salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Wednesday, June 29, 2011

Alangkah......

Salam ceria..

Hari Isnin yang lepas, saya telah cuba mendapatkan kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab kt tempat saya ni, untuk meluluskan satu kertas kerja berkenaan dengan breastfeeding, just for short course..Actually saya mengharapkan jawapan yang positif dan sokongan daripada bos saya tu, memandangkan die pun sama jantina dengan saya. Tapi, apa yang saya dapat hanyalah sindiran kerana course yang saya nak buat nie, adalah tidak begitu relevan pada pandangan mata bos saya tu..

Selama nie, saya mengharapkan bila saya tunjukkan kertas kerja saya tu, bos saya akan tumpang "excited" sebab perlunya kursus-kursus yang sebegini di anjurkankan untuk kami staf-staf wanita ni..Sebab saya memang sedar sangat di kalangan kami nie, memang kurang sangat-sangat ilmu tentang "breastfeeding" nie.. Tapi, jangkaan saya melesetla plak..Sedih jugak saya bila mengenangkan idea-idea seperti ini diperlekehkan oleh sesetengah pihak..

Tapi, apa yang boleh saya katakan hanyalah berdoa dan berharap suatu hari nanti, semakin ramai orang yang akan sedar dengan kepentingan ilmu-ilmu sebegini..Nampak seperti perkara yang mudah, tetapi disebabkan mudahlah, ramai yang langsung tidak ambil peduli akan kerelevanannya kepada kita terutamanya ibu-ibu yang bekerjaya.

Ramai yang masih tidak sedar akan kepentingan ilmu-ilmu sebegini, ilmu-ilmu parenting..Ramai yang mempunyai banyak masa untuk melayari internet, terutamanya "muka buku", kalau google pun, benda2 lain boleh untuk dicari..tapi, kalau ilmu-ilmu yang sebegini hanya sebilangan sahaja yang rajin mencari dan meng"google".Saya pun masih banyak benda yang saya tak tahu, tetapi semakin banyka kita membaca, semakin banyak yang kita tahu..Sebab saya dulu pun, bukanlah seorang yang rajin membaca..Hanya sekarang, bila dah terlibat dengan dunia penulisan blog nie, saya jadi semakin rajin untuk mencari.menggali dan membaca..

Jadi, sama2lah kita renungkan diri kita, dan memperbetulkan apa yang tidak betul atau apa yang kurang..Semoga segala usaha dipermudahkan, diberkati oleh Allah SWT..

No comments:

Post a Comment