salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, November 25, 2011

Set berpantang

SHAKLEE menyediakan supplement yang bersesuaian untuk ibu-ibu ketika berpantang, yang boleh diamalkan untuk kesihatan tubuh badan ibu-ibu.

Set berpantang ini mengandungi:

  • Vitalea with iron formula
  • Vitamin C 500mg sustained release.
  • B complex with Folic Acid
  • Zinc
  • Alfalfa
Vitalea with iron formula
Selepas proses kelahiran, ibu-ibu akan mengalami proses kehilangan darah, maka kita perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.


B complex
Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan  B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B complex sangat penting membantu kita menjadi lebih bertenaga dan untuk memastikan emosi berada dalam keadaan lebih seimbang.


Vitamin C 500mg sustained release
Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.


Zinc
Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi. Jadi, jika anda tak lalu dengan bau dari pati ikan haruan, anda bolehlah mencuba Zinc.


Alfalfa
Ianya boleh diambil di dalam pantang terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah susu lambat dihasilkan. Alfalfa berfungsi mempercepatkan penghasilan susuibu. Namun perlu diingat kerana pengambilan yang berterusan tanpa sesi perahan atau penyusuan secara langsung oleh bayi boleh menyebabkan duktus susu tersumbat dan akan menyebabkan ibu demam teruk. Maka pengambilan alfalfa memerlukan pengambilan air yang sekata dan seimbang serta sesi perahan atau penyusuan secara langsung yang berterusan dan konsisten akan mendapat hasil susu yang diharapkan. insyaALLAH.


Namun begitu, ada juga bayi yang alah dengan pengambilan alfalfa. Pada awal-awal kelahiran, bayi mungkin akan terkena jaundice. Oleh itu, pengambilan alfalfa pada awal proses berpantang, perlulah dipantau. Jika ia tidak memberikan apa-apa kesan, pengambilannya bolehlah diteruskan dan jika sebaliknya, perlulah dikurangkan atau dihentikan.


Sumber: kak N

No comments:

Post a Comment