Anda pernah tau tak apa lebihnya susu ibu, berbanding dengan susu formula? Ok, gambar kat atas menunjukkan dengan jelasnya betapa banyaknya kelebihan menyusukan anak dengan susu ibu,iaitu susu kita sendiri.
Rata-rata masyarakat kita pada hari ini telah dipengaruhi oleh iklan-iklan di media mengenai betepa hebatnya susu formula. Saya tidak salahkan ibu-ibu di luar sana yang terpaksa memberikan anak mereka dengan susu formula, tetapi atas alasan apa..Jika kita memang tidak mampu lagi menyusukan anak seperti disarankan oleh doktor disebabkan oleh faktor kesihatan, keadaan anak yang memang tidak mengizinkan dan lain-lain sebab yang relevan dan munasabah.
Tetapi, bukanlah atas alasan malas atau memikirkan orang yang menyusukan anak adalah "kolot" dan ketinggalan zaman, tiada masa atau sibuk..atau lain-lain alasan yang anda sendiri cipta..untuk mengelakkan anda rasa 'bersalah'..Dan anda juga yang membuat anggapan 'breastfeeding mom' ni, kuat seks??? MasyaAllah, kenapa ada manusia yang boleh terfikir sampai macam tu sekali..(saya terlupa saya baca di mana entry tentang niey..nanti saya try carikan blk n share ngan u ollz semue)..Tengoklah betapa sempitnya pemikiran manusia yang beranggapan macam nie..
Jadi, sama-samalah kita renung dan fikirkan kembali..Teruskanlah perjuangan ibu-ibu semua demi memastikan anak anda mendapat susu anda selagi anda terdaya..Tidak ekslusif pun tidak mengapa (jika tidak mampu). Selagi ada kudrat anda, teruskan...All the best..
No comments:
Post a Comment