Zinc merupakan salah satu unsur yang sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh. Zinc berperanan dalam mempertahankan fungsi imun badan, fungsi otak, dan kemampuan reproduksi.
Fungsi & Manfaat Zinc
Zinc sangat penting agar metabolisme sel badan dapat berfungsi dan berjalan dengan baik. Zinc melindungi selaput sel dari kerosakan oksidatif dan menstabilkan struktur protein sel. Zinc protein mengikat DNA dan membantu gen memerintahkan sel-sel tentang apa yang harus dilakukan.
Perintah ini termasuk memberitahu sel-sel tertentu untuk mati, dimana hal ini penting bagi pertumbuhan, kehamilan dan pencegahan penyakit. Zinc juga membantu mengawal pelepasan hormon dan perubahan impuls saraf.
Dos Harian Zinc
Dos harian zinc yang dicadangkan adalah berbeza bagi setiap individu. Berikut adalah dos harian zinc yang dicadangkan bagi kanak-kanak:
- Bayi berusia 0-6 bulan: sekitar 2 mg
- Anak berusia 7 bulan – 3 tahun: 3 mg
- Anak berusia 4-8 tahun: 5 mg
- Anak berusia 9-13 tahun: 8 mg
Manakala, dos yang dicadangkan bagi keperluan orang dewasa ialah:
- Wanita: 9 mg
- Wanita hamil: 13 mg
- Wanita menyusu: 14 mg
Sumber Makanan yang Kaya Zinc
Beberapa makanan yang kaya kandungan zinc termasuk di antaranya adalah daging merah, lobster, kacang tanah, kacang panjang, susu, yogurt, keju, roti gandum, dan bijirin sarapan yang dilengkapi zinc. Makanan dengan kandungan zinc tertinggi adalah tiram.
Kesan
Kandungan zinc yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan keracunan zinc. Gejalanya adalah seperti muntah, cirit, kejang pada perut, dan sakit kepala. Kadar zinc yang tinggi juga dapat menyebabkan badan mengalami masalah pada sistem kekebalan tubuh dan seterusnya menjadikannya lemah dan mengalami anemia.
Kandungan zinc yang terlalu sedikit pula akan menyebabkan defisiensi zinc. Gejala defisiensi zinc di antaranya adalah terbantutnya pertumbuhan, penurunan berat badan, keadaan kulit yang pucat, dan keguguran rambut.
Vegetarian, wanita hamil, dan orang yang minum alkohol berpotensi mengalami defisiensi zinc. Namun, masalah ini dapat diatasi oleh mereka dengan mendapatkan khasiat zinc yang cukup dari suplement atau memakan makanan yang kaya akan zinc.
Berminat untuk mencuba tablet Zinc dari SHAKLEE? Boleh hubungi saya untuk maklumat dan konsultasi secara PERCUMA.
No comments:
Post a Comment