Alhamdulillah, jika pengambilan diambil secara konsisten dan berkesan, insyaAllah segalanya dipermudahkan.
Kepentingan Lecithin :-
Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak (fat emulsifier). Lecithin diperolehi dari tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung dan kacang soya.
Lecithin berfungsi sebagai pemecah lemak (fat emulsifier). Lecithin diperolehi dari tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :-
- Asid Linoleik (essential fatty acid) - amat diperlukan oleh oleh badan, tapi badan kita tidak dapat menghasilkanya, jadi kita perlu ambil dalam diet harian
- Kolin - satu komponen nuerontransmitter
- Asetikolina - membekalkan biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf
- Inositol -sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Kegunaan Lecithin
- Untuk proses metabolisma, kolestrol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
- Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
- Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)
- Membantu kawal paras triglycerides
- Membant memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh darah
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol
Penting untuk fungsi otak
- Acethycholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, tidur, penghadaman dsbg
- Acethycholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan, jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethycholine dihasilkan dari kolin. Kolin mudah didapati dari lecithin.
- Lecithin akan meningkatkan bekalan kolin dan acethycholine - kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin.
Untuk kaum Tua
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar), dan sakit-sakit biasa yang di alami oleh kaum tua.
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh darah tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sangal sendi, sejuk kaki dsbg
Untuk penghadaman
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.
Untuk Sel
- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel.
- Kolin & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.
Untuk kesihatan kardiovaskular (sistem jantung)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai " fat emulsifier". Ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung