baby nipple confuse..Apa nak buat?

Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami masalah ini, baby keliru puting atau "nipple confuse"..Saya pernah diajukan dengan masalah ini. Jadi mari kita bincangkan tentang isu ini.

Apa punca?

1.Bayi diperkenalkan dengan puting terlalu awal, sama ada "pacifier" atau puting pada botol.

2. Pemberian susu formula terlalu awal, oleh itu bayi telah terbiasa diberikan susu dengan cara yg mudah tanpa perlu bersusah payah menggerakkan otot mulut. Secara tidak langsung, bayi tidak menguasai teknik lekapan (latching) yg betul.

Bagaimana nak atasi?

1. Latih bayi latch on dengan betul dan kembali kepada direct feeding dan juga fully breastfeeding.

2. Hentikan pemberian susu formula dan fokuskan kepada direct feeding sahaja. Pastikan bayi menyusu setiap 1-2 jam sehingga bayi mahir untuk latch on dengan baik.
Bayi dilahirkan dengan naluri hisapan yang kuat tetapi pengenalan terlalu awal kepada puting tiruan akan menyebabkan dia lebih selesa menyusu melalui botol kerana lebih senang untuk mendapatkan susu tanpa perlu menggunakan otot mulut dengan kuat.

3.Menyusu dalam posisi yang selesa sama ada bagi ibu dan juga bayi, seperti dalam keadaan duduk atau berbaring.

4. Jika bayi masih menolak dan ibu gagal pada percubaan pertama, beri bayi minum susu ibu yang diperah dengan menggunakan sudu (jangan guna botol dan puting tiruan kerana ia akan memberi signal kepada bayi bahawa adanya alternatif menyusu yang lebih senang dan bayi akan mengulangi taktik yang sama iaitu menangis dan mengamuk).

5. Selepas beberapa ketika cuba ajar lagi bayi menyusu dari payudara ibu.Penghasilan dan pengeluaran susu memang akan bertambah dengan kerapnya mengepam. Tetapi rangsangan paling berkesan adalah  hisapan bayi. Jadi ajarlah bayi menyusu terus daripada ibu di samping tingkatkan kekerapan mengepam.

6. Ibu juga perlu menjaga kesihatan dan juga pemakanan supaya badan ibu sentiasa sihat dan cergas.Ibu perlu beri perhatian tentang apa yang ibu makan sama ada ubat-ubatan moden atau tradisional yang mungkin boleh mengganggu penghasilan susu.  

Cabarannya...

Dalam proses anda berusaha untuk menarik minat bayi untuk menyusu secara "direct" dengan anda, bayi mungkin akan menguji kesabaran kita dengan cara “mengamuk” dan menolak payudara ibu. Pada waktu ini, ibu jangan putus asa sehingga mengalah dan akhirnya memberi susu formula di dalam botol kerana kasihan bayi lapar, menangis dan takut perut masuk angin. Inilah rasionalnya proses ini dilakukan ketika bayi belum terlalu lapar.

Buatlah secara perlahan-lahan dan bersabarlah menghadapi situasi sebegini. Bagi ibu yang sedang berpantang, anda perlulah berhati-hati dengan situasi ini. Mungkin anda membuat persiapan untuk kembali bekerja dengan memperkenalkan puting terlalu awal, tetapi fikirkan kesannya kepada bayi anda.

Jadi, selamat mencuba kepada mana-mana ibu yang menghadapi masalah ini. Diharapkn info ini berguna untuk anda.

No comments:

Post a Comment