salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Monday, December 19, 2011

Lecithin dan kesannya




Alhamdulillah, jika pengambilan diambil secara konsisten dan berkesan, insyaAllah segalanya dipermudahkan.
Kepentingan Lecithin :-
Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak (fat emulsifier). Lecithin diperolehi dari tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :-
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) - amat diperlukan oleh oleh badan, tapi badan kita tidak dapat menghasilkanya, jadi kita perlu ambil dalam diet harian
  • Kolin - satu komponen nuerontransmitter
  • Asetikolina - membekalkan biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf
  • Inositol -sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Kegunaan Lecithin
  • Untuk proses metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  • Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)
  • Membantu kawal paras triglycerides
  • Membant memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol

Penting untuk fungsi otak
  • Acethycholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, tidur, penghadaman dsbg
  • Acethycholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan, jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethycholine dihasilkan dari kolin. Kolin mudah didapati dari lecithin.
  • Lecithin akan meningkatkan bekalan kolin dan acethycholine - kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.

Untuk kaum Tua
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar), dan sakit-sakit biasa yang di alami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh darah tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sangal sendi, sejuk kaki dsbg

Untuk penghadaman
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.
Untuk Sel
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel.
  • Kolin & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.
Untuk kesihatan kardiovaskular (sistem jantung)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai " fat emulsifier". Ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung
Oleh itu,jika anda berminat untuk mendapatkan konsultasi dari saya, boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. Anda juga boleh mendapatkannya dengan harga yang istimewa. Hubungi sekarang.

No comments:

Post a Comment