salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, December 2, 2011

Masalah Penyusuan

Assalam..
dua hari yang lepas saya di sms oleh seseorang yang bertanyakan tentang penyusuan susu ibu. Sms ini adalah dari salah seorang ibu baru, yang masih dalam pantang..

Ibu ni menyatakan sewaktu mengandung dia begitu bersemangat untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu secara eksklusif. Tetapi bila dia dalam masa berpantang, duduk pula di kampung, macam-macam cerita yang ibu nie dah dengar hingga dia dh hilang keyakinan untuk menyusukan anaknya.

Antara perkara-perkara  yang dikhuatiri oleh ibu tu tadi ialah;

1. Takut anak tersedak susu.
2. Nanti bila dah mula kerja, susah nak tinggalkan anak pada pengasuh..even kalau dapat g mana-mana kursus nanti, senangla nka tinggalkan anak dengan sesape.
3. Dah rasa susu ibu ni adalah sesuatu yang memenatkan, terutama ketika anaknya kena jaundice pada awal-awal kelahiran.
4. Kalau susu badan, tak dapatlah ibu ni nak makan jamu.

Apa yang saya nasihatkan pada ibu muda nie,

1. Kalau memang nak menyusukan anak, persediaan perlu dibuat dari segi mental dan fizikal. Tak boleh ada matlamat sahaja, tetapi persediaannya tidak ada.
2. Saya katakan pada ibu nie, semua kerisauan ibu nie tadi, iaitu dari perkara 1-4, bukanlah satu masalah yang besar.
3. Yang saya tak faham, perkara no. 1 dan 3 adalah TIDAK RELEVAN sama sekali. Saya ulas satu demi satu:

Takut anak tersedak susu

Susu ibu adalah lebih mudah dihadam, berbanding dengan susu formula. Jadi, kebarangkalian untuk bayi tersedak susu adalah sangat rendah. Kes bayi tersedak susu juga, bukanlah sebenarnya berpunca daripada susu ibu atau formula. Tetapi kebanyakannya berpunca daripada cara pemberian susu yang salah terhadap bayi.

Masalah jaundice pada bayi



Susu ibu adalah merupakan ubat yang paling mujarab bagi bayi anda yang menghidap jaundice. Sebaik-baik rawatan pada bayi, itulah ubatnya..Tak percaya? Anda boleh cuba dan tengok sendiri. Mungkin ibu nie tadi berasa stress atau kepenatan, tetapi percayalah itulah pengorbanan yang perlu kita buat setelah menjadi seorang ibu..



4. Saya nasihatkan pada ibu nie tadi, masalah pengasuh bukanlah masalah yang terlalu besar. Anda perlu bersedia mencari pengasuh dari masa anda masih dalam pantang. Saya akui bukan semua pengasuh mempunyai ilmu tentang pengendalian ebm. Tetapi, sebagai seorang ibu, kita boleh mengajar pengasuh tu tadi. Kalau penerangan diberikan dengan cara yang berhemah dan berkesan, insyaAllah benda tu, bukanlah sesuatu yang menyukarkan pengasuh.
Selaku ibu, anda juga perlu membuat persediaan untuk memudahkan pengasuh anda mengendalikan ebm. Anda sendiri perlu belajar dulu, ketika waktu  berpantang nie..

5. Makan jamu? bukan semua orang sesuai makan jamu nie..terutamanya pada awal2 kelahiran, memanglah sangat tidak digalakkan. Tetapi selari dengan peredaran zaman, anda boleh cuba makan supplement yang dah tentu-tentu memang tidak mendatangkan kesan yangn tidak baik pada anda dan bayi. Saya sendiri memang tak makan sebarang jamu, bukan disebabkan anak, tetapi badan saya sendiri yang tidak serasi dengan jamu. Sebab itulah saya mengamalkan supplement.


Apa yang saya nasihatkan adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang masih tak seberapa nie..Untuk itu, saya sentiasa membaca cerita daripada ibu-ibu lain di blog-blog mereka, join support group tertentu yang menyokong penyusuan susu ibu..Diharap, ia dapat memberi info kepada anda.

No comments:

Post a Comment