salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Thursday, December 15, 2011

Kepentingan Susu Pada Ibu Hamil

Minum susu melengkapkan pengambilan makanan anda semasa hamil, ini kerana seorang ibu hamil itu memerlukan 72 gm susu berkualiti sehari bagi memenuhi keperluan protein.



Susu adalah minuman tinggi kandungan protein. Jika tidak minum susu, ibu boleh dapatkan nutrisi protein dari sumber makanan lain seperti protein haiwan atau dari sumber kekacang seperti soya.

Minum susu selain sihat, ia juga praktikal kerana menjadi lima elemen yang menyempurnakan kekurangan nutrisi makanan.

Selain protein, zat penting lain yang diperlukan adalah asid folat, AA(asid linoleat) dan DHA(dicosahexaenoic). Ketiga-tiga asid ini membantu perkembangan janin terutama semasa pembentukan organ dalam tubuh, pertumbuhan jaringan otak dan mengelakkan janin daripada mengalami kecacatan.
Gizi ini boleh diperolehi melalui pengambilan makanan harian, namun susu memastikan pengambilan zat tersebut mencukupi setiap hari.

Asid Folat, AA dan DHA terdapat dalam susu khusus yang diformulakan khas(ditambah kandungan nutrisi) untuk ibu hamil, ia tidak sama seperti susu biasa. Biasanya ia ditambah dengan Vitamin C, Vitamin B-Complex dan dikurangkan kandungan lemak dan kolestrol.

Minum susu khusus untuk ibu-ibu hamil ini menjamin keperluan zat-zat penting mencukupi. Ibu hamil disarankan mengambil DUA(2) gelas susu sehari adalah mencukupi kerana makanan dari sumber lain juga turut menyumbang nutrisi.

Susu menjadi pelengkap nutrisi ibu hamil kerana kandungan nutrisinya yang banyak. Walaupun bukan satu keperluan tetapi bakal ibu disarankan minum susu dua gelas sehari bagi memenuhi keperluan kalsium tambahan untuk pertumbuhan tulang dan otak janin juga untuk kesihatan. (Kekurangan kalsium, boleh mengundang OSTEOPOROSIS kepada si ibu!)

Minum susu juga menjamin pengambilan zat-zat penting yang diperlukan untuk perkembangan janin terutama jika pengambilan gizi daripada makanan yang bermenu tidak bervariasi dan seimbang atau tidak diserap dengan baik.

Selain kandungan asid folat, AA dan DHA, susu khusus untuk ibu hamil biasanya ditambah ekstra kalsium, Vitamin C, Vitamin B-Complex serta dikurangkan lemak dan kolestrol bersesuaian dengan keperluan gizi si ibu yang hamil dan janin.

Dibawah saya nyatakan pecahan kandungan nutrisi dalam segelas susu khusus untuk ibu hamil:

KANDUNGAN NUTRISI DALAM SUSU KHUSUS IBU HAMIL
KALORI
  • Manfaat: Ia menyumbang sumber tenaga kepada ibu hamil
  • Kandungan/gelas: 150 kalori
  • Keperluan/sehari: 240 kalori
PROTEIN
  • Manfaat: Membentuk sel-sel tubuh janin dan menambah berat badan janin
  • Kandungan/gelas: 10.4 gm
  • Keperluan/sehari: 72 gm
KALSIUM
  • Manfaat: Mencegah keracunan kepada kehamilan, pre-eklamsia. Menjana pertumbuhan otot, jantung, saraf dan sistem enzim janin
  • Kandungan/gelas: 400 mg
  • Keperluan/sehari: 1000 mg
ZAT BESI
  • Manfaat: Membentuk sel darah merah ibu dan janin, memelihara kehamilan sehingga waktu bersalin dan membina sistem enzim pada susu ibu.
  • Kandungan/gelas: 10 mg
  • Keperluan/sehari: 30 mg
ASID FOLAT
  • Manfaat: Membantu pembentukan organ janin, mengelakkan cacat tulang belakan(spina bifida) dan gangguan pertumbuhan otak janin.
  • Kandungan/gelas: 400 ug
  • Keperluan/sehari: 400 ug
AHA/DHA
  • Manfaat: Komponen penyusunan membran sel otak dan menyediakan air susu berkualiti.
  • Kandungan/gelas: 20 mg
  • Keperluan/sehari: 9 mg
ZINK
  • Manfaat: Meningkatkan sistem kekebalan tubuh ibu dan janin
  • Kandungan/gelas: 2.5 mg
  • Keperluan/sehari: 2.5 mg
VITAMIN A
  • Manfaat: Membantu pertumbuhan kulit, tulang dan mata janin serta mengurangkan risiko kanser.
  • Kandungan/gelas: 1000 IU
  • Keperluan/sehari: 2100 IU
VITAMIN B1
  • Manfaat: Melepaskan tenaga daripada makanan bagi membolehkan ibu mendapatkan nutrisi dengan sempurna.
  • Kandungan/gelas: 0.45 mg
  • Keperluan/sehari: 1.1 mg
VITAMIN B2
  • Manfaat: Metabolisme asid amino, asid lemak dan karbohidrat.
  • Kandungan/gelas: 0.45 mg
  • Keperluan/sehari: 1.3 mg
NIACIN
  • Manfaat: Mengurangkan rasa mual dan muntah ibu hamil
  • Kandungan/gelas: 5 mg
  • Keperluan/sehari: 12.9 mg
VITAMIN B12
  • Manfaat: Pembentukan sel darah merah, sumsum tulang dan saraf ibu dan janin.
  • Kandungan/gelas: 1 ug
  • Keperluan/sehari: 1.2 mg
VITAMIN C
  • Manfaat: Pertumbuhan tulang dan gigi janin
  • Kandungan/gelas: 48 mg
  • Keperluan/sehari: 60 mg
FOSFUR
  • Manfaat: Pembentukan tulang dan gigi
  • Kandungan/gelas: 300 mg
  • Keperluan/sehari: 650 mg
SODIUM
  • Manfaat: Mencegah keguguran dan membantu pertumbuhan sel otak janin
  • Kandungan/gelas: 50 ug
  • Keperluan/sehari: 180 ug


No comments:

Post a Comment